Tabung Haji umum bonus tahunan 6 tambahan bonus haji 2 peratus, Kewangan 2013

Assalamualaikum semua
Tabung haji sudah pun declare dividen(bonus) sebanyak 6% plus dengan tambahan bonus 2%. Total adalah 8%. Wow...Ini telah siap siap tolak zakat. Alahamdullilah nikmat ALLAH.


**********************
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bonus tahunan sebanyak enam peratus dan tambahan bonus haji dua peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengumumkan bonus itu sebentar tadi berkata, kadar pembayaran bonus tahunan TH mencatatkan peningkatan 14.3 peratus kepada RM2.4 bilion berbanding RM2.1 bilion tahun sebelumnya.

"Jumlah keseluruhan pembayaran bonus 2013 adalah RM 2.6 bilion, meningkat 6.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Pembayaran keseluruhan bonus merangkumi bonus tahunan berjumlah RM2.4 bilion dan bonus haji RM223 juta," katanya.

Jamil Khir berkata, pembayaran bonus tahunan akan dinikmati keseluruhan 8.3 juta pendeposit, dengan 7.7 juta daripadanya iaitu pendeposit yang belum menunaikan haji akan menikmati bonus Haji.

**************************************************

Rekod Dividen & Bonus Tabung Haji
(sebagai rujukan)
1995 : 9.5 %
1996 : 9.5 %
1997 : 9.5 %
1998 : 8.0 %
1999 : 8.0 %
2000 : 5.5 %
2001 : 3.25 %
2002 : 3.5 %
2003 : 4.0 %
2004 : 4.3 %
2005 : 4.5 %
2006 : 4.75 %
2007 : 5.0 % + 2.0 % Bonus
2008 : 5.0 %
2009 : 5.0 %
2010 : 5.5 %
2011 : 6.0 %
2012 : 6.5 % + 1.5 % Bonus
2013 : 6.0 % + 2 % Bonus 

Bye n salam. Startlah menabung. Nanti nikmatlah keberhasilannya.

Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)