No: 10051661 - Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF)
Salam semua, Secara amnya KOPERASI PERMODALAN FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di bawah Ordinan Koperasi 1948.Bertujuan untuk menjadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota Felda. Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni FELDA untuk memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat FELDA melalui KPF juga merupakan suatu wawasan dan prihatin FELDA untuk kemajuan warga FELDA.
Ianya dibuka kepada semua ahli keluarga Felda (Peneroka, Isteri Peneroka, Anak Peneroka dan Kakitangan Felda)..Oleh kerana aku nie sebahagian dari ahli Felda iaitu anak peneroka sebab Ayah aku seorang Peneroka Felda Bukit Senggeh, maka aku mengambil peluang yang ada dan telah disediakan. Aku memohon untuk menjadi ahli KPF ini pada bulan sebelas (11) tahun 2009 dan telah mendapat kelulusan pada bulan tiga (3) 2010...lama ooo. Dengan no. ahli : 10051661 ..secara kasar ramai dah ahli KPF nie...perhhh perhhh...
Limit setiap keluarga Felda untuk mendapatkan saham KPF ini adalah 250K/keluarga. Ini adalah bertujuan pekongsian adil. Kepada anak-anak felda yang ingin memohon untuk menjadi ahli KPF ini silalah melayari Koperasi Permodalan Felda Berhad (klik).
Apa yang membuatkan aku tertarik?..Biasalah pulangan yang ditawarkan setiap tahun...seperti dividen Bank Rakyat...Terjamin ker?..Aku rasa insyallah sebab Institusi Felda ini adalah sebahagian dari kepentingan kerajaan yang secara khusus dibidang pertanian. Dari segi politik pulak....kalau mereka tidak menjaga Felda...berkemungkinan besar boleh menjatuhkan sesuatu parti politik tersebut. Felda ini besar dan merangkumi setiap negeri di Malaysia.
Berapa pulangannya..lihatlah sendiri digambar yang saya sertakan ini. Secara kasar, ianya melebihi 10%. Besar beb dari pulangan ASB. Maka ini adalah portfolio investment terbaharu dari aku untuk aku dan family aku untuk masa akan datang.
Okaylah...sekian terima kasih. Bye n salam
Comments