Rezeki Yang Tak Disangka-sangka....
Assalamualaikum semua
Syukur alhamdullilah kepada yang Maha Esa, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....Rezeki tahun 2014 datang dengan tidak disangka sangka. Apa dianya?..Jap lagi den cerita.
Begini cerita...Pada tahun lalu dalam bulan Oktober, ada berita mengatakan yang Felda Global Ventures Holding Berhad telah membeli pegangan saham KPF Berhad didalam Felda Holding Berhad sebanyak 51% dgn nilai urusan sebanyak 2.2billion.
Kesinambungan dari cerita nie, meraka ada mengatakan akan mengagihkan kepada para pemegang saham tetapi nilai dividennya dirahsiakan. Maka hari semalam 10 jan 2014, bila mana semua forumer yang mempunyai pegangan saham didalam KPF mengatakan dividen khas telah masuk..den pun checklah dalam akaun. Allhamdullilah...10% dibayar kepada pemegang saham. Mana yang masuk selepas tahun 2012 tidak dapat dividen ini.
Cuma apa yang dikhuatari oleh para pemegang saham KPF adalah bagaimana kedudukan KPF selepas ini. Apa yang akan menjadi titik tolak adalah pengumuman dividen untuk tahun kewangan 2013 pada penghujung bulan 6, 2014 nanti. Sekiranya dividen yang diumumkan jatuh dengan drastiknya dari sesebelum ini maka inilah implikasi atau impact yang terjadi kepada KPF.
Pandangan saya secara AM..Insyallah akan okay sebab klu kita tengok disekeliling kawasan pilihanraya PEKAN adalah felda. Sekiranya dividen jatuh teruk maka inilah peluang pihak sebelah mengunakan isu ini. Ini pandangan cetek den jer.
Mesti kau org tertanya tanya..banyak ker den punya dividen?..Reveallah...Klu dibahagi 12bulan maka den seperti bergaji Diploma dgn Elaun. Cukuplah nanti dividen bulan 7 atau bonus bulan 9 akan ada lagi. So kenalah berjimat cermat. Inilah hasil den menabung dan dah terbukti menabung atau meyimpan akan memberikan pulangan.
Bye n salam
:)
Comments
Mana pergi nya lagi 10% tu...?
:-aLCapone-
Tetapi sy mengharapkan dividen tahun 2014 utk tahun kewangan 2013 akan disumbangkan sedikit dari dividen khas yang mungkin ada balancenya...mana tahu boleh cecah 20% pun syukur gak..
ahbond