Tamsilan : Kisah paderi dan pengembala kambing
Kisah paderi dan pengembala kambing
Kejadian berlaku di
sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu
hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang
menganut agama Islam.
Suatu hari datang
seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan
yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta
kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.
Pertaruhan yang telah
ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta
seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja
hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan
syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja
pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa
yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.
Setelah hampir
waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya.
Dengan berat hati, raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut
cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan
gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.
Bermulalah soalan,
cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula
menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul!
Cendekiawan
menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya
juga betul.
Kemudian, cendekiawan
menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja
mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.
Cendekiawan yang tidak
berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala
kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi…
Lalu cendekiawan
tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit.
Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi.
Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.
Cendekiawan
kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan
telur ayam ditangan. Betul…
Maka tamatlah sesi
perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing.
Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan
soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing.
Cendekiawan pun mula bercerita…
“Sungguh hamba akui
kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali.
Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma
yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah…) Jawapan yang diberikan
gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan
namuhammadarrasullullah)”
“Hamba tunjukkan dua
jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan,
lima. Betullah… Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat
itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam”
“Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing |menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba |mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah… kerana Allah yang jadikan langit dan bumi.”
“Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing |menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba |mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah… kerana Allah yang jadikan langit dan bumi.”
“Ayam tu sebenarnya
soalan bonus… apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur…
betullah…Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam
sepenuhnya, serta menyebarkannya”
Raja tersenyum gembira
mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil
untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan
bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah
bocor? Gembala kambing pun bercerita…
“Hamba sungguh tak
puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari,
maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh
bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya.
Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima
jea…? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia.”
“Lepas tu dia tunjuk
bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas
tu dia keluarkan pedang, wah wah… dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun
tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia
tunjuk ayam pulak!Amboi… mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam… Hamba
pun mampu… walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia
dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan
bongkak lagi…”
Tergelak besar Raja
mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.
Sungguh besar keagungan
Tuhan… walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan
tetap terbela..
Comments