Kisah Aku dan Kapal Terbang....

Salam semuanya..

Semakin hari semakin sibuk disini. Satu sibuk dengan kerja yang diberi oleh bos aku di Malaysia untuk mencari vendor contractor civil untuk kerja-kerja penambahan yang telah diberikan kepada aku. (haa..sebilangan ingat aku dekat sini goyang kaki..sorry ehh..kerja tau..sambil goyang kaki..)..pencarian ini masih belum selesai sebab banyak sangat kesalahan sebutharga yang dia org buat seperti tidak mengikut spek dan main sesah harga jer...ingat aku tak reti kira ker bab civil nie...aku guna common sense jer..Baru tau dia org (contractor Indonesia) dekat den..hahhaaa...Tapi aku gak yang susah sebab dateline dah nah abis...Meeting pemilihan belum lagi dibuat...perhhh...sibuk oooo..Shortage of time.

Kedua, aku sibuk dengan ragam nak buat ISO (9000, 14001 dan OSHAS)..seperti biasa preparation kearah ini seperti kurang menyengat dari bahagian Opis manakala dari bahagian Plant hebat sebab aku couching mereka selalu...so selalulah aku akan ke Opis HQ Bandung...eheh untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Doakan aku berjaya membimbing mereka semua..Amin.

Ketiga, sibuk dengan urusan family dekat Malaysia. Sudah Home sick oooo..Insyallah ada masa dan tiada aral melintang den akan pulang jua. Aminkan juga.

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal sibuk aku dekat sini tetapi kisah aku dan kapal terbang. Kalau diikutkan dari kelulusan aku yang sebenarnya. Aku berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Aero Angkasa, UPM (1997 - 2000). Tapi apakan daya usaha untuk aku berkerja dibidang yang aku ceburi semasa belajar gagal untuk dipraktikkan. Tetapi aku tetap bersyukur sebab berkerja dibidang yang aku tak tahu dan aku berjaya mahirkan iaitu INCINERATOR.

Berbalik kepada cerita aku yang asal. Sebenarnya sepanjang aku belajar sehinggalah tahun 2008, barulah aku merasa menaiki kapal terbang. Apa punya tutlah kalau kau org nak cakap. Belajar kapal terbang tak pernah naik ker?..Memang benar. Aku cuma pernah pergi melawat helikopter dan pesawat ringan di TUDM Sungai Besi dan membuat kajian tentang keberkesanan KLIA shj. Oleh itu aku nak menceritakan kapal terbang yang pernah aku naiki.

1. Kapal terbang Air Asia



Dengan adernya sistem tawaran tambang murah syarikat pernerbangan Air Asia, maka ramailah org boleh terbang. "Now everybody can fly" itulah matlamat mereka. Aku bukan nak promosi mereka okay. So seperti biasa dengan kadar yang rendah maka kenyamanan yang akan dirasai juga kurang. Aku senang jer..dah murah so dapatlah apa yang kita bayar. Yang penting selamat tiba dan selamat pulang dengan kapal terbang mereka.

Kedudukan kerusi juga begitu rapat antara depan dan belakang. Kalau nak selesa maka kenalah checkin dengan hot seat. Biasanya hot seat kena extra charge iaitu RM25 /seat. Haritu pergi dgn family ke sini aku pilih hot seatlah sebab aku bawa budak-budak. Kasi dia org selesa. Makanan pulak kena beli didalam kapal terbang. mcm biasalah ader mahal sedikit. Aku ngap jer dan bayar. Sebab sudah lapar maaa. Air Asia nie memang teror dia akan berlepas dalam waktu2 kita lapar jer..

Sekarang nie ramai sangat warga Malaysia melawat Indonesia so di LCCT (Low Cost Terminal) telah disediakan beberapa kaunter daftar terus ke Indonesia tanpa mengira no flight. Kira boleh gie mana2 kaunter, so dah takder kes terlepas pesawat disebabkan kaunter no fligth sekian tutup. Sebab aku sudah kena sekali. Serik oooo mungkin ini disebabkan aduan seperti yang aku kena itu meningkat. Aku agak jer.

Dengan Air Asia ini aku hanya dar Malaysia ke Indonesia dan kekerapan ke Indonesia adalah selalu (3 atau 4 kali sehari sekarang) dan boleh turun dimana lapangan yang tertera didalm website mereka. Belum lagi menggunakannya untuk domestic flight. Insyallah aku akan gunakan sekiranya Lapangan Terbang Batu Berendam start beroperasi menggunakan perkhidmatan Air Asia. Insyallah. Amin.

Ini dia punya link website : WWW.AIRASIA.COM

2. Kapal MAS (Malaysian Airline System)





Dengan perkhidmatan MAS ini aku baru jer gunakan dua kali. Sekali semasa aku ke Shanghai, China dan ke Indonesia. Mcm biasalah tiket dia mahal sedikitlah. Brp tu?..kenalah check sendiri dekat website. Tetapi kemudahaan yang disediakan..superb..

Kalau guna untuk penerbangan jauh...Movie, Radio dan games ader...Makan pulak disediakan. Cuma kena pilih jer nak aper. Tempat duduk pulak selesa..perhhhh. Itu jer yang aku boleh cakap kalau dicomparekan dengan Air Aisa. Biasalah bak kata perpatah Alah Membeli Menang Memakai..Kekerapan juga selalu ke Indonesia ini tetapi hanya turun di Cikareng, Jakarta.

Masa pergi Shanghai tu siap diberikan selimut dan bantal. Kawan aku dia kebas sekali. Dia cakap kita dah bayar so ini untuk surviner kitalah..Okaylah tu. Aku pun tumpang sekali. Tapi masa balik ajer..dia siap pergi dan balik.

MAS juga menawarkan perkhidmatan untuk penerbangan dalam negeri (domestic). Kalau sapa yang berkemampuan bolehlah menggunakannya. Masa aku dekat Houlon dulu, roomate aku (Nik), menggunakan perkhidmatan ini untuk balik ke Jitra Kedah. Bayangkan baru jer 45minit kalau dibandingkan dengan kereta..6jam. Penat lagi. Dulu belum ader Air Asia secara meluas.

Ini dia punya link website : WWW.MalaysianAirline.COM

3. Kapal terbang KLM



KLM ini adalah kepunyaan Royal Dutch Airline. Aku belum lagi mencuba menggunakan perkhidmatannya. Dikatakan harganya juga murah. Sekitar USD 120 pergi balik.. Aku masih belum mencuba perkhidmatan mereka.Kekerapan tidak selalu maybe dalam seminggu tiga atau dua kali so kena check jadual dia..okay, mananya kena well plan. Murah gak.

Keselesaan adalah seperti MAS. Tetapi hanya turun dan naik dari Cikareng, Jakarta. Insyallah satu hari nanti pasti aku akan menggunakan perkhidmatan mereka. kena cuba semuanya. Insyallah. Amin.

Ini dia punya link website : WWW.KLM.COM

Hari ini aku merepek panjang sedikit. Semoga kita berjumpa lagi, insyallah. Amin.

Comments

Anonymous said…
mmm,naik kapal terbang pun masuk blog gak ker?mcm mn la og tak ckp goyang kaki kat sana,hehe...duit banyak, hujung minggu tu balik la m'sia.nak harap tiket free je,mmg la lambat,hehe..
♥nrina♥ said…
Ayah..Lapangan Terbang Batu Berendam akan beroperasi September 2009..wah dapat g Langkawi pas ni hehehe...
Ahboy2020 said…
Betul tu tar,sesekali blk lah hujung minggu.nak tunggu tiket free je lg lah lama pertapaan boss kat sana hahaha.

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Tamsilan : Ayas Dan Raja

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)