Keluarga Hj Ibrahim Hj Majut
Salam semua. Tak tahu nak entry apa kali ini, sebab bila aku ada dekat Malaysia jer, semua benda aku rasa seperti sibuk. Satu sibuk nak buat kerja dekat sini dan ader benda-benda yang sibuk lain aku buat. Kira macam busy sangatlah, sedangkan tidak. Sebab biasalah biar org nampak kita sibuk..hahahha..tapi hakikatnya aku memang sibuk dan bukan penyibuk okay.
Kali ini aku nak letak gambar keluarga aku. Nie sekadar gambar kenangan. Ianya diambil kira-kira tahun 2000 kot. Sebab masa tu aku belum berkahwin dan baru jer habis belajar dan telah berkerja di Hualon Corporation Berhad. Kiranya masih handsome dan segak.Hahahaha. Bila masa nak puji diri sendiri. Inilah masanya. Tak gitu beb.
{ Dari Kiri Berdiri : Adik Bongsu (WAHIDAH), Ngah (MUHYEDIN), Aku (ZOLPAKA), Adik (MOHD. HANAFI), Uda (AMEHEZAT)
Dari Kiri Duduk : Emak (HJH SITI HAWA JUN), AYAH (HJ IBRAHIM HJ MAJUT), Along (RAUNAH) }
In semua kenangan. Beb. Lah nie aku dah berubah size. Mereka yang lain masih maintance size. Apa2 we are happy family. Hampir semuanya berkerja dan menetap di Melaka. Emak dan Ayah aku masih menetap dan mengusahakan tanah rancangan mereka di bumi Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh. Sana mereka mengusahakan tanaman getah.
Along menetap di Taman Bertam Ulu, suami dia kerja dekat Petronas Melaka. Ngah pulak berkerja dengan syarikat perbankan di Muar (OCBC) dan telah menetap di Sungai Mati Muar (Serom). Uda pulak berkerja di Melaka, Batu Berendam (Kilang Besi) dan menetap dirumah peninggalan arwah Nenek aku (Hjh Setip Buruk). Manakala aku berkerja dan menetap di Melaka. Dulu di Batu Berendam dan sekarang nie di Paya Rumput Rumbia. Berkerja di Pantai Medivest Incinerator Plant. Dah tujuh (7) tahun lebih beb sini. Kira paling lamalah nie.
Oppp..adik lelaki aku pulak berkerja dengan sektor kerajaan. Seorang shj wakil kerja kerajaan. Ehh...bekerja dengan jabatan kebajikan masyarakat di Penjara Dusun Tok Murad. Okaylah tu. Sihat keja kerajaan nie. Lah nie dia menyewa rumah Kak Long aku di Krubong. Manakala adik perempuan aku berkerja di kilang Vihsay, Krubong dan menumpang tinggal dirumah Kak Long aku. eheheh. Dan bertunang dan akan dilangsungkan hujung tahun atau tahun hadapan jer. Sebab emakayah aku suruh cepat beb. Sebab dia org nak g Hj lagi sekali kalau semua dah settle. Ehhh. Alhamdullilah.
Sehingga berjumpa lagi. Amin.
Comments