Salam semua. Bukan nak cerita mengenai sesiapa cuma dah terbaca berita online nie. so sekadar berkongsi maklumat. Jadikan iktibar dan sempadan dalam pengurusan kewangan (duit) kita sendiri. Boros atau kurang ilmu pengurusan duit sendiri maka berita kat bawah nielah akibatnyer... ****************************************************** 235,908 diisytiharkan bankrap setakat Oktober 2011 KOTA KINABALU 6 Dis. – Setakat Oktober tahun ini, seramai 235,908 individu diisytiharkan bankrap di negara ini, kata Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil. Beliau berkata, berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), punca utama yang melibatkan kebankrapan ialah pinjaman sewa beli iaitu 26 peratus, diikuti pinjaman peribadi (21 peratus), pinjaman perumahan (14 peratus) dan pinjaman lain termasuk pinjaman perniagaan dan penjamin korporat. "Ini meletakkan Malaysia antara negara yang mempunyai jumlah kebankrapan yang tinggi berbanding dengan negara lain iaitu puratan...