Alhamdullilah...semua sudah selesai....

Salam semua...
Alhamdullilah majlis perkahwinan adik den di Kampung Felda Bukit Senggeh...sudah selesai dengan meriah dan dihadiri ramai tetamu. Sebelum majlis itu, den mengadakan majlis akikah anak den...pada petang jumaat. Dua ekor kambing ditombangkan. Manakala untuk majlis adik den seekor lembu besar ditumbangkan..berat setelah dibuang perut dan kulit adalah 205kg...perh besarnyer.
Makanan untuk majlis adik den adalah daging lembu masak kari, nenas masak kuning, ikan kurau masak nenas, perut masak kuning dengan nangka, nasi minyak dan nasi putih...perhhh...Penat untuk menguruskan semua ini...hanya allah sahaja yang tahu...betis den sakit...kejang sekejap...tidur tak cukup tetapi yang penting majlis berjalan lancar dan pada hari majlis...hujan tak turun seperti malam berinai..Alhamdullilah..Dah dapat den adik ipar org serkam.
Tinggal seorang jer adik lelaki den belum lagi..dah 30tahun tapi masih mencari lagi.....tapi secara tidak disengajakan....perempuan akan dapat suami yang sulang dalam keluarga mereka manakala lelaki akan dapat isteri yang bongsu dalam keluarga mereka....aku, ngah dan uda dapat isteri bongsu manakala adik dan kakak aku dapat suami sulong dalam keluarga belah lelaki....harap adik aku (Anif) akan dapat bongsu gak..hahaa....
Lelaki belah keluarga aku memang kawin lambat kot...aku 29, uda dalam 34 manakala ngah dalam 29...harap adik aku tak pecah rekodlah...cukuplah uda shj..eheheh...Okaylah...majlis pun dah selesai...skrg masa meluruskan badan....
bye n salam

Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Tamsilan : Ayas Dan Raja

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)