Rezeki Yang Tak Disangka-sangka....

Assalamualaikum semua
Syukur alhamdullilah kepada yang Maha Esa, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....Rezeki tahun 2014 datang dengan tidak disangka sangka. Apa dianya?..Jap lagi den cerita. 

Begini cerita...Pada tahun lalu dalam bulan Oktober, ada berita mengatakan yang Felda Global Ventures Holding Berhad telah membeli pegangan saham KPF Berhad didalam Felda Holding Berhad sebanyak 51% dgn nilai urusan sebanyak 2.2billion.

Kesinambungan dari cerita nie, meraka ada mengatakan akan mengagihkan kepada para pemegang saham tetapi nilai dividennya dirahsiakan. Maka hari semalam 10 jan 2014, bila mana semua forumer yang mempunyai pegangan saham didalam KPF mengatakan dividen khas telah masuk..den pun checklah dalam akaun. Allhamdullilah...10% dibayar kepada pemegang saham. Mana yang masuk selepas tahun 2012 tidak dapat dividen ini.


Cuma apa yang dikhuatari oleh para pemegang saham KPF adalah bagaimana kedudukan KPF selepas ini. Apa yang akan menjadi titik tolak adalah pengumuman dividen untuk tahun kewangan 2013 pada penghujung bulan 6, 2014 nanti. Sekiranya dividen yang diumumkan jatuh dengan drastiknya dari sesebelum ini maka inilah implikasi atau impact yang terjadi kepada KPF.

Pandangan saya secara AM..Insyallah akan okay sebab klu kita tengok disekeliling kawasan pilihanraya PEKAN adalah felda. Sekiranya dividen jatuh teruk maka inilah peluang pihak sebelah mengunakan isu ini. Ini pandangan cetek den jer.

Mesti kau org tertanya tanya..banyak ker den punya dividen?..Reveallah...Klu dibahagi 12bulan maka den seperti bergaji Diploma dgn Elaun. Cukuplah nanti dividen bulan 7 atau bonus bulan 9 akan ada lagi. So kenalah berjimat cermat. Inilah hasil den menabung dan dah terbukti menabung atau meyimpan akan memberikan pulangan.

Bye n salam
:)

Comments

Anonymous said…
Ada angin2 cakap sepatutnya 20%....
Mana pergi nya lagi 10% tu...?
:-aLCapone-
Unknown said…
Tulah...dengar dengar sepatutnya begitulah...Biasalah jerung kat atas lebih besau mulut dia dari kita bilis yang ramai kawanan...hahaha
Tetapi sy mengharapkan dividen tahun 2014 utk tahun kewangan 2013 akan disumbangkan sedikit dari dividen khas yang mungkin ada balancenya...mana tahu boleh cecah 20% pun syukur gak..

ahbond
Anonymous said…
tumpang tanya, kalau masuk ahli bulan disember 2012, layak dapat tak dividen khas 10% tu?
Anonymous said…
mane tuan dpt cerita 20% tu? jgn dengar2 je.. make sure dpt berita sahih baru sebarkan.. :)
Anonymous said…
salam. berapa dividen + bonus untuk tahun kewangan berakhir 31/12/2013. Tidak dapat maklumat apa pun samada dlm laman web kpf sendiri. Tgk daalam akaun maybank dah diberi dividen 10%, tetapi tiada makluman lanjut. Malas betul dia orang ni update .....
Website KPF bgtau 10%. Jumlah keseluruhan dividen xtau. Siapa pegi AGM 33 hari tu? Boleh kongsi maklumat?
Anonymous said…
Kalau dulu sebelum KPF dipakse jual saham 51% equitinya dalam Felda kepada FGV BANGSAT , rate nye ialah 15% keatas... tapi lihatlah..apabila FGV ambik alih....... duit y peneroka laburkan hanyalah digunakan untuk kaut untung orang atasan FGV bangsat.....
Anonymous said…
Dividen KPF 2014...10% sahaja..Bonus....0%...Aku sumpah Menatang Babi Isa Samad mati dihimpit kubur...
Anonymous said…
Sejarah pulangan paling teruk dividen dan bonus KPF 2014.. Same cam baru balik kpf tahun 1997.

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)