Emas Portfolio Hebat...

Salam semua.
Kali ini entry aku just nak sharing bagaimana emas itu disebut-sebut sebagai satu portfolio pelaburan yang hebat. Walaupun aku pemahaman aku tidak mengerti sehebat pengkaji-pengkaji portfolio emas yang ada di Malaysia tetapi sekiranya kita tengok dari semua ayat-ayat Al-quran dan hadis-hadis Nabi semuanya menyebut perkataan EMAS.

Cuba kita tengok sekarang nie. Sudah ader beberapa bank yang melancarkan pelaburan emas seperti Maybank (Gold Saving Passbook), Public Bank (Gold Investment Account) dan yang terbaru diwar-warkan CIMB akan mengikut jejak langkah kedua-dua bank tadi. Ini pelaburan.

Kalau kita tengok, tidak disebutkan tentang duit Ringgit (Malaysia), Dollar (America), Rupee (India), Rupiah (Indonesia), Pesos (Filipina) atau New Shekels (ILS) di Israel. Ini kerana, kertas ini adalah ciptaan manusia yang tiada nilainya di dunia ini pada hakikatnya. Tapi, emas adalah sejenis logam ciptaan Allah s.w.t yang bersifat kekal sehingga ke akhirat kelak!

Tetapi ingat telah diberitahu, jika pemilik emas itu jahat, maka emas itu dibakar di neraka dan mereka disiksa dengan kepanasan emas yang telah dilebur oleh api neraka Jahanam itu. Sebaliknya, mereka yang beramal soleh, pandai menggunakan harta itu dengan jalan yang betul dan diredhai Allah, maka emas itu akan dikembalikan kepada mereka di syurga kelak sebagai yang telah disebutkan Tuhan di dalam al-Quran.

Lebih dihalusi, maka keluarkanlah zakat bila sudah cukup haulnya. Ini ayatnya:

(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. [Surah At-Taubah: Ayat 34 - 35]

Biasa kita dengar bila lepas waktu azan berkumandang di TV3.

Aku bukanlah hebat sangat..tetapi bagi aku secara common sense, Emas boleh mengatasi Inflasi ekonomi aku. Sudahker aku menambahkan portfolio ini..Cuba teka sudah ker belum...Shj nak bergurau.

Sehingga berjumpa lagi. Semoga anda dan saya ceria dan gembira selalu dan dirahmati dan diberkathi Allah. Amin. Bye n salam.


Comments

♥nrina♥ said…
abih tu..mmg patutlah emas mak tu hilang sbb dia hanya simpan je tak pakai ek?

daripada diseksa diakhirat maka Allah hilangkan terus..

ada hikmah tu hehe..

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Tamsilan : Ayas Dan Raja

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)