Isnin (8/9)

Assalamualaikum semua
Den masih di Pulau Pinang. Hari kedua disini. Bermula dengan sarapan dibawah apartment nie. Kedai Pak Tat tak buka. So makan je kat kedai sebelah..belah tengahari pulak nak makan kat kedai KULAT..tetapi dia org tak beroperasi hari isnin..so terus ke destinasi yang dirancang.

Kami mengayau di Pulau Pinang dengan menaiki feri. Alhamdullilah tidak padat. Dapat naik feri bahagian bawah dengan bayaran sebanyak RM7.70 aje.

Keluar jer dr terminal feri Pulau Pinang..kita org terus menuju ke KOMTAR..kat sini kira pusat membeli belahlah..dia bersambung sambung...beberapa pusat membeli belah. Mengayau gayau dan lepas asar...kita org terus mencari QUEENBAY pulak. Kiranya bersantai menghadap Pulau Jerjak.

Kira okaylah lepak sini. Sambil pekena Chaw Kuek Teuw, jagung manis mangkuk, jagung bakar, laksa dan meggi goreng...maghrib baru kita org gerak balik dr QueenBay ke tanah besar...cadang balik naik jembatan baru. Gayau gayau cari jalan ke Bukit Maung...jauh gak mudik kebawah...

Last last jumpa gak...merasalah naik jembatan Pulau Pinang yang baru. Turun di Batu Kawan dan mudik semula ke Juru..kenalah tol RM2.00.  Alhamdullilah syukur dengan apa yang telah diberikan kami lalui hari semalam. Hari ini insyallah kami akan bertolak ke Pulau Langkawi pulak.
Bye n salam. Sehingga berjumpa lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Tamsilan : Ayas Dan Raja

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)