Penangguhan serta Dividen Dan Bonus.. ASB 2013

Assalamualaikum Semua
Lama sungguh saya meninggalkan blog nie. Hingga hampir terlupa. Bukan sibuk tetapi emosi terganggu. Bisnes yang dirancang hampir tewas walaupun sudah tewas...Tetapi bisnes asal masih berjalan lancar. Alhamdullilah..sesungguhnya perancangan ALLAH itu lebih baik...Kita kena terima.

Berbalik kepada story kita yang diatas..



Penangguhan ASB sehingga 2 January 2014, maka akan berduyun duyun umat manusia yang berada diMalaysia ke agent agent yang dilantik oleh ASNB/PNB...baik pergi kat agent..klu pergi kat PNB hanya satu buku jer boleh bawa...hahaha...

Dividen dan bonus yang diumumkan..rasanya semua dah tahu adalah 7.70sen dan 1.00sen sedikit penurunan dari tahun sebelumnya. Cuba tengok perbandingan ini :

Perbandingan tahun tahun sudah
                   2009              2010              2011         2012       2013
Dividen        7.3                 7.5                  7.65         7.75        7.70
Bonus          1.25               1.25                1.15          1.15       1.00

Persoalannya: adakah gula gula sudah tak diperlukan lagi?..Hehehe..Tahun 2012 tahun PRU..hehehe...sahaja saya mencelah bergini. Semoga ASB terus memacu ekonomi bumiputra. Amin amin amin

Bye n salam





Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)