Keredhaan...
Assalamualaikum Semua...
Hari ini den ingin berkongsi sedikit cerita kerehdaan..Senang cerita redha iaitu menerima segalanya dengan apa jua tanpa ada rasa curiga...Mengapa den ingin berkongsi cerita ini. Begini..keadaan kesihatan ayah den semakin kritikal...iaitu uzur dan penyakit lupa telah menyebabkan lelaki yang dahulu kuat berkerja menyara den bersekolah semakin kurus dan uzur. Ditambah lagi dengan kelupaan yang kritikal...Tetapi alhamdullilah masih lagi kenal den...
Tadi den berbual dengan abg den (abg no 2, anak ke tiga, atas denlah)...dia cakap kita sebenarnya kena redha sebab ayah pun taknak jadi macam nie...klu kita yang sihat pun tak redha...apa tah lagi dia...dia pun taknak diberikan penyakit sebegini...Sebab kita kenkadang ada rasa marah dengan sikap ayah..(memang betul..den akui)...Kita yang sihat sebenarnya kena redha yang ayah memang sakit...bukan kita kata dulu ayah boleh buat ini dan boleh buat itu...itu dulu...masalahnya kita kena tanya sekarang...
Apa yang den nak beritahu adalah...Kita yang sihat hendaklah redha menerima mereka yang kita sayangi ditimpa musibah dengan hati yang tulus...Dan kita kena paham inilah mungkin kifarah untuknya dan untuk yang sihat...Dan den percaya..sesuatu yang diberi olehNya untuk kita yang sihat hadapi mesti bersebab dan mempunyai hikmah...Lagi satu...ujian Allah hanya untuk orang orang yang mampu untuk menghadapinya...
Den...telah menghadapinya dari sebelah mertua lagi..Emak dan Baba...kami (den dan mama) yang uruskan..maksudnya Emak, menghembuskan nafas yang terakhir kat rumah kami dengan keadaan yang uzur...Baba..kami jaga dirumah tetapi menghembus nafas diHospital Besar...Pengalaman ini mendewasakan den untuk mendidik anak....
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kesimpulan :
Dahulu kita pernah memalukan dia (ayah atau emak) didepan org ramai..nangis sebab tak dapat beli mainan..berguling sakan...Kini klu dia memalukan kita sedikit..MAKA kenalah terima...klu dulu dia yang cebuk, mandi dan lap badan kita...sekrang klu kita pulak yang ambik tugas tersebut...JANGANlah ada perasaan malu dan jijik...
"Semoga AYAH sihat...amin amin amin"
Comments