Hujan...Oh Hujan..Oh Hujan...

Salam semua..ini aku nak kongsi sedikit ilmu pengetahuan yang dikirim oleh kawan aku dalam email. Sekadar ingin berkongsi jer. Pekara yang baik wajib dikongsi dan beritahu.

Sekarang ni boleh dikatakan hari2 hujan / ribut petir / guruh kan ?. Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang disekeliling saya "Cuaca buruk je akhir2 ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk ?

Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan ?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan2 tu lebih baik digantikan dengan doa:

"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).


Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan
4. Ingat kepada mati

Ini sikit je senarai kebaikannya. Ada byk lagi. Cuma saya terfikir,
kenapa orang selalu bad mood bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Mcm biasa dengar ayat tu kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Masa kat sekolah dulu, saya selalu perhatikan. Samada Khamis
petang/malam, atau Jumaat subuh/pagi sentiasa hujan. Sebab masa tu
ustazah selalu pesan, tadah air hujan petang/malam Khamis atau
Subuh/pagi Jumaat (saya duk kat asrama). Ustazah sebenarnya nak suruh kami prihatin, supaya bila kami buat mcmtu kami akan tersedar, memang benarlah Jumaat itu hari yang berkat. Sebab itu hujan turun mengiringi kedatangannya. Sedarkah kita?

Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun
pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab. Skrg ni, tiap2 hari
hujan. Tiap2 hari ada masa utk doa menjadi mustajab. Kenapa
lepaskan peluang dengan keluhan sia2 di saat pintu2 langit sedang terbuka ?


"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang
mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik.. Dalam ilmu tasawwuf (dan ilmu2 fardhu Ain lain pun ada jugak) mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah. Tak payah kita tentukan, tak perlu kita perintahkan, Allah tahu bila nak turunkan hujan, kenapa perlu hujan, dan banyak mana/lama mana nak diturunkan hujan. Contoh, bila kita makan buah epal hijau, masam.. pastu kita kata "Eii, masamnya buah ni!" kita kritik sapa tu? Kalau kita tak suka epal masam tu, lainkali beli epal merah. kalau dpt yg tak elok jugak, agaknya kita yg tak elok, sbb tu yg tak elok tak elok mai kat kita (leh terima ke?). Ini kena ngaji bab redha, sehingga kita sanggup terima apa saja, sebab yakin itu semua dari Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

" Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ni kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kat kita sekarang ni ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air tu akan disimpan di bumi.

Selama mana? Itu semua rahsia Allah

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya."

(al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar utk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan
kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

Syukur Alhamdulillah

Amin

Comments

♥nrina♥ said…
alamak..tergolong dlm org yg selalu merungut pasal hujan ni hehe..

tadi masa zikry nak g sekolah hujan padahal sebelum tu tak hujan dan selepas hantar zikry pun tak hujan jadi mmg amatlah menduga kesabaran tapi takpelah mama anggap ada hikmah je tu hehe..
Anonymous said…
Haa...Nrina ooii... kan dah kena !!

Hujan tu rahmat. Sekarang ni penyakit babi tu dah menular. Moga2 udara di bumi Allah ni bersih semuanya... Insaallah...

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Tamsilan : Ayas Dan Raja

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)