Harga Minyak RON95 naik 20sen....

Assalamualaikum semua
Syukur alhamdullilah...Semalam kecoh dalam facebook cerita pasal kenaikan minyak RON95 sebanyak 20sen..Menjadikan harga sekarang sebanyak RM2.10. Terima kasih kerajaan kerana prihatin dengan rakyat seperti den. Hehehe

Kenaikan sebanyak 10.53% ini akan menjadikan semuanya kos minyak kita meningkat. Dan besar kemungkinan juga barangan penguna yang lain akan turut meningkat. So inilah kesan keatas kenaikan harga petrol semalam. 

Bagi den mudah jer, hidup mesti diteruskan. Biasanya kita hanya akan marah, memendam rasa geram, meluahkan perasaan marah atau "menyalak" selama lebih kurang 2 minggu...kemudian kebanyakkan dari kita akan beransur ansur hilang perasaan marah ini...dan akan terus lupa dan lupa dan lupa dengan kerenah "org yang kita pilih" yang menjadi dalang diatas kemarahan  kita tadi. SO point nyer...fikirlah sendiri...Bak kata orang SENDIRI BUAT SENDIRI TANGGUNGLAH...

Lagi satu, dah kita menjadikan dia pemimpin MAKA kita kenalah hormat keputusan yang dibuat sebab depa nie hebat dan dok kat situ berbincang maka solusinya adalah untuk kebaikan semua. Kalaulah keputusan yang dibuat itu salah bukan KITA seorang yang kena TETAPI seluruh marhain dalam negara MALAYSIA nie kena tempiasnya. SO sesamalah kita harung bersama apa yang bakal dihadapi dihadapan.

"sejarah ekonomi...kos sara hidup tidak pernah turun..." so berjimat cermat dan menabunglah dari sekarang untuk meningkatkan EKONOMI keluarga sendiri. Setidak tidaknya kita boleh mengharungi getir seperti ini secara lembut...hehehe

Bye n salam

Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)