Tabung Haji beri Dividen Dan Bonus 8%

Assalam semua...
Insyallah 08 February 2013...kita akan merasa dividen Tabung Haji sebanyak 6.5% dan Bonus khas Jublis Emas sebanyak 1.5%  untuk tahun kewangan 2012...ada peningkatan sebanyak 0.5% dari tahun 2011 punya dividen...Wow dividen nie telah dibayarkan zakat..so klu ikutkan 9% tau..So fikir fikirkan mana yang lebih best...

**********************************

SERAMAI 6.96 juta pendeposit Tabung Haji (TH) akan menikmati pembayaran bonus sebanyak enam peratus bagi 2011 iaitu peningkatan sebanyak 0.5 peratus berbanding tahun sebelumnya dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit pada 8 Februari depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata peningkatan pembayaran bonus berkenaan berikutan kejayaan TH mengekalkan prestasi kewangannya dengan mencatatkan pendapatan melebihi RM2 bilion untuk tahun kedua, manakala keuntungan selepas zakat melebihi RM1 bilion buat kali kelima berturut-turut sejak 2007.

“Kadar bonus pendeposit TH adalah berdaya saing memandangkan profil pelaburan TH terhad kepada pelaburan berlandaskan syariah saja, namun agensi itu masih berkemampuan memberikan tambahan 0.5 peratus daripada kadar bonus 2010 sebanyak 5.5 peratus.
“Pembayaran bonus pendeposit sebanyak RM1.67 bilion adalah daripada keuntungan tahun semasa, iaitu peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding jumlah bonus pendeposit yang dibayar pada 2010 berjumlah RM1.33 bilion,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Agensi di bawahnya di Putrajaya, semalam. Hadir sama, Timbalan Menterinya, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor........................................................................................................

Comments

Anonymous said…
Alhamdulillah.... Berbaloi simpan kat TH.....
Bank Rakyat agak2 nyer bila pulak???

:-aLCapone-
Unknown said…
Bank rakyat..biasanya dalam bulan februari nie dia umumkan dividen..kita tunggu kemunculannya...yehhh

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)