Jumaat (12/09)

Assalamualaikum semua..
Semalam (Jumaat - 12/09)..den memang dah lama plan nak pergi ke sungai Sedim. Bagaimana ianya bermula..den antara pendengar radio sinar fm. Ada satu bulan...dia org selalu promo bulan cuti cuti Malaysia..antara yg disebut adakah Tree Top Walk Sg Sedim..antara berjalan kaki merentas hutan yang terpanjang..sekitar 900m lebih..hari hari den dengar...last last terus seacrh dkt google dan jumpa..terus buat plan nak pergi dan mesti sampaikan kaki.

Plan nak pergi pagi..tapi sesubuh dah hujan lebat..angin tiup kencang..so tunda lewat sikit..konon lepas sarapan..rupa rupa tunda lagi lagi...Org ghumah pulak sakit gigi..so pusing sampai Bagan Ajam cari klinik gigi. Akhirnya jumpa..dia daftar den bawa bebudak penena roti dan air..pusing pusing jumpa restoran Nasi Kandar Salam.. bebudak order megi goreng den nasi kandarlah..hilang diet den..bila bercuti nie...hahaaa

Abis sarapan terus hi kat klinik..konon nak tengok org ghumah..rupa rupa dia baru jer keluar dr bilik rawatan doktor..nasib baik den sampai..sebab den bagi 150inggit..dia kena 215inggit sebab kena buat minor surgeri..ada serpihan..kesian mama..Penyakit yg paling aku takut dan benci..dan doktor paling aku takut nak jumpa...hahaha...so jahitan kenalah buka kat Melaka.

Kita org teruskan juga perjalanan ke Sg Sedim..menggunakan perkhidmatan waze..Alhamdullilah sampai juga ke destinasi yg dituju..bayaran masuk kawasan Sg Sedim kena RM3 aje...nak masuk ke Tree Top Walk kena dewasa RM 10 dan Kanak2 RM6..bermulalah episod berjalan diudara..hahaha...

Gerun juga nak jalan sebab permukaan jalan nampak kebawah..dia menggunakan platform diamond mesh tapi yg jenis kasar...masa merentas jeram..perhhh nampak bawah beb..klu terlah..maut maut... Sepanjang perjalanan merentas ..anak aku si Zahran yg paling cuak..dia nak jalan terhemot hemot..takut..last last aku suruh pegang baju aku dan jgn tengok bawa...penat gak..Paling tinggi adalah pada kedudukan 22000 meter dr aras hutan...perhhh tinggi beb..Dekat bilik kaunter ada sejarah pembinaan dan bahan bahan yg digunakan uyk membuat platform dan tiang tiang tree top walk..

Penat penat sungguh...cuaca pulak hujan kejap berenti...last kita org mandi di sungai Sedim..cari port..perhhh sejuk beb. Paling meriah adalah dua org hero akulah..si zikry gan si zarfan..adalah dalam dua jam kita org berendam..si zahran dah mengigil..last bila nak habis..dtg org kampung yg baru balim dr cari buah berangan..dia bagitau berhati hati sebab hujan lebat dekat atas..takut kepala air..Bila ingat kepala air ingat kejadian dekat Sagil...mandi masa hujan gan...hampir hampir kena aku gan zarfan...menderam bunyi air kepala air..nampak sendiri dia turun macam ombak dari atas...perhhh..tapi aku tunggu gak klu jadi kepala air sebab berader tu ckp...klu jadi besau beb..dekat tempat aku mandi tu dah 4 org diragutnya..perhhh sadis...sadis.

Sampaj aku balik tiada kejadian kepala air. Apa2 pun syukur. Balik semula ke Teluk Air Tawar...sampai terus pekena makan malam. Mcm biasa..tempat biasa.

Esok (Sabtu 13/9) ingat nak jengah org dekat Sg Petani. Tapi sebelum tu nak pekena mee udang dekat Kedai Kulat. Okaylah bye salam

Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)