Kenduri Menyambut Ramadhan Dan Ke Indonesia

Assalamualaikum semua...Terima kasih kerana sudi menjengah seketika blog aku nie...Kali ini aku nak menulis mengenai kenduri yg keluarga aku buat utk menyambut ramadhan. Kenduri ini diadakan pada hari ahad (17hb August 2008), selepas solat zohor....ramai gak jemputan yg dijemput oleh ayah aku...ehheheh

Menu-menu seperti
1. Daging masak kari bersama kentang
2. Ikan goreng (Talapia)
3. Nangka masak lemak putih
4. Sambal udang
5. Ayam masak kicap
6. Rojak mee
7. Buah tembikai
8. Kuih sejenis...lupalak....
9. Nasi putih
10. Air mangga...

(p/s: gambar dekat kamera adik aku...kamera aku lupa nak bawa...nanti aku edit utk gambar lauk dengan kemeriahan majlis kenduri ini)

Menu-menu ini disediakan oleh kami sekeluarga berserta tiga jiran yg emak aku ajak utk membantu. Kita buat secara gotong royong...Kenduri seperti ni..biasa dilakukan secara gotong royong jer...mudah beb..




Semua keluarga aku ader..along sekeluarga, ngah sekeluarga, uda sekeluarga, aku dengan anak2 aku jer (org rumah tak datang sebab demam dan batuk2...), Anip gan Wahidah...best-best.. Selesai majlis aku balik rumah jam 820mlm..ditemani oleh dua anak buah aku...si Lin dengan si Teha...dia org nie dah besar...si Lin belajar dekat UTM manakala si Teha belajar dekat Politek Merlimau....ehehehehe...dah anak dara beb anak buat aku nie...dua tiga tahun lagi dptlah aku anak buah menantu...hahahahahaaa...nie semua anak along aku...nanti aku tunjuk gambar dia org...







Okay kita cerita aku kena pergi Indonesia pulak...aku kena pergi pada hari selasa (19hb August sehingga 29hb August)..Bergerak dr Malaysia jam 1025pagi menggunakan Kapal Terbang AirAsia....tiga hari buat interview pekerja engineer,technician dengan plant operator...nie semua pekerja local...hari2 seterusnya aku ditugaskan utk mencari tool utk kilang di Chikampek....apa2 hal kena keja beb...

Okay kita berjumpa lagi dengan gambar kenduri dengan gambar aku diBandung, Indonesia..chow semua..keep in touch.

bye

Comments

abang..ade masa buat keje..g blog saya amik tugasan hehe...

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)