Sampai Bila .....Nak Mcm Nie

Salam semua..

"Sampai bila nak hidup mcm ini...." itulah kata hatiku..

Tapi bila difikirkan secara rasional dengan anggapan positive maka aku harus meneruskan perjuangan ini sehingga apa yang aku PLAN kan tercapai.

Aku kirim pesanan ringkas (SMS) ke seseorang yang boleh memotivasikan pendirian aku..Beliau meyaran agar aku bertahan sehingga apa yang dicita-citakan telah tercapai. Sebab semasa manusia itu mempunyai sesuatu yang dimiliki beliau akan dipuja dan disanjung tetapi apabila beliau telah tidak mempunyai apa2 kepentingan maka beliau akan dipandang sepi...Itu kenyataan dan kebenaran yang harus aku telan.

Tapi sampai bila?...Aku kena beranikan diri untuk berjumpa dengan COO syarikat aku...Insyallah beliau akan memahami erti kemanusian...Ya Allah semoga aku akan berjaya dalam proses permulaan ini.

Aku sayangkan company ini. Inilah tempat aku membina kerjaya aku dengan cemerlang dan aku berjaya membina sebuah keluarga yang diimpikan..Amin.

Ada perpatah mengatakan ..." Sesuatu kesulitan atau kepayahan itu akan terjadi apabila kita mencapai sesuatu yang kita impikan..". Dahulu aku impikan sesuatu yang hebat dan dipandang oleh syarikat, maka aku seolah-olah telah berjaya..mungkin dengan kejayaan ini aku mendapat kesulitan untuk bersama-sama dengan keluarga aku...walaupun price aku telah dinaik tetapi ....inilah yang harus aku lalui...tanpa sedar. Akhirnya aku sedar dari semua ini. Bila aku sedar inilah harga yang harus aku terima bila diberikan........Ya Allah sulitnya dugaan ini.

Sekarang nie Plant Cikampek sedang dalam proses pembakaran. Maka "Gajah Hijau" sedang beraksi. Semoga beliau beraksi dengan baik dan lancar. Amin. Graph pencapaian dekat sini agak sedikit tidak bergerak...masih sama pencapaiannya. Entahlah susah gak nak buat bisnes dekat sini...Semoga syarikat aku berjaya bertahan apa yang telah diusahakan selama ini..Amin.

Kepada kawan-kawan yang memberikan kata rangsangan dan nasihat, aku ucapkan ribuan terima kasih. Semua mengatakan mereka hanya boleh memberikan pandangan dan renungan tetapi yang memikulnya itu adalah lebih tahu berat atau susah pekara tersebut iaitu akulah..ehehh...

Sehingga kita berjumpa lagi.

"Ringan sedikit bebanan yang aku pikul bila aku menulis benda nie dekat blog nie...walaupun ianya tidak mendatangkan apa2 tetapi aku merasakan puas...."

Bye n salam.

Comments

♥nrina♥ said…
Bukan senang nak senang tapi..
bukan susah nak susah..sekelip mata je pun leh jadi..

ayah buatlah keputusan yg terbaik dan bykkan bersabar jelah ayah..

love u ayah..
Ahboy2020 said…
sabar je boss,insyallah akan kembali seperti sediakala.tapi makan masa lama sikit.jangan putus asa.

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)