Agak-agak Apa Keputusan Juri Panel Audit...Bad or Good

Salam semua..
Aku sudah kembali ke lubuk emas aku semula...terasa begitu singkat 7 hari di Malaysia...perhh..Bila kita berlumba dengan masa nie...terasa sungguh cepatnya masa ini berjalan...Rasanya seperti tidak sempat untuk bertemu dengan semua kawan di Malaysia dalam masa yang sesingkat itu. Tapi aku tetap bersyukur sebab diberikan masa tersebut...

Sekembalinya aku ke sini, Gajah Hijau aku sedang beraksi dengan baik sekali. Terima kasih kepada anak buah aku yang disini sebab dah boleh mengendalikan sendiri aksi Gajah Hijau ini. Alhamdullilah ilmu yang aku curahkan tak sia-sia walaupun belum begitu sempurna.

Dekat sini juga telah didatangi beberapa "Panel Juri" untuk memberikan dua kata hikmah..iaitu teruskan atau sebaliknya. Atau mereka ini mempunyai agenda tersendiri. Wallahualam...aku pun kurang pasti dengan tindakan mereka...Apa2 pun walaupun hitam atau putih kata mereka, aku tetap mengikut juga. Ibarat timun dengan durian...menyerang atau diserang tetap kalah...hahaaa. Bukan aku mengalah tanpa berjuang tetapi inilah hakikatnya....

Kalau putih maka aku akan tetap dan setia disini...Tetapi kalau hitam kata mereka, besar kemungkinan apa yang aku hajati akan tertunai. Ini semua kemungkinan sahaja. terserah kepada budi bicara dan perjumpaan Gajah gajah nanti. Bila gajah-gajah berperang atau bergaduh maka besar kemungkinan kancil akan mati dipijak...hahaaa...

Doakan Gajah Hijau aku beraksi dengan baik untuk proses pertunjukan kali ini..Amin. Sehingga kita bertemu lagi. Amin amin amin. Semoga keputusan yang bakal dibuat oleh Panel Juri memihak kepada kami di Indoensia dan Malaysia. Amin 

Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)