Semalam Cuti...Tanggal Merah

Salam..semalam Isra Mi'raj so dekat sini cuti. Apa lagi aku layan untuk ke Garut atau Cirebon. Apa yang menarik dekat sini. Kalau aku ke Garut, dekat sini aku boleh layan kolam air panas di Cipanas, Kawah di Kamojang dan industri kulit..Kalau aku ke Cirebon aku hanya boleh ke wisata Makam Wali Songo..sunan aper aku lupa. Ada dua makam disini.

Dari Cherry aku menggunakan Tol Pasteur menuju ke Cileunyi. Kenalah sekitar RP6000 shj. Disinilah bermula persimpangan kearah Cirebon atau Garut. Akhirnya aku memilih untuk ke Garut.



Dalam perjalanan itu kita org singgah di Geothermal Wisata. tempat ini sebenarnya dimiliki oleh PT Pertamina dalam usaha untuk perusahaan Elektrik dari Geothermal yang ada disekitar pergunungan ini. Maksudnya mereka menggunakan paip menyedut tenaga atau wap panas untuk dijana elektrik. Masuk kena bayar RP15000 (setiap seorg 5000 + kenderaan 5000)








Ini kawah kereta (dekat sini kereta api dipanggil kereta)



Sebelum tu..aku berjumpa dengan majlis perkahwinan org disini...Acara majlis utama adalah ini...apa tu...Dangdutlah...kalau dulu dekat melaka..Malam berinai..Joget lambak...sini dia org layan dangdut..


Dangdut.....acara wajib.


Kemudian aku ke kota Garut. Perhhh...memang industri kulit dekat sini. Murah gak. Aku sambar jaket kulit, kasut, sandal dan dua pasang sandal untuk anak aku. Tak abis pun RM300. Mana nak dapat ooi...Kalau mahu kirim den tak layan. Kalau nak datang sini aku boleh layan bawakkan ketempatnyer..hahahaaa..

Malam sekitar selepas maghrib, kita org layan pulak berendam dikolam air panas. Kena RP15000 seorang. Okaylah...kolam besar dan selesa. Cewek2 yang mandi pun seksi-seksi..Biasalah kolam mandi. Nasib baik boleh pakai seluar pendek jer..Kalau disuruh pakai swiming trunk..kan ke tu mendera...Kira sekitar sejam lebih berendam..kita org terus bergerak balik ke Bandung semula...Dalam kereta aku layan................Tido ler..hahahaaa...Ada supir maaa. Rasa mcm big-big boslah pulak...

Okay semua...sehingga berjumpa lagi. Chow n peace no war
Bye n salam

Comments

♥nrina♥ said…
wah..ayahpun ikut dangdutlah..
jgnlah ayah..buruk org tengok hehe..
Ahboy2020 said…
Salam boss,kat sana hampir semua tempat nak masuk kena duit ke???teruk lah gitu.nampak nya boss makin handal tempat2 kat indon ni.

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Tamsilan : Ayas Dan Raja

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)