Goodbye Cherry Homes & Residence
Salam semua dan apa khabar?..Sihat harapnya. Just nak berkongsi gembira dan sedih sedikit. Hari ini adalah hari terakhir aku menetap di kamar dekat Cherry Homes & Residence yang telah aku sewa selama setahun. Diam tak diam, aku dah setahun berulang alik Malaysia dari Indonesia. Inilah doa aku yang telah dimakbulkan iaitu ingin berkerja di luar negara. Sekarang aku dah ada pengalaman bagaimana berkerja diluar negara. Bukan sahaja gembira dengan apa imbuhan yang diberi tetapi emosi juga turut ada suka dan sedih... Walaupun aku sudah berkerja tetap di Melaka semula, aku tetap akan ke Indonesia semula sekiranya diperlukan kelak. Ini janji aku pada pihak management PMSB. Okay bukan ini aku nak cerita tetapi aku akan tidak lagi menetap di Cherry Homes & Residence ini lagi kalau aku ke sini semula kelak sebab selepas ini mungkin akan menetap di Hotel-hotel yang telah tersenarai didalam corporate rate list company PTJM. Setahun telah meninggalkan banyak kenangan di Cherry Homes ...