Kisah Plant Cikampek...

Salam semua..selamat membaca dengan penuh rasa gembira dan ceria. Aku sihat dengan kerja-kerja yang semakin menyibukkan aku. Biasalah bila plant sudah beroperasi maka kesibukan yang menjelma pula. Tapi bagi aku ini suatu yang mengembirakan sebab apa?....sebab aku tidaklah dilanda kebosanan...eheheeh..

Plant baru jer dipanaskan badan pada hari senin lalu...proses ini seperti biasalah iaitu embakar kayu dahulu..aku suruh semua pekerja sini membuat rutin checking seperti memastikan kipas bepusing dan yang paling penting 4 damper "ajaib" yang selalu memberikan sedikit masalah...

Kemudian pada hari rabu lalu aku telah menghidupkan incinerator pada waktu pagi sekitar jam sepuluh...ada sedikit masalah yang perlu aku hadapi...iaitu burner tak mahu nak hidup secara auto..perhhhhhh...payah sikit. Buat sementara waktu aku gunakan manual box "kotak hitam ajaib" yang selalu digunakan di Melaka...Bayangkan kalau kotak hitam nie tak der...susah oooooo...

Masalah lagi..bila jalan secara manual..maka ianya tak seperti Melaka...Kat sini control minyak dilakukan oleh modulate motor...so terpaksalah aku by pass sistem nie buat sementara waktu...sekitar jam 4 petang setelah berusaha dan berusaha..akhirnya berjaya juga untuk diautokan burner diburner satu...Alhamdullilah. Tapi burner dua tak boleh auto dan modulate motor juga tak mahu auto...pening oooo...aku cuba secara manual dulu modulate nie...tapi bila aku set secara auto dia kembali ke posisi asal..pening aku...aku biarkan dulu sehingga temperature naik tapi tak puas hati sebab kena main secara manual...Dalam hati aku berkata, mana boleh plant baru lagi tapi sistem dah nak mula rosak...perhhhh...susah mcm nie.

Tapi bila sudah sejam berlalu, Pa Gem beritahu yang modulate motor tu dah mula bergerak secara auto sendiri..Nie mesti kes dia telah lama duduk diam nie...So secara amnya..semua benda yang bergerak kalau dibiarkan lama tak bergerak maka dia akan jammed...ini andaianlah..

Aku masih tak online APC sebab ada kerja pengubahsuaian laluan pipe air dr sumber sumur "perigi" ke tangki besar..dulu guna temporary tangki 5000liter sekarang 70000liter..kerja2 nie berakhir sekitar jam enam petang..

Maka aku pun bersiap untuk menghidupkan plant APC...Ada maslah lagi oooo...masa nak menghidupkan plant nie penutup utama tak mahu tutup..oooo...rupa-rupanya kena dibantu dorongan..apa punya tutlah plant nie..So Pa Gem dan Pa Seipul yang pergi untuk menolak main bypass nie..Akhirnya berjaya aku tutup...Oppp jangan ingat semua sudah okay...ader lagi.

So bila temperature dah okay untuk complete online...4 damper ajaib nie buat hal pulak..read switch dia taknak menyala..empat kali aku cuba. Yang bermasalah adalah damper 2 dan 3...apa punya tutlah damper nie..tension aku. Bila gagal kat situ maka main bypass terjadi so 3 kali aku kena suruh org jaga untuk tolah penutup main bypass...

Sekitar jam delapan aku cuba hidupkan burner dua..dengan memancing dahulu...setalah mencuba sikitar setengah jam..akhirnya aku berjaya..Yabedahbedu...

Belum abis lagi...malam tu start bakar. Tapi..waste dekat sini sejenis jer...kalau datang jarum..jarum jer..kalau datang tiub maka tiub jer...bayangkan bagaimana nak bakar...so malam tu bakar tiub darah...nak tahu apa hasilnya esok...masih belum habis terbakar...bila masuk (dikhabarkan oleh org malam)...temperature jatuh...pehhh...

Pada siang tu (khamis), ramai pulak tetamu..macam tempat wisatalah pulak...hampir 5 trip pelawat..jenuh dan jenuh. Bila balik jer dia org..kita org start check pintu belakang dan didapati masih tak terbakar..aku suruh tolak dan ambik semula untuk dibakar...dapatlah tiga tong..perhhh..payah ooo...Waste dekat sini pulak kalau datang tak dalam plastik..loose ooo...So petang tu sekitar jam lima...loader ram pulak jammed..sebab aku rasa ader waste bawah loader ram..aku nsuruh dia org siram dulu loader ram takur panas..kang rosak pulak seal..lagi susah...Cuba punya cuba, alhamdullillah berjaya dikeluarkan...Memang benar apa yang aku sangka..bawah loader ram ader tiub darah..banyak pulak tu..

So aku buat procedure baru..kalau nampak loose waste..letak dia dibahagian pertama (dekat dengan seal door) dan dalam plastik dibahagian kedua (dekat dengan loader ram) semasa di tippler..Masih lagi bakar sekitar 2 bin sepuluh minit..Pada jam 6 petang aku naikkan sekitar 400kg per jam...alhamdullilah nampaknya berjalan lancar tetapi...sekitar jam 830malam..aku masa tu lepak dalam office..dengar mcm plant tak berjalan. (biasalah klu plant jalan, ader bunyi kipas)...aku biarkan dulu...kemudian alarm berbunyi..dan aku lihat lampu alarm berwarna putih...so aku tahu yang plant tak complete online atau sudah bypass...bila dicheck outlet temperature low...nie mesti kes banyak air....

Sebab apa nie...aku cuba online semula so prosessnya seperti biasalah...kena jaga main bypass damper dan 4 damper ajaib tadi...bila dah online..aku tengok dan jaga computer...sekitar sepuluh minute okay..aku keluar dan pergi ke APC area..aku dengar bunyi pesss..so aku tahu yang plant bypass semula..pelik nie...check alarm dia sama...aku online semula dan check dan tukar setting...

setting apa yang aku tukar..dan apa masalahnyer sebenar nie...Air keluar banyak..air keluar banyak pun susah ker...apa kaitan dengan setting...aku cuba cuba salah...kira main try and errorlah...Aku turunkan setting temperature burner satu dari 950 ke 860 dan burner dua dari 900 ke 850...dan setting under fire fan satu dari 25 ke 20 dan under fire fan dua dari 21 ke 17...akhirnya seperti nampak okay...

Secara teorinya..plant sini dijalan secara auto dan dicontrol oleh modulate motor...kalau temperature secondary tak sampai seperti yang disetting maka...minyak akan disuruh buka banyak dan udara yang dilepaskan kedalam sistem juga banyak...so dia akan menyuruh ID Fan untuk menyedut dengan output yang besar sekitar 50 ke 60 percent. Bila dah sedut kuat maka semua temperature diAPC area akan naik...maka secara tanpa sedar air akan dipaksa masuk banyak.. belum sempat temperature di outlet kembali kepada setting dia sudah suruh masuk air...inilah masalahnya..aku rasa boleh diubah settingnya di ladder diagram..tapi Plant nie masih dalam jagaaan Mike. So kena tunggu dia dtg dan akan aku suruh dia ubah setting...Ini adalah andaian aku.

So sekarang bila temperature dibawah melebih 800 ke 900 maka dengan automati temperature diatas akan melebihi setting aku so secara autonya...minyak akan masuk kecik dan udara untuk push minyak juga akan masuk kurang dan ID fan juga akan sedut kurang...dan temperature di APC juga stabil...Alhamdullilah akhirnya jumpa juga jalan penyelesaiannya...

Berapa banyak waste sebenarnya nie....cuba tebak atau tekalah?....berapa?...tekalah?..Malaslah kau org nie...sebenarnya ada banyak sekitar 110Ton ajer..banyak tu dekat sini dan sikit kalau dekat sana...sebab tu dekat sini tak dapat gi jalan2 (outing) ke Kuantan...eeheheh...Sekarang nie aku bakar sekitar 400kg per jam esok (Ahad) aku akan ke Plant dan aku akan naikkan sekitar 550 atau 600kg bergantung kepada jumlah waste yang ader.

Sebab pada hari Jumaat, aku telah berjumpa dgn boss aku dari Malaysia (Madam CSF)..orgnya baik. Aku suka berkerja dengan dia. Nie bukan bodek tau. Nie reality dan apa yang telah dan sedang aku alami. Dia memang bos yang baik. Aku telah disuruh untuk membuat beberapa percubaan untuk mengetahui jumlah penggunaan solar (diesel) secara optimal loading . Iaitu mengikut jumlah sebenar kapasiti plant ini. Iaitu 600kg per jam.

Doakan aku berjaya untuk membuat percubaan tersebut. Mesti ader setting yang kena aku buat untuk kearah tersebut. betul tak?...Harap betullah. Sehingga kita berjumpa lagi...tunggu hasilnyer...Bye n salam semua.

Comments

♥nrina♥ said…
semoga ayah sentiasa sukses dalam ape jua yg ayah buat..mama sentiasa doakan ayah berjaya dunia dan akhirat..amin..
Anonymous said…
jgn risau bos.u r alwayz in our heart..demi bos,kita kan bawak balik piala kemenangan sukan bola tampar nnti,hahaha...

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Tamsilan : Ayas Dan Raja

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)