Plant Cikampek...

Salam semua. Berjumpa lagi.

Status plant Cikampek, tempoh hari aku telah mencuba untuk membakar sebanyak 500kg per jam tetapi setalh dicuba sehari setengah terdapat beberapa masalah yang baru. Masalah ini adalah sistem burner no 2 selalu gagal untuk menyala, high temperature dekat secondary zone, high temperature dekat primary zone satu dan yang lebih menakutkan adalah sistem pusher no 2 sangkut pulak...

Kemudian aku menukar kepada kondisi lama iaitu 400kg per jam memandangkan jumlah limbah (waste) yang tinggal cuma sedikit. Sekarang nie aku telah buat satu lagi prosedur untuk menanggani masalah yang timbul nie..Setiap setengah jam beroperasi, pusher no 2 hendaklah ditolak..Nampaknya seperti berkesan teknik ini...Alhamdullilah.

Sekarang nie pulak, masalah baru timbul...iaitu masalah pengangkutan limbah ke Cikampek Plant..Dari pihak PT Arah berjalan lancar. Dah habis limbah mereka. Tetapi dari pihak PT Mesra Abadi...mereka seperti enggan menambahkan jumlah truk ke Cikampek Plant. sebelum nie, aku dah buat rapat (meeting) dengan semua pihak..semua bersetuju untuk tidak melambat-lambatkan penghantaran...tetapi sebaliknya berlaku..

Apalagi, tulis jer email dekat semua big-big boss..kasi dia org create solution...hahhaaa...Nampaknya Boss Bandung yang cuba settlekan masalah ini dengan mencari tambahan truk...Dia kata insyallah petang nie (29 July) akan settle dan plant boleh berjalan lancar semula...Tapi semua tu telah dibuat secara bertulis..sebab semua kos yang dibayar oleh kami (medivest) akan ditolak dari yuran bulan si Mesra Abadi...

Alhamdullilah semua sudah berjalan lancar..Hari ini aku ke Pasar Baru ( sempat lagi tu)..sebab nak beli mukena (telekong). Ada org kirim. Okaylah sehingga berjumpa lagi. Insyallah kalau semua dah settle bolehlah aku plan balik Malaysia...sehingga berjumpa lagi. Amin

Comments

Anonymous said…
Err.....

Kak tie cuma faham satu je... Telekong, ekekeke...

Beli lebih sikit, nak gak telekong lawa tu.... mahal tak ?

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Tamsilan : Ayas Dan Raja

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)