Posts

Showing posts from 2013

Dividen ASN 2013...6.45sen Seunit

Assalamualaikum semua... Lupa nak update pasal ASN...sepatutnya dia punya dividen nie kena update seiring dengan ASB...Tetapi tahun nie ASN meningkat sedikit dari tahun lepas..Klu tahun lepas dividen 6.3sen ajer...so Nanti kita boleh update buku ASN...walaupun sikit tetapi beranak gak benda nie...hehehehe ********************************* ASNB umum dividen 6.45 sen seunit bagi skim ASN KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengumumkan dividen 6.45 sen seunit untuk skim Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. Angka itu lebih tinggi berbanding 6.3 sen seunit yang diagihkan pada tahun lepas. Kadar itu merupakan pengagihan pendapatan tertinggi dalam tempoh 13 tahun, dari 2001 hingga 2013. - BERNAMA

TRIBUTE : Allahyarham Hamzah Bin Ali

Assalamualaikum Semua Tulisan kali ini saya tuju khas untuk Allahyarham Hamzah Bin Ali. .....Al-fatihah........ Allahyarham adalah seorang yang sangat baik hati. Beliau merupakan mentor saya, sahabat saya, guru saya, pembimbing saya dan orang yang menjadikan saya seperti sekarang. Kalau tak dek kerana ilmu dan tunjuk ajar beliau mungkin saya seperti dahulu lagi.  Tanggal 22hb November 2012, Jam 1240pagi..Beliau dijemput bertemu dengan Pencipta Yang Abadi..Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan org org yang beriman dan beramal soleh. Amin amin amin **************************** Insyallah : Pesanan yang telah kita meterai, Insyallah saya akan laksanakan dengan baik walaupun ada sedikit kekurangan. -Alfatihah-

Penangguhan serta Dividen Dan Bonus.. ASB 2013

Image
Assalamualaikum Semua Lama sungguh saya meninggalkan blog nie. Hingga hampir terlupa. Bukan sibuk tetapi emosi terganggu. Bisnes yang dirancang hampir tewas walaupun sudah tewas...Tetapi bisnes asal masih berjalan lancar. Alhamdullilah..sesungguhnya perancangan ALLAH itu lebih baik...Kita kena terima. Berbalik kepada story kita yang diatas.. Penangguhan ASB sehingga 2 January 2014, maka akan berduyun duyun umat manusia yang berada diMalaysia ke agent agent yang dilantik oleh ASNB/PNB...baik pergi kat agent..klu pergi kat PNB hanya satu buku jer boleh bawa...hahaha... Dividen dan bonus yang diumumkan..rasanya semua dah tahu adalah 7.70sen dan 1.00sen sedikit penurunan dari tahun sebelumnya. Cuba tengok perbandingan ini : Perbandingan tahun tahun sudah                    2009              2010         ...

Last Membuat Percubaan...

Image
Assalam semua... Kali ini adalah last percubaan den dalam bidang nie. Bidang apa tu...Bidang Forex..Klu ianya menjadi den akan teruskan. Apa maksud dengan menjadi?..Klu berjayalah plannyer...klu gagal den akan stop dan tumpukan kepada pasif income yang sedia ada...Maksud gagal disini apa?...Gagal disini bermaksud den punya akaun akan burst atau dipanggil Margin Call...kira modal habislah...hahaha Brp banyak kali ini nak dimodalkan?...Den rasa semampu yang boleh tidak menjejaskan perancangan yang telah dibuat. Ini kira lebihan yang telah disediakan untuk diperabihkan..perhhh gampang jer ayat dia...hahaha...Kira kali ini den bernekad...setahun hendaklah mempunyai pulangan yang baik sekitar 30% aje...so agak selamat gak plannya..Apa2 pun boleh terjadi didalam dunia forex nie. Tak habis lagi...ditanya berapa modal?..Kali ini den akan reveal disini...sekitar 10Kusd kot..jangan pulak kata den riak..idaklah..nak cuba dalam perniagaan mestilah ada modal yang besau. berjaya at...

Harga Minyak RON95 naik 20sen....

Assalamualaikum semua Syukur alhamdullilah...Semalam kecoh dalam facebook cerita pasal kenaikan minyak RON95 sebanyak 20sen..Menjadikan harga sekarang sebanyak RM2.10. Terima kasih kerajaan kerana prihatin dengan rakyat seperti den. Hehehe Kenaikan sebanyak 10.53% ini akan menjadikan semuanya kos minyak kita meningkat. Dan besar kemungkinan juga barangan penguna yang lain akan turut meningkat. So inilah kesan keatas kenaikan harga petrol semalam.  Bagi den mudah jer, hidup mesti diteruskan. Biasanya kita hanya akan marah, memendam rasa geram, meluahkan perasaan marah atau "menyalak" selama lebih kurang 2 minggu...kemudian kebanyakkan dari kita akan beransur ansur hilang perasaan marah ini...dan akan terus lupa dan lupa dan lupa dengan kerenah "org yang kita pilih" yang menjadi dalang diatas kemarahan  kita tadi. SO point nyer...fikirlah sendiri...Bak kata orang SENDIRI BUAT SENDIRI TANGGUNGLAH... Lagi satu, dah kita menjadikan dia pemimpin MAKA kita k...

Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-56

Image
Assalamualaikum semua Selamat menyambut HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 tahun. Alahamdullilah syukur kepadaNya kerana mengurniakan limpah rahmat kemakmuran dan keamanan keatas BUMI bertuah bernama MALAYSIA. Bye n salam

Dividen Bank Persatuan ...Tahun Kewangan 2012 - 6%

Assalamualaikum semua Berita yang sudah pun basi..hehehe...Duit dividen telah pun bini den pulun pergi JJ..apa2 pun syukur dengan pemberianNya. Telah diumumkan secara "rahsia"..kena ambik dividen baru tahu berapa nilai dividen tahun kewangan 2012...iaitu 6% aje..tetapi dah tolak zakat okay (2.5%)...Kira cun gaklah...hehehe

ASW 2020 : 2013 Dividen 6.7%...

Assalam semua Duit pencen den sudah diumumkan...Alhamdullilah syukur ada sedikit peningkatan dari tahun lepas..iaitu sebanyak 0.10sen. Alhamdulilah syukur. Inilah nikmatnya org yang menyimpan. Banyak ker dapat..Biarlah rahsia. Cewah...Duit raya sudah datang. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Berita dipetik : KUALA LUMPUR (Aug 26, 2013):  Amanah Saham Nasional Bhd, the wholly-owned subsidiary of Permodalan Nasional Bhd (PNB), today announced 6.70 sen dividend for per unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) for the financial year ending Aug 31, 2013. In announcing the dividend, the highest in five years, PNB chairman Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid said the dividend was an increase of 0.10 sen a unit from the dividend declared last year. "Throughout the financial year ending Aug 31, 2013, the ASW Fun managed to achieve the investment objective although the share market and the world economy were shrouded in uncertainty as a result of the protracted debt crisis in E...

Penangguhan Urus Niaga ASW2020, 2013

Image

Kuih Raya...

Assalamualaikum semua Tajuk bukan bermakna den sedang atau akan membuat promosi kuih atau biskut raya..tetapi nak cerita tentang kuih atau biskut raya yang den telah beli tahun nie.. Kami sekeluarga kalau terjumpa biskut atau kuih raya yang best best..kita orang akan makan sampai rasa muak dan jemu nak tengok...Kira dah habis balun balun balun ..pandang pun jemu...hahaha.. Kali ini untuk raya tahun nie den beli biskut raya awal dekat kawan den..Taman jiran den..(Kadon aka Saiful)..bermula dengan 3 jenis biskut sebanyak 5 bekas...Harga dijual sebanyak Rm28 x 5 = RM 140 tetapi mungkin pelanggan awal maka diberi diskaun RM10..maka jadilah RM130 aje...Kalau tak silap den..dalam puasa ke-5...Tak sampai seminggu...habis dibalun bersama..mana taknyer...memang best..bukan nak promote tetapi ikut tekak den memang sedap...Order lagi 7 bekas pulak...hahaha...RM196, diskaun RM6...best best...yang nie dah tinggal 5 bekas jer...ganas ganas...sebab tak habis...kita org sulam dengan biskut lain...

PNB Mungkin Berpengerusi BARU???

Assalamualaikum Semoga semua sihat sejahtera..16 posa dah skrg nie. Tajuk kat atas tu agak best gak untuk direnungkan kepada semua orang yang mempunyai dana didalam PNB..Kita tahu skrg nie pengerusi PNB adalah Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid ..dan mempunyai ura ura yang beliau akan tamat kontrak sebagai pengerusi tahun nie...Dan bakal digantikan dengan EX- CM Melaka..sapa ekkk...Siapa lagi klu bukan Tok Ali... Penjelasan nya mampukah mempertahanan kestabilan semua unit unit amanah PNB atau akan terus memacu kehadapan unit unit amanah PNB berdaya saing mengikut peredaran zaman. Org anggap semua nie gosip atau spekulasi..Bagi den..klu tiada angin manakan pokok bergoyang...Hahaha..Politik Malaysia sudah boleh baca oooo. Takper..pengerusi jer...yang menjalankan kerja CEOlah...siapa lagi klu bukan Tan Sri Dato' Sri Hamad Kama Piah Che Othman...hehehe...Nanti bila mengumunkan dividen terpampanglah muka Tok Ali gan Mat Piah...hehehe...Semoga kolibrasi mereka berdua memant...

Kesihatan Ayah....

Assalamualaikum semua Ceria ceria semua dibulan pose nie...Kesihatan ayah den semakin uzur...kenkadang takleh bangun...sekarang nie boleh bangun tetapi kena pimpin...Sebelum sebelum nie, aku balik kg lepas asar...tetapi rutin nie aku ubah sebab..kenkadang ayah dah dimandikan oleh adik aku (Anip)...aku sebenarnya nak mengurangkan kerja anip...akhirnya aku balik lepas zohor...so aku akan balik rumah semula selepas pukul 6ptg...kira dapat berbuka dengan anak2 gak... Aku cuba untuk mengurangkan kerja atau bebanan adik aku....aku pernah alami semua ini...dan aku pasti perasaan dia juga terganggu...Aku harap dengan rutin yang aku ubah nie dapat lah serba sedikit meringankan kerja dia...aku akan mandi dan tukar semua keperluan ayah...iaitu Mandi, tukar kain dan baju serta kasi makan dan minum serta letakkan dia kat tempat tido...atleast tak mengganggu adik dan mak aku nak berbuka nanti... Semoga ayah sihat dan den rehda dengan apa yang berlaku. Inilah ujian untuk den dan keluarga.....

Bubur Lambuk...Edisi TBKD-2 (Super Power)

Image
Assalamualaikum semua Kali edisi bergotong royong membuat bubur lambuk. Wow best best. Pestime buat kat taman den nie. Walaupun acara nie dah lepas tetapi kegembiraan dan kemeriah suasana bergotong royong terasa dengan sambutan yang amat amat memberangsangkan. Best ooooo Acara nie atas idea dr Abg Zainal (Penasihat)...dan telah dibuat berbincang oleh AJK Persatuan Penduduk dan AJK Surau Nur As Sakinah...akhirnya termaterilah tarikh Sabtu 20hb Julai 13. Yang kelakarnya semua tak pernah involve buat bubur lambuk dalam erti kata lain zero knowledge maaa...Memula kita org mengambil idea abg Saadon punya resepi (isteri dia punyalah...tetapi ala ala terengganu dan untuk makan sekeluarga jer)..so bro Jeff mengambil inisiatif menggunakan khidmat pakcik google..jumpa resepi Chef Sabri...untuk 200org...so jeng jeng Satu mesyuarat kedai Irfanh dijalankan...akhirnya den diamanahkan untuk membeli semua kerperluan untuk majlis nie..iaitu rempah ratus...den beli dekat Mydin jer..mudah..hah...

Dividen KPF ...Tahun Kewangan 2012..16.5%

Assalamualaikum Apa khabar semua, hari ini (10/7) kita akn mula berpuasa untuk tahun 2013...alhamdullilah sekali lagi kita diberi peluang untuk merasa kenikmatan berpuasa dan melakukan kerja kerja yang boleh menambah bilangan pahala..alhamdullilah syukur. Berbalik kepada cerita tajuk diatas...Alhamdullilah syukur..Pada 7/7 pada hari ahad aritu..KPF telah membuat AGM kali ke-32..dan telah declare 16.5% iaitu 10% dividen dan 6.5% bonus. Bonus nie kena tunggu kelulusan SKM... Alhamdullilah dividen 10% telah dibankin kedalam mana2 ahli yang membuat pembayaran (dividen bonus) secara transfer ke akaun..manakala yang menggunakan cheque..kenalah bersabar tunggu. Apa2 pun duit pencen den sudah masuk..wow wow.. Sekadar renungan : Bayangkan 16.5% adalah 2kali ganda ASB...walaupun sedikit menurun dari tahun 2011 tetapi syukur..den target lebih dari 10% jer..Ini adalah nilai yang teramat best. Okaylah lepas nie tunggu ASW2020 pulak. Apa2 pun menyimpanlah untuk kesenangan sendiri ...

Keredhaan...

Assalamualaikum Semua... Hari ini den ingin berkongsi sedikit cerita kerehdaan..Senang cerita redha iaitu menerima segalanya dengan apa jua tanpa ada rasa curiga...Mengapa den ingin berkongsi cerita ini. Begini..keadaan kesihatan ayah den semakin kritikal...iaitu uzur dan penyakit lupa telah menyebabkan lelaki yang dahulu kuat berkerja menyara den bersekolah semakin kurus dan uzur. Ditambah lagi dengan kelupaan yang kritikal...Tetapi alhamdullilah masih lagi kenal den... Tadi den berbual dengan abg den (abg no 2, anak ke tiga, atas denlah)...dia cakap kita sebenarnya kena redha sebab ayah pun taknak jadi macam nie...klu kita yang sihat pun tak redha...apa tah lagi dia...dia pun taknak diberikan penyakit sebegini...Sebab kita kenkadang ada rasa marah dengan sikap ayah..(memang betul..den akui)...Kita yang sihat sebenarnya kena redha yang ayah memang sakit...bukan kita kata dulu ayah boleh buat ini dan boleh buat itu...itu dulu...masalahnya kita kena tanya sekarang... Apa yang...

Dividen ASD 2013..6.8%

Image
Assalam semua...biasalah den nie..orang pencen mesti tunggu benda benda macam nie sebab inilah gaji den...Apa boleh buat dah pilihan den dengan gaya ini. Apa apa pun den syukur kepada Allah dengan limpahan dan kurniaanNya...Tahun nie dividen ASD meningkat dari 6.6% kepada 6.8%...ada gak penambahan...Bulan 6, sesungguhnya sangat istimewa untuk den..sebab kebanyakan gaji den akan diambil kira dari bulan ini...Den akan menunggu pengumuman dividen KPF...Bank Persatuan.. Nie berita Yang Basi untuk cerita den nie : Klik sini : Cerita ASD Dividen 2013 Bye n salam. p/s: Dah boleh mengira gira...Walaupun ianya bukan sebahagian besar sumber den..tetapi den target long term disini...Bayangkan klu anda mempunya sejumlah wang dilaburkan disini sekitar..brp brp..katakanlah 20K...setiap tahun dengan kadar pulangan yang maintainlah 6%...dengan kadar masa 15Tahun....brp sudah tabung pencen untuk anda akan datang?...

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)

Image
Assalamualaikum semua... Lama tak menulis selepas PRU 13...Kecewa dengan keputusan PRU-13 tetapi tetap redha dengan pilihan rakyat..Undi den satu jer..hehehe...Dan bila pemimpin sudah dipilih maka den kenalah ikut aturan yang telah ditetapkan oleh pemerintah yang dipilih...Bukan ini yang nak diceritakan tetapi...dibawah nie ...jeng jeng jeng....   Koperasi Wawasan Malaysia Berhad...atau lebih dikenali sebagai KOWAMAS...nak dijadikan cerita den terjumpa seseorang yang sedang mempromosikan koperasi ini dalam usaha untuk menambahkan bilangan keahlian KOWAMAS...didalam sebuah forum awam...den pun timbulah minat. Biasalah bila ianya melibatkan sesuatu perancangan kewangan dengan pulangan dividen yang baik..den suka. Sebenarnya KOWAMAS punya cawangan kat Melaka memang dah ada 2 tahun lebih..selalu gak lalu depan pejabat di dekat Bangunan Kota Cermelang...sederet dengan Bank Rakyat...cuma den tak bertanya apa kelebihan Koperasi nie... Maka den dengan suka dan gembira t...

Selamat Mengundi ...Pilihanraya Umum ke-13

Image
Assalamualaikum Dengan tertulisnya post nie, den masih belum mengundi..Jap lagi nak bersiap dan bergerak pergi ke pusat mengundi. Wife di Bukit Beruang dan den di Paya Rumput..Kendian terus balik kampung. Insyallah tiada siapa dah yang boleh menganggu gugat hasrat hati. Okaylah, selamat mengundi semua warga Malaysia yang layak. Bye n salam

38 Tahun...

Image
Assalam semua Hari ini 4hb Mei 2013..maka genaplah den berumur 38 tahun...sedar tak sedar..atau buat buat tak sedar..dah tua dah den nie..hahaha..Mana taknyer...rambut dah beruban. Itu hakikat... Kepada yang telah mengucapkan kesejahteraan, kebahagiaan dan pelbagai wish yang baik baik...semoga anda juga diberkathi dan dirahmati olehNya yang esa...ALLAH... ...................................... Jumpa lagi. Bye n salam p/s: Jangan lupa esok...mengundi..Undi kita hak kita...Tunaikan kewajipan kita...Chow betty.,.

Menang atau Kalah...Kekal atau Berubah..Inikalilah atau Lainkalilah...

Assalam semua Macam biasalah..suasana politik negara menjadi isu hangat sekarang nie..Jadi den pun akan menulis mengenainya ajelah..sahaja untuk kenang kenangan blog nie... Menang atau Kalah Menang atau kalah didalam sesuatu pilihanraya adalah ada pertandingan didalam mana mana situasi yang melibatkan acara pertanding. Cuma kali ini ianya melibatkan suatu pertandingan yang melibatkan suasana politik Malaysia secara amnya atau suasana Malaysia akan datang...iaitu 5 tahun mendatang. Kepada calon calon atau parti parti yang menang atau kalah..janganlah membuat provokasi yang melampau..klu menang ..janganlah berhimpun dan berarak..atau yang kalah janganlah berhimpun dan membuat kacau...Rata2 rakyat Malaysia sekrang nie sudah celik mengenai isu negara dan politik negara.. Bagi den pulak, klu parti atau calon yang den pilih..Kalah maka den akan menerima dengan lapang hati sebab den dah menjalankan tangungjawab den untuk negara. Siapa parti atau calon den pilih..biarlah rahsi...

Tarikh Keramat Pilihanraya 13 (PRU 13)

Image
Assalamualaikum semua Mungkin sekarang nie kita sedang dilanda deman pilihanraya...sedang dok sibuk dengar ceramah atau memasang bendera mengikut pilihan parti masing masing. Den bukan nak berkempen...pilhan terbaik adalah datang dari hasil penilaian anda sendiri.  Baru tadi SPR telah mengummumkan tarikh seperti dibawah : Penamaan calon : 20 April 2013 (Sabtu) Mengundi : 5 Mei 2013 (Ahad) ........Keputusan Kerajaan Baru atau Kekal adalah pada Malam Ahad atau Isnin siang...

Pembubaran Parlimen 12...

Assalam semua Semoga semua sihat..Kita akan menghadapai satu lagi suasana berkempen politik untuk PRU 13..insyallah tarikh akan diumumkan oleh pihak SPR tidak lama lagi sebab..sebentar pagi tadi lebih kurang 1130pagi...PM kita telah pun membubarkan parlimen yang ke12... Den bukan nak tulis pembubaran ini sebab den pro politik atau parti mana2 tetapi den terkasima sekarang den perubahan suasana politik yang kira mempunyai check and balance..wow..Den terus terang berpendirian yang den org yang berada diatas pagar..den akan pilih mengikut suasana yang diperlukan..klu sekarang nie memerlukan check and balance maka den akan memenuhkan quota itu...dan begitu juga sebaliknya..Mudah..sebab skrg nie politik adalah kerjaya..sebab dengan politiklah sebilangan menyara hidup keluarga mereka...so siapa terjerumus ke lembah politik maka dia akan buat cara politik..hehehe Insyallah tahun nie juga den akan start beli surat khabar Berita Harian untuk kumpulkan sumber seperti senarai calon men...

Bank Rakyat : Dividen 18% FY 2012

Alhamdullilah syukur dengan nikmat yang diberikan olehNya..Syukur..syukur syukur..Walaupun mempunyai size fund yang agak kecik didalam Saham Bank Rakyat tetapi ianya cukup bermakna...18% dibayar dalam bentuk direct ke akaun sebanyak 16% dan 2% melalui penambahan syer secara automatik...Best gak...Yang penting merasa...hehehehe ************************************** KUALA LUMPUR, March 13 (Bernama) -- Bank Rakyat, the largest Islamic cooperative in Malaysia, today announced a RM2.11 billion profit before tax and zakat (tithe) for the financial year ended Dec 31, 2012. The bank also declared an 18 per cent dividend for 947,541 members, entailing RM440 million in total cash payout and a bonus share dividend amounting to RM55 million. Announcing the bank's financial results today, Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said the bank also posted RM1.74 billion in net profit. He said the bank's profit was driven by grow...

Perancangan GAGAL

Image
  Assalam semua Kali den nak cerita mengenai perancangan yang GAGAL. Wow...berat mulut untuk berkata berat lagi tangan den nak menulis..Alamak..Mcm masalah besar jer boss...?..Tak juga sekadar berkongsi cerita jer...Hehehe Kalau semua perancangan yang dijalankan menjadi seperti MIMPI yang diinginkan..WOW kan senang...tetapi realitinya ianya menjadi sebaliknya..WOW..Tetapi setiap perancangan hendaklah disertakan dengan BACKUP plan..iaitu jalan penutup untuk recovery..hehehe...Den tak panggil recovery plan tetapi PLAN MENARIK DIRI... Plan menarik diri adalah PLAN untuk melepaskan diri atau tidak lagi bersangkut paut dengan plan yang lama..kira lepas dan tinggal..Buat apa kita dok pikir plan yang tak menjadi..Klu nak recovery pun kena dengan gayanya... Alkisahnya..den telah beberapa kali membuat plan yang terus temerus menemui jalan buntu..atau dalam kata enak..GAGAL..atau tidak mengikut seperti MIMPI hehehe...Tetapi den tetap menjalankan perancangan baru untuk menjay...

Mutiara Kata...02/2013

Image

Mutiara Kata...01/2013

Image

Sejarah Dividen Tabung Haji 1994 - 2012

Assalam semua. Sememangnya kita terlupa yang Tabung Haji juga terbaik dijadikan sebagai tempat meyimpan duit. Bukan sahaja untuk tujuan menunaikan ibadat Haji tetapi menjadi pemangkin menjana pendapatan pasif yang berterusan dengan kadar dividen yang amat baik. Cuba anda bayangkan...Tabung Haji pendapatan bersih telah dikeluarkan zakat..2.5%...kalau dividen diumumkan 5%..bermaksud ianya setara dengan pendapatan dividen ASB..wow..Kalau dulu kita tak terfikir sekarang mengoraklah langkah menabung diTabung Haji.. Kalau di ASB, kita mempunyai quota iaitu 200K sahaja tetapi di Tabung Haji...tidak mempunyai quota simpanan...simpanlah seberapa banyak...wow..Jom Jom Jom...rebutlah peluang ini disamping kita menuju misi untuk menunaikan ibadah Haji...Cunlah Dibawah ini adalah sejarah dividen dan bonus yang telah diberikan kepada pemegang akaun Tabung Haji dari tahun 1994 sehingga 2012... Sejarah Dividen Tabung Haji 1994-2012 1994 : 9.5% 1995 : 9.5% 1996 : 9.5% 1997 : 9.5...

BMW 318i E46 M3 - Year 2000 Dalam Kenangan...

Image
Assalam semua Minggu nie dah ada yang berminat untuk memiliki kereta BMW 318i E46 M3-y2000 miliki kita orang..perhhh..sudah lama dia dimiliki kini kami terpaksa dengan rela hati melepaskan ianya pergi ketangan orang lain. Mana taknyer...kereta ini amat jarang sekali digunakan..hanya sekali dua aja..Aku dengan DMAX...bro Hamzah dengan kereta dia pun tak terlayan... Berapa kita orang ambik...25K cash manakala sipengambil kenalah sambung bayar kat Public Bank...nampak mahal ker?..Tak gak..sebab kita dah buat memacam beb...sportrim...bodykit..dan baru sahaja tukar compressor aircond....so agak berbaloi beb...sedap bawa kereta nie...tapi den tak sanggup nak bawa ari ari...Plan aritu den yang ambik tetapi Bini kata dia lebih selesa jemput dan hantar budak sekolah dengan kereta kecik iaitu kancil...apa boleh buat..hehehe  Kereta nia kita jual dgn orang yang kita kenal beb...gila ker nak kasi kat org yang tak kenal sambung bayar hutang bank..hahaha...okaylah..Lupa nak kasi tau.....

Tabung Haji beri Dividen Dan Bonus 8%

Assalam semua... Insyallah 08 February 2013...kita akan merasa dividen Tabung Haji sebanyak 6.5% dan Bonus khas Jublis Emas sebanyak 1.5%  untuk tahun kewangan 2012...ada peningkatan sebanyak 0.5% dari tahun 2011 punya dividen...Wow dividen nie telah dibayarkan zakat..so klu ikutkan 9% tau..So fikir fikirkan mana yang lebih best... ********************************** Berita Harian Metro...Klik Sini SERAMAI 6.96 juta pendeposit Tabung Haji (TH) akan menikmati pembayaran bonus sebanyak enam peratus bagi 2011 iaitu peningkatan sebanyak 0.5 peratus berbanding tahun sebelumnya dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit pada 8 Februari depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata peningkatan pembayaran bonus berkenaan berikutan kejayaan TH mengekalkan prestasi kewangannya dengan mencatatkan pendapatan melebihi RM2 bilion untuk tahun kedua, manakala keuntungan selepas zakat melebihi RM1 bilion buat kali kelima berturut-tu...

Doa...

Assalam semua Jom kita selalu berdoa kepadaNya...Setelah kita berusaha...kita kenalah selalu berdoa untuk dipermudahkan apa yang diusahakan..Insyallah pasti ada ruang dan jalan yang akan diberikan olehNya..Amin amin Ya Allah Jika rezeki masih di langit, turunkanlah Jika di bumi, keluarkanlah Jika sukar, permudahkanlah Jika haram, sucikanlah Jika jauh, dekatkanlah Berkat waktu Dhuha KecantikanMU, keindahanMU KekuatanMU, kekuasaanMU Limpahkan kepadaku segala Yang Engkau telah limpahkan Kepada hamba-hambaMU yang soleh....  

Tutup Kertas Kira kira...

Assalamualaikum semua Tadi kita orang (den dgn partner) tutup buku kira-kira...Buku hutang, buku untung dan buku rugi...Alhamdullilah semuanya positive. Maksudnya mendapat kata putus yang muktamad..Secara kasarnya, den gan partner telah bersetuju untuk mengambil langkah bertahan dan menyerang..alamak macam main bola pulak..hahaha Tak kami telah berbincang dan berbincang..kalah Meeting kat kabinet nie..Buku hutang telah diselesaikan dengan jayanya..maksudnya hutang vendor telah diselesaikan..Manakala hutang lapuk (hutang org dengan kita org)..masih ada..tapi dah anggap hutang lapuk...Klu dia nak bayar..syukur alhamdullilah...Bukan dia boleh kaya pun..susah lagi adalah...Hahaha Hutang vendor paling besar telah dipersetujui dengan pihak vendor yang dia sanggup untuk back to back basis...Alhamdullilah...kejayaan besar perbincangan nie..Taklah sakit kepala lagi..hehehe..Cuma yang perlu dihadapi adalah overhead cost iaitu dua biji kete...Wow..bestnyer...Ingat nak letgo sebiji..bia...

Petua ASN...

Assalam semua Ini ada sedikit petua orang lama dalam bidang ASN...Kalau nak ikut boleh tak ikut pun boleh..Nak standby kat tepi pun boleh..Den insyaAllah den followww...Den copy paste ayat dia okay..sama sama kita jadikan rujukan. PANDUAN ASAS MASA YANG SESUAI UTK BELI UNIT ASN   JANGAN beli unit ASN jika nav melebihi 0.9000 HARUS mula beli bila nav ASN below 0.8300 MESTI start buying when nav ASN below 0.8000 LEBIH buying when nav ASN below 0.7500 BELI BANYAK BANYAK when nav ASN below 0.7000 PULUN HABIS when nav ASN below 0.6500 WAJIB BELI beli asn when nav asn below 0.6000 (kat sini bergolok bergadai aset balun cukup cukup) Credit to bro GG CG. Bye n salam  

BOTAK...

Assalam semua Nak cerita sedikit..Tahun baru nie den tampil dengan gaya berbotak..maksudnya tak berambut..wow..bukan den ada maslah rambut botak atau gugur tetapi setelah buat bekam aritu..bila dah buat kat kepala..so kenalah cukur setempat jer..malas nak pikir..den terus suruh mamak tukang gunting cukur botak...Macam best jer...Kebetulan baby den yang ke-4 tu..kita orang botakkan dia setahun...lah nie baru 3 bulan lebih..hehehe... Kira den temankan dia kot...masa mula botak tu den pakai gak songkok gan topi..last last malaslah nak pikir..sekarang nie pergi bank pergi shopping pun den bedal jer..hehehe...Ramai gak tanya..tahun nie nazar ker?..hahaha...den ckp bekam aritu... Lepas cukur aritu..mamak cakap kepala banyak kotor..maksudnya kelemumurlah tu..so den pun nak botak dalam sebulan dua nie..nak kasi buang itu benda jahat atas kepala..hehehe...patutlah masa ada rambut..kepala ada gatal..hahaha... Tengoklah sampai bila den berbotak..hehehe..mcm mcm hal pulak den nie...B...

Sambungan - Berbekam Darah (Sunnah)

Image
Assalam semua. Seperti yang dijanjikan. Inilah gambar den semasa dan selepas berbekam..  Ini adalah proses last..berbekam dikepala...satu cup jer..Nanti (ada niat) nak buat 3 atau 4 kat kepala...  Inilah darah kotor yang dikeluarkan...macam JELI beb Sehari selepas berbekam..den terus botak kepala...hehehe...Nampak tak kesan kesan lepas berbekam Okaylah sekian shj untuk kali ini...Bye n salam

Bekam - Berbekam Darah...

Assalamualaikum semua Berbekam...selama nie den dengar jer org buat bekam..lah nie den dah mencubainya dan melakukannya. Sebelum den meroyan cerita diri den berbekam..let intro apa itu bekam... Terdapat dua jenis berbekam..satu dinamakan bekam angin..iaitu lebih dikenali dengan bekam cina..tidak melibatkan pengeluaran darah..dan bekam nie bukan bekam sunnah...Dan yang lagi satu adalah bekam sunnah atau bekam darah. Umat islam dianjurkan untuk merasi bekam sunnah ini sekurang kurangnya sekali seumur hidup..Wow..  terdapat juga beberapa dalil atau hadis mengenai bekam..Yang nie boleh cari dgn pakcik google..tapi yang menari den kasi beberapalah kat sini..Jappp..nak pastelah nie..hahaha 1. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit" (Lihat Shahih Sunan Abi Dawud ) 2. Dari Anas r.a., dia bercerita: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jika ...