Posts

Disiplin Dan Kekangan Cash Flow...2014

Assalamualaikum Semua.. Nampaknya semakin kurang membuat posting. Hari nie tergerak nak menulis entry terbaru mengenai disiplin dan kekangan cash flow 2014 untuk diri den. Apa maksudnya. Maksudnya tak semua benda yang kita buat akan menjadi milik kita selamanya. Sekali air bah sekali itulah air akan berubah. Maka den kena berbalik kepada asal atau perancangan asal bersama arwah iaitu disiplinkan diri bila mana kekangan kewangan cash flow tidak begitu rancak. Untuk tahun 2014, perancangan kewangan untuk sumber perniagaan nampaknya semakin hari semakin sukat. TETAPI inilah lumrah yang harus atau wajib den hadapi. MEMANG perancangan awal telah dibuat TETAPI biasalah lumrah manusia mana mungkin meredhakannya. TETAPI den cuba pujuk juga hati ini untuk menerimanya dengan hati yang terbuka. REZEKI ALLAH ini luas..Insyallah setiap yang berlaku adalah hasil perancanganNYA. Hanya dia yang MAHA mengetahui. Apa itu disiplin kewangan yang harus atau wajib den kawal?...Kawal perbelanjaan ...

Dividen Bank Rakyat - 31 Dis 13

Assalaualaikum Bank Rakyat telah membuat pembayaran dividen sebanyak 15% kepada pemegang saham mereka. Wow. Bestnya klu ada satu dana yang besar didalam Bank Rakyat nie. Tapi apakan daya dah banyak tu jer yang dibenarkan..Almaklumlah kesedaran menabung lambat TETAPI takper... *********************************** YB Dato' Sri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan pembayaran dividen tunai Bank Rakyat sebanyak 15% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. ********************************** Statistic Dividen Bank Rakyat Tahun Umum - * 2011: Dividen = 15.00 * 2012: Dividen = 20.00 * 2013: Dividen = 18.00 * 2014: Dividen = 15.00 Sekian terima kasih

Tabung Haji umum bonus tahunan 6 tambahan bonus haji 2 peratus, Kewangan 2013

Image
Assalamualaikum semua Tabung haji sudah pun declare dividen(bonus) sebanyak 6% plus dengan tambahan bonus 2%. Total adalah 8%. Wow...Ini telah siap siap tolak zakat. Alahamdullilah nikmat ALLAH. ********************** KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bonus tahunan sebanyak enam peratus dan tambahan bonus haji dua peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengumumkan bonus itu sebentar tadi berkata, kadar pembayaran bonus tahunan TH mencatatkan peningkatan 14.3 peratus kepada RM2.4 bilion berbanding RM2.1 bilion tahun sebelumnya. "Jumlah keseluruhan pembayaran bonus 2013 adalah RM 2.6 bilion, meningkat 6.5 peratus berbanding tahun sebelumnya. "Pembayaran keseluruhan bonus merangkumi bonus tahunan berjumlah RM2.4 bilion dan bonus haji RM223 juta," katanya. Jamil Khir berkata, pembayaran bonus tahunan akan dinikmati keseluruhan 8.3 juta pendeposi...

Rezeki Yang Tak Disangka-sangka....

Image
Assalamualaikum semua Syukur alhamdullilah kepada yang Maha Esa, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....Rezeki tahun 2014 datang dengan tidak disangka sangka. Apa dianya?..Jap lagi den cerita.  Begini cerita...Pada tahun lalu dalam bulan Oktober, ada berita mengatakan yang Felda Global Ventures Holding Berhad telah membeli pegangan saham KPF Berhad didalam Felda Holding Berhad sebanyak 51% dgn nilai urusan sebanyak 2.2billion. Kesinambungan dari cerita nie, meraka ada mengatakan akan mengagihkan kepada para pemegang saham tetapi nilai dividennya dirahsiakan. Maka hari semalam 10 jan 2014, bila mana semua forumer yang mempunyai pegangan saham didalam KPF mengatakan dividen khas telah masuk..den pun checklah dalam akaun. Allhamdullilah...10% dibayar kepada pemegang saham. Mana yang masuk selepas tahun 2012 tidak dapat dividen ini. Cuma apa yang dikhuatari oleh para pemegang saham KPF adalah bagaimana kedudukan KPF selepas ini. Apa yang akan menjadi titik tolak adalah ...

Dividen ASN 2013...6.45sen Seunit

Assalamualaikum semua... Lupa nak update pasal ASN...sepatutnya dia punya dividen nie kena update seiring dengan ASB...Tetapi tahun nie ASN meningkat sedikit dari tahun lepas..Klu tahun lepas dividen 6.3sen ajer...so Nanti kita boleh update buku ASN...walaupun sikit tetapi beranak gak benda nie...hehehehe ********************************* ASNB umum dividen 6.45 sen seunit bagi skim ASN KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengumumkan dividen 6.45 sen seunit untuk skim Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. Angka itu lebih tinggi berbanding 6.3 sen seunit yang diagihkan pada tahun lepas. Kadar itu merupakan pengagihan pendapatan tertinggi dalam tempoh 13 tahun, dari 2001 hingga 2013. - BERNAMA

TRIBUTE : Allahyarham Hamzah Bin Ali

Assalamualaikum Semua Tulisan kali ini saya tuju khas untuk Allahyarham Hamzah Bin Ali. .....Al-fatihah........ Allahyarham adalah seorang yang sangat baik hati. Beliau merupakan mentor saya, sahabat saya, guru saya, pembimbing saya dan orang yang menjadikan saya seperti sekarang. Kalau tak dek kerana ilmu dan tunjuk ajar beliau mungkin saya seperti dahulu lagi.  Tanggal 22hb November 2012, Jam 1240pagi..Beliau dijemput bertemu dengan Pencipta Yang Abadi..Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan org org yang beriman dan beramal soleh. Amin amin amin **************************** Insyallah : Pesanan yang telah kita meterai, Insyallah saya akan laksanakan dengan baik walaupun ada sedikit kekurangan. -Alfatihah-

Penangguhan serta Dividen Dan Bonus.. ASB 2013

Image
Assalamualaikum Semua Lama sungguh saya meninggalkan blog nie. Hingga hampir terlupa. Bukan sibuk tetapi emosi terganggu. Bisnes yang dirancang hampir tewas walaupun sudah tewas...Tetapi bisnes asal masih berjalan lancar. Alhamdullilah..sesungguhnya perancangan ALLAH itu lebih baik...Kita kena terima. Berbalik kepada story kita yang diatas.. Penangguhan ASB sehingga 2 January 2014, maka akan berduyun duyun umat manusia yang berada diMalaysia ke agent agent yang dilantik oleh ASNB/PNB...baik pergi kat agent..klu pergi kat PNB hanya satu buku jer boleh bawa...hahaha... Dividen dan bonus yang diumumkan..rasanya semua dah tahu adalah 7.70sen dan 1.00sen sedikit penurunan dari tahun sebelumnya. Cuba tengok perbandingan ini : Perbandingan tahun tahun sudah                    2009              2010         ...