Seminggu Bercuti - Hari Ahad (7/9)

Assalamualikum
Nampak gayanya den akan cerita seminggu bercuti dengan family ke utara. Bercadang utk bercuti seminggu tercetus disebabkan anak buah sebelah wife akan melangsungkan perkahwinan pada ahad 14/09/14 di Sg Petani. Memandangkan dah terlanjur sampai ke utara ni..maka terlajaklah plan utk ke Pulau Langkawi.

Kebetulan pulak, minggu nie minggu perperiksaan upsr. Maka den pun tulis surat mohon cuti seminggu @ lima hari utk bebudak. Kira dia akan bercuti dua minggulah sebab selepas ni semesta break utk budak sekolah.

Sepatutnya gerak dalam ari selasa. Kira2 plan terus gerak ke Pulau Langkawi..tetapi kiranya semalam ada kenduri kawin anak Pak Teh dan Mak Teh sebelah wife di Balakong Selangor..maka aku terus plan dr sana gerak ke Pulau Pinang.

Gerak dr rumah pukul 1245..tuang minyak dekat Shell Ayer Keroh...itu ini..sampai pintu tol Ayer Keroh dah masuk waktu zohor.

Den ada temujanji dengan Sarjan Baharon dipintu keluar Shell tol Senawang.. nak kasi dvd dab frame gambar RT ExSMSB haritu yg dah siap. Selesai den terus ambik LEKAS highway.

Alhamdullilah sampai rumah Pak Teh dan terus pekena nasi minyak. Jumpalah Bang Nal dan family...Dia bawa Dak Tia jer. Yg lain tak ikut.

Kita org gerak ke utara lepas asar tapi kita org cadang asar di Highway. Ambik highway dari Putrajaya ke Pulau Pinang...kiranya masuk higway dalan pukul 5ptg. Sampai perhentian Tapah pukul 645ptg terus selesaikan solat asar dan bercadang uyk tunggu maghrib dan isyak sekali. Kiranya gerak dr Tapah pukul 820mlm.

Alhamdulliah perjalanan lancar dan selamat samapai di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang dalan pukul 1010mlm. Terus pekena makan malam di Restoran Chicken Chop Original.

Kiranya ini cerita semalam. Dan arini, kami berplan utk merayau rayau di Pulau Pinang, insyallah nak bawa family pekena mee udang dekat kedai kulat atau cendawan dan pusing pusing sekitar butterworth jer kot.

Esok dah nak gerak ke Pulau Langkawi lepas solat subuh kot. Apa2 pun setiap kali ke Pulau Pinang, aku pasti dan mesti menetap dirumah Arwahyarham Abg Hamzah. ALFATIHAH semoga roh abg Hamzah tenang dan ditempatkan dikalangan org yg beramal soleh. Amin amin amin

Sehingga berjumpa lagi. Banyak yang dirancang sebab den klu bercuti memang suka waktu org sedang sibuk tidak merancang percutian. Bye n salam.

Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)