Cita Cita

Salam semua..
Bosan sangat nie. Kalau ikutkan kerja yang menanti banyak ni. Sebab nak selesaikan tiga ISO (9001:2009 , 14001:2004 , OSHAS 18001:2007) yang dijangka dibuat first audit pada penghujung bulan Oktober. Tapi masih banyak lagi kerja-kerja implimentasi yang harus dibuat.

Dalam masa segini, aku terpikir ler pulak akan cita-cita dan impian aku yang aku nak buat selagi aku bernafas nie. Bagi aku cita-cita tak semestinya awal tahun jer...yang penting bila idea atau impian itu muncul maka itulah starting keinginan. Bagi aku cita-cita atau impian adalah keinginan (desire) kita.

1. Nak ader saving dalam ASB 200K, tanpa terusik.
sebab kalau kena berenti kerja (mana ler tahu satu hari nanti), maka kehidupan aku bolehlah terjamin sedikit. Bayangkan kalau dividen diberi sekitar 7% setahun maka untuk tahun berikutnya aku akan hidup dengan 14K dari duit ASB. Lebih kurang RM 1150. Boleh hidup ker dengan banyak nie sekarang nie. Insyallah.
(Belum tercapai)

2. Nak ader saving dalam ASW 200K juga, tanpa terusik.
sebab dia sama gak. ASW nie maybe jatuh dikelas kedua dalam pelaburan PNB yang berpotensi baik. Maka diandaikan sekitar 5% setahun maka untuk tahun berikutnya aku akan hidup dengan tambahan 10K dari duit dividen ASW. Lebih kurang RM 830. Tambahanlah nie.
(Jauh lagi nie nak tercapai sebab ASB belum lagi penuh..)

3. Nak ader saving dalam Unit Trust Public Mutual. Sekitar 100K.
Sebab unit trust nie adalah untuk long term investment. Biarkan untuk backup kesejahteraan kehidupan. Kalau ikut secara yang pernah dibuat dahulu. Pencapaiannya lebih baik dari ASB dan ASW tetapi ada risk yang tersendiri.
(Belum sempurna nak tercapai..)

4. Rumah tanpa hutang
Sebab apa-apa jua yang berlaku sekiranya worst come to worst kepada diri aku, kena buang kerja ke atau bos dah tak suka ker. So tak payah nak pikir pasal rumah lagi. Duduk jelah rumah yang ader sekarang dengan free debt. Cuma nak pikir bayar duit makan minum, api, air, astro dan streamyx. Asas ini penting. Dahulu menggunakan bank islam dengan fix interest tetapi sekrang nie dah gunakan HSBC sebab dia mengenakan cas seperti interest OD. Daily rest. Siapa suka fast game dia akan untung lebih.
(Dalam usaha untuk kearah tersebut tapi jauh lagi nie)

5. Nak ada pasif income
sebab aku dah ader aktif income sekarang nie iaitu pekerjaan aku sekaranglah sebagai Manager di Bukit Rambai Plant (Malaysia) dan Head of Plant Operation di Cikampek Plant (Indonesia). Pasif income yang aku boleh nampak adalah seperti pelaburan didalam hartanah lelong (rumah atau tanah). Kita boleh sewa atau buat homestay. Tapi bukan semudah ditulis.
(belum buat apa-apa lagi)

6. Kereta tanpa hutang
Sebab tujuan kereta adalah untuk senang pergi ke sesuatu destinasi. Alhamdullilah sebuah kereta wira buruk sudah abis dibayar cuma tinggal sebuah lagi kereta wira aeroback wife punya sahaja. Biar apa org nak cakap yang penting kita free from bad debt.
(insyallah 2 tahun setengah lagi)

7. Nak beli dan kumpul emas
Sebab seperti biasa..emas harga dia akan tetap akan naik tanpa turun dengan teruk. secara purata dia akan meningkat sekitar 15 ke 20% setahun dan untuk mengelakkan inflasi keluarga aku sendiri. Berapa aku punya target untuk kumpul nie. sekitar sekilo emas cukuplah. Tapi harus diingat kena bayar zakat sekitar 2.5%. Tapi bukan emas untuk melawa nie, nie emas bentuk bar, bullion dan dinar. Kalau emas untuk perhiasan wanita atau mama..harga dia telah ditambah 30% lebih dari harga pasaran sekarang sebab kos kerja mengukir.
(dah mula tetapi masih jauh nak capai sekilo)

8. Tak nak buat Hutang Jahat dan akan hanya buat Hutang Baik sahaja
sebab hutang jahat nie akan menyusahkan diri kita sahaja seperti hutang kereta, hutang kad kredit, hutang personal loan, hutang brg elektrik ke..boleh tetapi mesti dengan cara yang betul. Atau pun dengan mengguna OPM (other people money)..bukan mencuri tetapi menggunakan konsep manupulasi sistem kewangan seperti OD dan kad kredit dengan betul. Hutang baik seperti beli other rumah untuk tujuan pelaburan atau beli emas untuk tujuan sama atau beli tanah untuk tujuan sama.
(Dalam proses nak buang semua yang jahat dan digantikan dengan yang baik-baik sahaja)

10. Nak setup perniagaan dalam bidang yang aku minat
Sebab sembilan dari sepuluh kekayaan adalah datangnya dari perniagaan. Bermula dengan yang kecil-kecil sahaja seperti menjual kain dan akan ditambah dengan beberapa portfolio yang baik. Mengikut sifu berniaga nie adalah seperti berperang. Apa kita punya strategi untuk menghadapi klient dan musuh (saingan). Dan dalam meniaga nie kita tidak akan lekang dari mengenal tali pinggang dgn ular. Disangka tali pinggang tetapi ular..Bahaya
(Dalam usaha tapi masih jauh)

11. Nak berenti kerja pada umur 40
Sebab nak merasa semua hari adalah hari ahad dan mungkin akan lebih banyak masa untuk family. Insyallah. Takut2 sebaliknya. Tapi aku kena make sure semua yang tertulis terawal itu sudah terlaksana. Kalau tidak aku akan menempah maut. Mana nak cari duit untuk anak2 sekolah. Giler ker?..Tapi sekiranya semua sudah tercapai (terawal) diatas Insyallah.
(Masih jauh lagi..ader lagi 6 tahun)

12. Nak ajar anak2 tentang Financial Tool
sebab dengan kepahaman mengenai financial tool nie maka mereka akan menjadi sesorang yang lebih terbuka dan memahami bagaiman untuk menguruskan kewangan mereka dengan betul. Tapi tunggulah bila mereka sudah boleh memahami apa yang ingin aku sampaikan. Bila umur abg 7 tahun dan keatas.
(Belum lagi sebab bapa dia juga masih belum pandai dalam bab nie..Insyallah)

13. Nak main FOREX sebagai sumber pasif income
Sebab bukan senang nak kaya tetapi inilah kemudahan sistem global sekarang. Insyallah sekiranya apa yang telah ditimba dari hari kehari mengenai forex nie ianya boleh dipraktikkan. Sekarang pun dah dipraktikkan. Alhamdullilah. Sedang membuat kajian sehingga 6 bulan pertama, sekiranya apa yang diusahakan melebih apa yang ditargetkan maka ianya tercapai.
(Masih dalam percubaan dah dua bulan dalam dunia forex sebenar Tapi masih jauh lagi perjalanan FOREX nie..)

14. Nak tunaikan Rukun Islam Ke-5 sebelum umur 45
Sebab masih muda dan boleh lakukan dengan sendiri, Insyallah kalau diizinkan olehNya. Tapi sebelum tu aku nak pergi umrah dulu kemudian baru tunaikan rukun yang ke 5. Rukun nie aku nak tunaikan bersama2 dengan isteri tercinta. Amin.
(Dalam usaha untuk memenuhi akaun tabung haji..masih dalam proses)

Banyak pulak yang ditulis..semoga Allah akan memakbulkan apa yang aku impikan. Ini adalah cita-cita aku disamping aku inginkan kebahagian dunia dan juga akhirat. Aku juga ingin sebuah family yang bahagia bersatu dan saling paham memahami.

p/s:
- Jangan masuk apa2 jua pelaburan yang menjanjikan satu janji yang manis atau diluar jangkaan seperti pulangan bulan yang melebihi pulangan tahunan. Saya sudah banyak termakan janji mereka dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Buang masa jer. Lah nie banyak sistem MLM yang mengamalkan beli secara pukal. Maka berhati2lah.
- Kenali kawan anda. Adakah mereka tali pinggang atau pun ular. Tak semestinya luaran islamik dia akan baik seperti itu. Sudah banyak yang menggunakan islam untuk tujuan penipuan. Berhati-hatilah. Saya juga telah berjumpa dan terkena dengan kawan seperti ini.
- Memang sukar mencari kawan yang baik. Bagi aku seseorang itu tidak boleh dinilai dari segi luaran sahaja tetapi kita mesti sering atau selalu bergaul dengan dia. Insyallah kita akan lebih mengenali siapa kawan kita itu. Satu lagi serasi adalah penting.

Comments

♥nrina♥ said…
Insyaallah...mama doakan tercapailah cita2 ayah utk kebahagian keluarga kita...

ehemm...ayah dah kira jugak ke perbelanjaan mama yg kengkadang terlebih budget hehe...
AhboNd 2020 said…
Terpaksalah kita hidup dengan pendapatan tersebut...dah tak boleh nak berbelanja overdose...nanti kita yang teroverdose...

okay bye n salam
Ahboy2020 said…
Aku pun nak jadi mcm boss,aku nak kecik hutang yang aku ada sekarang ni.cukuplah apa yang dah ada.dah penat dah asyik buat hutang tak tentu hala ni.

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Tamsilan : Ayas Dan Raja

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)