Plant Cikampek...
Salam semua. Berjumpa lagi. Status plant Cikampek, tempoh hari aku telah mencuba untuk membakar sebanyak 500kg per jam tetapi setalh dicuba sehari setengah terdapat beberapa masalah yang baru. Masalah ini adalah sistem burner no 2 selalu gagal untuk menyala, high temperature dekat secondary zone, high temperature dekat primary zone satu dan yang lebih menakutkan adalah sistem pusher no 2 sangkut pulak... Kemudian aku menukar kepada kondisi lama iaitu 400kg per jam memandangkan jumlah limbah (waste) yang tinggal cuma sedikit. Sekarang nie aku telah buat satu lagi prosedur untuk menanggani masalah yang timbul nie..Setiap setengah jam beroperasi, pusher no 2 hendaklah ditolak..Nampaknya seperti berkesan teknik ini...Alhamdullilah. Sekarang nie pulak, masalah baru timbul...iaitu masalah pengangkutan limbah ke Cikampek Plant..Dari pihak PT Arah berjalan lancar. Dah habis limbah mereka. Tetapi dari pihak PT Mesra Abadi...mereka seperti enggan menambahkan jumlah truk ke Cikampek Plant. sebel...