Menghilangkan Boring...

Salam semua...
Semenjak dua menjak nie...untuk menghilangkan rasa boring dekat sini. Aku menghadap komputer (laptop) nie setiap masa. Syukur alhamdullilah talian internet dekat plant telah dibayar. Kemarin telah diputuskan sebab tak bayar. Almaklumlah penjimatan dan misunderstanding sedikit antara pihak plant dengan pihak akauntan di Bandung.

Sekarang nie selain menghadap Gajah Hijau aku nie..Aku juga dah kemaruk dengan Facebook. Secara kebetulan juga terjoin Facebook ini. Mula-mula terjoin sebab terbaca tentang pemilik facebook yang ditawarkan oleh microsoft untuk dibeli dengan harga beberapa bilion USD. Perhhh..Bermula dari situ aku melayari apa itu facebook....OOOhhh..boleh bercit cat dengan kawan-kawan lama. Dari beberapa org yang aku add hinggalah ke sekarang nie.

Di facebook nielah aku berjumpa dengan kawan-kawan lama dari sekolah menengah aku dulu, kawan-kawan kampung (Felda), Politeknik Port Dickson (walaupun tak ramai), Universiti Putra Malaysia dan kawan tempat kerja Malaysia (ex skrg nie) dan kawan kerja dekat Indonesia.

Sekarang kalau tak jumpa facebook mcm tak tahu apa cerita. Dah kemaruklah nie tapi tak addictlah. Best gak facebook nie sebab dia ader beberapa game yang membuatkan kita harus mengira hari seperti farmville, zoo dan banyak lagi.

Okaylah ini shj aku nak kongsi. Walaupun banyak fatwa atau komen telah dikeluarkan mengenai facebook tetapi aku menganggapnya baik untuk pekara yang baik kalau kita niatkan. Insyallah. Sambil sambil mengisi ruang masa terlebih nie..dia juga boleh mengurangkan tekanan internal emosi aku..eheheh...Bolehlah dilayan sebegitu njer...


Inilah facebook aku....



Ini game farmville yang aku join....boleh mengisi masa gak nie. Tapi kerja kena buat tau...Kang tak pasal-pasal kena buang kerja sebab layan benda dengan tanpa mengiri masa....AWAS

Ini game kedua aku layan....zoo sendiri.

Sehingga berjumpa lagi semua. Ingat kalau niat kita baik maka baiklah balasannya. Anggap facebook ini sebagai pengantara kita untuk menjalinkan lagi hubungan silaturahin yang telah lama terpisah dengan kawan2 lama. Bukan untuk mencari jodoh ker atau ape2 niat serong...AWAS.

Bye n salam

Comments

Tie said…
Amboi... memang ramai dah addicted dengan game farmville tu.. kaktie sorang yang tak tergoda, sebab tak de masa. Asyik blogging je, hehe...
♥nrina♥ said…
nasib baik mama tak berminat...
tak jadi keje layan benda tu hari2 nanti..
Ahboy2020 said…
ni menunjuk kan takde keje je ni...hehehe
AhboNd 2020 said…
Salam
Kak Tie:..betul tu, boleh tersasar tujuan berkerja kalau layan facebook nie...

Mama:..Alhamdullilah..Ayah sihat dekat sini dan sibuk menguruskan Gajah Hijau.

Poi:..Bukan tak ader kerja..tetapi mengisi masa samping berkerja..taklah terlalu bosan..eheheh

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Tamsilan : Ayas Dan Raja

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)