Zakat.......Zakat........Zakat
Salam semua...sekadar ingin berkongsi sahaja. Dan sekadar ingin ingat mengingati sahaja. Berpesan pesan pekara yang baik itu adalah dituntut. Zakat?..
Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga. Ia telah difardukan mulai tahun kedua hijrah Rasullullah S.A.W. Dari segi bahasa, zakat diertikan sebagai “tumbuh” dan “bertambah”. Ianya juga bererti berkat,bersih,baik,suci dan subur. Menurut istilah syarak pula diertikan sebagai mengeluarkan kadar harta yang tertentu dan diberikan kepada golongan yang tertentu mengikut syarat - syarat yan tertentu yang telah ditetapkan oleh syarak.
Zakat ada beberapa jenis iaitu zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat kwsp, zakat perniagaan, zakat emas & perak, zakat saham, zakat ternakan dan zakat pertanian. So terpulang kepada anda. Sekiranya mempunyai semua diatas atau sebahagian sahaja diatas dan telah cukup syarat maka hendaklah keluarkan zakat. Aku akan menyentuh beberapa jenis zakat jer...
Pertama syarat wajib dahulu
Islam : Zakat yang diwajibkan ke atas orang Islam.
Merdeka : Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali Zakat Fitrah. Walaubagaimanapun tidak timbul masalah hamba abdi masa kini tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai satu syarat wajib
Sempurna Milik: Milik sempurna bermaksud harta simpanan tersebut dimiliki dan dikawal sempurnanya oleh masa kini tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai satu syarat wajib.
Cukup Nisab : Nisab adalah paras nilai minimum yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakat. Pada ketika ini di Malaysia, nisab ditentukan berdasarkan nilai emas bersamaan dengan 85 gram iaitu bergantung kepada harga emas semasa
Cukup Haul : Genap setahun harta itu disimpan iaitu 354 hari tahun Hijrah dan 365 hari bagi tahun Masehi.
Zakat Pendapatan
Imbuhan atau perolehan yang diperolehi oleh individu daripada majikan atau individu itu sendiri sama adapemberian dalam bentuk tenaga atau perkhidmatan profesional atau fizikal dalam tempoh harian, bulanan atau tahunan yang boleh dikenakan zakat
Zakat Wang Simpanan merupakan zakat yang dikeluarkan oleh pendeposit daripada simpanan yang telah genap setahun dan cukup nisabnya samada di dalam akaun simpanan biasa, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, saham amanah serta lain-lain bentuk simpanan.
Zakat Emas Dan Perak
Emas dan perak adalah sejenis galian yang diwajibkan zakat. Ini adalah kerana logam ini sangat berguna berdasarkan penggunaanya sebagai nilai tukaran wang bagi segala sesuatu. Adapun barang perhiasan selain dari emas dan perak iaitu intan, mutiara, sutera, suasa dan sebagainya tidaklah wajib zakat ke atasnya
Pengiraan :
Emas Yang Tidak Dipakai
Emas yang tidak dipakai adalah emas yang langsung tidak digunakan atau tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Sekiranya nilai emas yang tidak dipakai menyamai atau melebihi 85 gram emas semasa (nisab = 85 gram). Maka wajib dikeluarkan zakatnya sebanyak 2.5 % dan tiada 'uruf' didalamnya
Emas Yang Dipakai
Emas yang digunakan sama ada sebagai perhiasan atau dipakai adalah tertakluk kepada zakat sekiranya cukup nisab emas yang tidak dipakai (nisab = 120 gram) dan haulnya. Emas yang dipakai secara sekali sekala atau tempoh berterusan dalam tempoh setahun adalah wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja dan tidak termasuk batu permata, berlian dan seumpamanya
Formula: Nilai emas semasa x Jumlah berat emas x 2.5%
(Pengiraan ini adalah mengikut Negeri Melaka)
Untuk lebih paham, sila ke cawangan atau pusat-pusat zakat yang berada berhampiran dengan tempat anda. Atau lawatlah ke website yang telah disediakan oleh mereka.
Melaka : http://www.izakat.com
Sehingga berjumpa lagi. Bye n salam

Pendapatan penggajian merangkumi:-
- Gaji tahunan
- Tunggakan Gaji
- Pelbagai Elaun
- Lain-lain ganjaran seperti bonus dan sebagainya

Comments