Ahad (14/9) dan Isnin (15/9)

Assalamualaikum
Sepatutnya post nie diterbitkan awal tetapi ada kelewatan disebabkan den mcm sibuk. Almaklumlah dah lama bercuti.

Ahad 14/9 adalah majlis perkahwinan Rizal anak abg mie (abg ipar) di Sg Petani. Alhamdullilah majlis berjalan lancar. Semua berpakaian bertemakan merah.

Sepatutnya aku akan balik hari juga selepas majlis tetapi tertangguhlah disebabkan kedai dobi tak buka. Maka tersangkutlah sehari lagi. Azabnya ialah pikul dan punggah balik beg dr kereta ke apartment. Perhhh...takper dah itu plan yang ditakdirkan mungkin ada sebabnya.

Maka plan berubah. Den ubah plan..iaitu kita semua berjumpa dengan bro Hardy yg dulu duduk Melaka dah menetap di Cangkat Jering atau Taiping. Alhamdullilah sampai gak den rumah dak Ilham aka Hardy dgn family. Den dah pernah sampai rumah dia beberapa bulab lalu.

Hardy jamu kita org semua dgn perlbagai juadah..mee special kat area rumah dia dan ayam mas beb...borak borak isu tran skrg iaitu org melaka semua dah berubah dr taraf biasa ke luar biasa..iaitu kawan kawan kami yg berjaya dlm dunia emas. Wow..bicang itu ini dan akhirnya 1030mlm den beransur dr rumah hardy ke penang semula.

Isnin (15/9)..bergerak balik dr P.Pinang jam 11pagi...alhamdullilah perjalanan lancar..singgah berhenti di Tapah utk solat dan beli buah...teruskan perjalanan...dan akhirnya singgah Restoran Jejantas Air Keroh pekena AnW...dan terus balik kerumah..alhamdullilah sampai rumah jam 1020mlm.

Syukur alhamdullilah dipermudahkan percutian kali ini. Walaupun ada sikit gangguan seperti hujan..anak cirit birit dan den minor sakit perut..tetapi percutian ini megembirakan kami sekeluarga. Kosnya amat amatlah tinggi..ini nasib baik rumah kat P.Pinang tak bayar sewa.

Insyallah kita bersua lagi
Bye n salam

Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Tamsilan : Ayas Dan Raja

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)