Mungkin Ini Penghujungnya....

Salam semua
Bunyi entry kali seperti pelik pulak. Tapi inilah hakikatnya...perjuangan PTJM disini seperti telur dihujung tanduk..Mother Company and Associated Company dah taknak pump duit lagi...maka ibarat telur dihujung tanduk...Apa boleh buat sudah disuratkan sebegini...Yang aku kesian adalah karyawan-karyawan yang aku pilih untuk berkerja disini..Mereka semuanya hendak sangat berkerja..Tapi kalau duit pun makin menyusut...adakah mereka akan dikekalkan..? entahlah... 

Aku punya Plant Manager telah ditamatkan kontrak...tapi dia dah dapat keja baru tapi jauh dari rumah sekitar 150km...Chemical Industri..okaylah tu...Kalau ditanya dengan pemegang kertas kira-kira PTJM (Pa Gun)..PTJM boleh bertahan sehingga augustus atau september sahaja...kemudian dia akan collapse sendiri...Perh perh..penat tu usaha aku membantu untuk menjayakan misi luar negeri company aku...apa boleh buat tidak semua investment yang dilakukan akan berjaya dan membuahkan hasil...

Lah nie aku pergi sini pun semuanya aku kena bayar dulu...duit tiket dan duit penginapan. Duit transportation aku suruh dia org tanggung sebab aku takder cash banyak...Duit tiket gan duit hotel aku boleh swipe kad kredit..hehehe...Apa boleh buat...kita kenalah berbakti sikit untuk company...walaupun ini bukan caranya...tapi klu selalu suruh mcm ini...tak kuasa aku nak layan..heheheehe....

Bottom Ash dan Fly Ash dah semakin banyak menumpuk kat luar tu....kalau hantar ke pusat landfill, kena charge tinggi...dulu dah nak hantar tapi disebabkan charge yang tidak boleh menampung kos operasi skrg maka ianya dibiarkan diluar shj...banyak ooo...Aku skrg nie kira hanya melawat shj..takut gak klu diserbu oleh Jab Tenaga kerja sini....sebab aku guna passport pelancong shj...Harap selamatlah..Amin

Okaylah sehingga berjumpa lagi. Bye n salam

Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)