Menang atau Kalah...Kekal atau Berubah..Inikalilah atau Lainkalilah...
Assalam semua
Macam biasalah..suasana politik negara menjadi isu hangat sekarang nie..Jadi den pun akan menulis mengenainya ajelah..sahaja untuk kenang kenangan blog nie...
Menang atau Kalah
Menang atau kalah didalam sesuatu pilihanraya adalah ada pertandingan didalam mana mana situasi yang melibatkan acara pertanding. Cuma kali ini ianya melibatkan suatu pertandingan yang melibatkan suasana politik Malaysia secara amnya atau suasana Malaysia akan datang...iaitu 5 tahun mendatang.
Kepada calon calon atau parti parti yang menang atau kalah..janganlah membuat provokasi yang melampau..klu menang ..janganlah berhimpun dan berarak..atau yang kalah janganlah berhimpun dan membuat kacau...Rata2 rakyat Malaysia sekrang nie sudah celik mengenai isu negara dan politik negara..
Bagi den pulak, klu parti atau calon yang den pilih..Kalah maka den akan menerima dengan lapang hati sebab den dah menjalankan tangungjawab den untuk negara. Siapa parti atau calon den pilih..biarlah rahsia..walaupun segelintir kawan kawan dah tahu den dipihak mana. Den secara terus terang den tidak mempunyai keahlian mana2 parti politik didalam Malaysia ini. Tetapi undi den adalah amat amat berharga untuk den.
Kekal atau Berubah
Kekal atau berubah akan menjadi titik penting dalam pilihanraya kali ini untuk landskap politik dan urus tadbir negara yang akan mendatang. Klu kekal maka kita sudah tahu bagaimana pihak yang kekal akan menjalankan kerja mereka?..mana klu berubah kita akan tertunggu dengan cara dan perlaksanaan mereka yang baru. Ada pro dan cons didalam kekal dan berubah.
Kepada calon calon yang akan kekal atau berubah...klu kekal, hendaklah mendengar sedikit apa yang org bawah (rakyat) inginkan..jangan dok buat tak tahu..kerjalah untuk kami kerana kami yang mengundi anda..klu berubah maka hendaklah memperjuangan apa yang telah dilaungkan..Tetapi yang berubah ini baru dan tidak sama yang bakal kekal sebab kita dah tahu caranya...secara baik atau tidak tindakan yang bakal kekal...manakala yang berubah atau baru kita menunggu gaya urus tadbir mereka...
Bagi den pulak,..samada kekal atau berubah..den nakkan sesuatu yang lebih kepada rakyat..jadilah mata, telinga dan berkerjalah untuk kami..jangan dok penuhkan poket sendiri...
Pandangan den untuk yang mengundi
Jadilah rakyat yang memilih bukan turut atau setia pada sebuah parti sebab bila kita bersifat memilih mereka yang kita pilih akan sedar yang menaikan mereka adalah kita. Maka mereka akan segan silu untuk membuat kerja kerja kotor..Rasanya tidak salah menjadi seorang yng selective...klu tak elok yang dipilih..tempoh yang mendatang kita pilih yang lain..
Sekian terima kasih.
5hb mei penentu landskap pentadbiran Malaysia
Comments