Posts

Showing posts with the label Indonesia

Rumah Makan....Di indonesia...

Image
Salam semua, saya doakan semuanya sihat, happy dan berbahagia hendakNya. Diketerlanjuran saya berada dibumi yang sedang hangat dengan bencana alam ini seperti meletusnya gunung berapi (Merapi) dan dilanda beberapa gempa bumi berserta tsunami di Mentawai...saya masih sempat berkunjung kebeberapa Rumah Makan favorite saya. Alhamdullillah disini jauh dari kawasan bencana tadi. 1. Rumah Makan PODO SUKA (sama suka)  Menu : yang biasa saya ambil adalah bebek atau ayam goreng atau bebek atau ayam bakar berserta tempe dan ati ampela (ayam). Menu tambahan yang akan diberi adalah ulam (kobis dan kacang panjang) dan sambal terasi (sambal belacan). Air pulak adalah air teh panas (teh o tak ada gula)..Menyelerakan walaupun keadaan kedai kurang sedikit..ehehe. Ini adalah dikawasan Cikampek, Srikandi. 2. Rumah Makan KI ERO Menu macam biasalah : Aku akan makan pepes jambal (Pepes merupakan suatu cara mengolah bahan makanan (biasanya untuk ikan) dengan bantuan daun pisang untuk membungk...

Mungkin Ini Penghujungnya....

Salam semua Bunyi entry kali seperti pelik pulak. Tapi inilah hakikatnya...perjuangan PTJM disini seperti telur dihujung tanduk..Mother Company and Associated Company dah taknak pump duit lagi...maka ibarat telur dihujung tanduk...Apa boleh buat sudah disuratkan sebegini...Yang aku kesian adalah karyawan-karyawan yang aku pilih untuk berkerja disini..Mereka semuanya hendak sangat berkerja..Tapi kalau duit pun makin menyusut...adakah mereka akan dikekalkan..? entahlah...  Aku punya Plant Manager telah ditamatkan kontrak...tapi dia dah dapat keja baru tapi jauh dari rumah sekitar 150km...Chemical Industri..okaylah tu...Kalau ditanya dengan pemegang kertas kira-kira PTJM (Pa Gun)..PTJM boleh bertahan sehingga augustus atau september sahaja...kemudian dia akan collapse sendiri...Perh perh..penat tu usaha aku membantu untuk menjayakan misi luar negeri company aku...apa boleh buat tidak semua investment yang dilakukan akan berjaya dan membuahkan hasil... Lah nie aku pergi sini pun s...

Kembali Ke Indonesia...

Salam semua.. Perhh pejam celik pejam celik...dah habis udah cuti sekolah...Alhamdullilah...aku dapat menyempurnakan majlis perkahwinan adik perempuan aku secara bergotong-royong sekeluarga dengan jayanya...dan aku dapat bawa anak bini aku pergi bercuti ke kuantan.. Alhamdullilah. Hari ini jam 800 malam aku akan berangkat ke Indoensia....mungkin dalam dua minggu atau lebih sedikit. Apa2 pun inilah keja yang aku harus buat. Alhamdullilah aku masih mampu untuk pergi ke Indonesia. Aku mendapat khabar akan ke Indonesia pada hari khamis semasa dalam perjalanan ke Kuantan...Petandanya adalah mata sebelah kiri aku asyik berkelip-kelip...aku bertanya dengan wife..wife kata ada petanda nak menangis nie...perh seram...masa aku berhenti berehat di Pekan Pahang, Madam CSF msg dan aku balas dgn panggilan...maka arahan untuk ke Indonesia dengan segera telah dibuat...Lepas je tu..kedip kedip mata aku hilang...hahhaaa....Rupa2nya nak ke Indonesia adalah pekara yang kurang baik untuk aku..hahaaa.......

Pengiriman Dari Bandung

Image
Salam semua. Gambar ini adalah bungkusan yang diterima dari Bandung. Bungkusan ini adalah pengiriman barangan yang aku beli dari Bandung (Pasar Baru). Isi kandungan ini adalah Mukena (Telekung) sebanyak 120pasang. Kos penghantaran untuk satu bungkusan berharga sekitar RM 130 per bulk besar dan kos pengiriman dari Pasar Baru ke Jakarta RP 100,000 shj..Kos pengangkutan di Malaysia iaini dr Port Klang ke Melaka dikenakan RM 40 per bulk...so setelah dihimpunkan maka jumlah adalah RM 190 ke RM 200. Maka total kos pengangkutan setiap pasang mukena yang dibawa adalah RM 2 shj...berbeza dengan kos pengangkutan menggunakan kapal terbang. Iaini manual bagasi... Inilah bungkusan (bulk) mukena Inilah hasil yang telah dikeluarkan dari Bulk tu.. Bye n salam

Love Malaysia...

Salam semua... Alhamdullilah sekarang nie aku sudah balik dan berkerja di Malaysia semula. Aku balik dan sampai di Malaysia nie pada hari rabu minggu lepas (12hb May 10)...Mungkin aku akan ke Bandung semula next month kot..Sehingga berjumpa lagi. Bye n salam

Goodbye Cherry Homes & Residence

Salam semua dan apa khabar?..Sihat harapnya. Just nak berkongsi gembira dan sedih sedikit. Hari ini adalah hari terakhir aku menetap di kamar dekat Cherry Homes & Residence yang telah aku sewa selama setahun. Diam tak diam, aku dah setahun berulang alik Malaysia dari Indonesia. Inilah doa aku yang telah dimakbulkan iaitu ingin berkerja di luar negara. Sekarang aku dah ada pengalaman bagaimana berkerja diluar negara. Bukan sahaja gembira dengan apa imbuhan yang diberi tetapi emosi juga turut ada suka dan sedih... Walaupun aku sudah berkerja tetap di Melaka semula, aku tetap akan ke Indonesia semula sekiranya diperlukan kelak. Ini janji aku pada pihak management PMSB. Okay bukan ini aku nak cerita tetapi aku akan tidak lagi menetap di Cherry Homes & Residence ini lagi kalau aku ke sini semula kelak sebab selepas ini mungkin akan menetap di Hotel-hotel yang telah tersenarai didalam corporate rate list company PTJM. Setahun telah meninggalkan banyak kenangan di Cherry Homes ...

35 Tahun.

Salam semua. Itu adalah dalam bentuk nombor yang telah dan harus aku lalui. Semua akan bertambah angka kehidupan mereka. Alhamdullilah telah 35 tahun aku menghirup udara dibumi ALLAH ini. Syukur rasanya yang tak terhingga. Maka akan tersisalah 5 tahun lagi untuk aku mengejar impian 40. Berjayakah aku...insyallah kalau diizinkan Allah yang satu. Aku kena percaya dengan berkat usaha dan iktizam yang kuat, aku pasti akan berjaya. Disamping element support yang lain seperti sokongan isteri, anak-anak, keluarga dan kawan-kawan (yang memang erti kawan)...serta element kepercayaan diri...berusaha dan bertawakal. Insyallah pasti boleh dan berjaya. Amin Bye n salam semua.

Tak tahu..mana arah?

Salam semua.. Aku masih berada di Indonesia masa skrg nie.. Pening kepala jadinya bila semua orang yang berkerja tidak tahu mana arah hendak dipergi setelah dua kepala kapal telah diberi rehat sementara. Kesian aku melihat...keadaan mereka masing-masing disini. Ada yang keliru dan mencari-cari hala tuju masing-masing. Ada yang sedang giat mencari peluang lain ada yang masih menunggu dan melihat. Kalau diikutkan secara fizikalnya..ianya sudah hampir berkubur..tetapi masih ada lagi peluang untuk dibangunkan..dengan suntikan modal baru dan semangat baru dari org baru atau org lama. Yang pastinya bekalan untuk menyara hidup PT disini hampir susut. Mengikut org yang pegang dana PT, PT hanya akan boleh bertahan sehingga bulan 5 shj..masuk bulan ke-6....PT didalam kekosongan...perhhhh...susah ooo Mereka yang disini bertanya dengan aku status..PT. Aku pun tak boleh nak cakap yang lebih sebab aku bukan decision maker...aku cuma kuli bawahan atau tengahan. Insyallah aku akan bertanya dan me...

Banyak Hal ler pulak...perhh

Salam semua.. Aku telah selamat mendarat di tanah orang (Indonesia) semalam...Alhamdullilah perjalanan menaiki AirAsia tidak delay seperti selalu...Aku sampai di Bandung jam 930mlm waktu indonesia. Kali ini datang berlengang..maksudnya hanya membawa sebuah beg besar yang kosng hanya berat sekita 6kg shj...Beg komputer pun aku tak bawa..malas...eheh...Kali ini kastam indonesia curiga dengan kandungan beg aku...dia org buat pemeriksaan yang penuh teliti..adakan sudah...bawa banyak pun susah, tak bawa apa2 pun susah..dia check siap buka semua zip yang ader, mcam aku nak seludup sesuatu...pehhh..pengalaman lagi...adakan sudahnya aku keluar dari terminal airport sini jam 1030mlm...org yang terakhir keluar...hahhaaa..Padan muka aku... supir aku datang setelah sebatang rokok aku habis dihisap...dalam perjalanan nak balik ke hotel tempat aku bermastatutin, aku call bro Razaman (RZF) dia bawa bini dan anak2 dia jalan bandung...aku ajak dia teman aku minum dan makan malam..hahaha...aku amik d...

25 April 2010...

Salam semua. Apa khabar?..Sihat. Lama tak menulis sebab terlalu sibuk kot???...eheheh...Ingat balik Malaysia boleh relik-relik tapi kena buat kerja...eheheh. Dah nama makan gaji so kenalah buat kerja...Lagi nak mengomel..hahaha.. Terlalu singkat pulak duduk Malaysia nie, dah nak kena gi balik Indonesia tapi tak lama kot hanya untuk sementara waktu jer bagi membantu tenaga kerja sana untuk menjalan operasi kilang. Disamping itu aku nak mengambil kesempatan untuk menyelesaikan beberapa masalah seperti pembayaran duit driver gan kereta serta berkemas pindah oooo...Banyak barang tak kemas lagi. Okaylah...selamat berehat hujung minggu. Chow n salam

Syukur Alhamdullilah...Dimakbulkan juga...

Salam semua. Apa yang diimpikan dan dipinta telah dimakbulkan. Apa benda tu?..Ianya semua berkait dengan Indonesia Malaysia. Setelah hampir setahun aku ulang alik Indonesia Malaysia walaupun berkerja disana (Indonesia). Akhirnya permohonan untuk membatalkan peminjaman aku ke sana telah diluluskan. Aku hanya akan kesana apabila diperlukan sahaja. Terima kasih tak terhingga kepada Madam CSF yang menyokong dan Tn Hj AKK. Okaylah, sehingga berjumpa lagi. Bye n salam

Agak-agak Apa Keputusan Juri Panel Audit...Bad or Good

Salam semua.. Aku sudah kembali ke lubuk emas aku semula...terasa begitu singkat 7 hari di Malaysia...perhh..Bila kita berlumba dengan masa nie...terasa sungguh cepatnya masa ini berjalan...Rasanya seperti tidak sempat untuk bertemu dengan semua kawan di Malaysia dalam masa yang sesingkat itu. Tapi aku tetap bersyukur sebab diberikan masa tersebut... Sekembalinya aku ke sini, Gajah Hijau aku sedang beraksi dengan baik sekali. Terima kasih kepada anak buah aku yang disini sebab dah boleh mengendalikan sendiri aksi Gajah Hijau ini. Alhamdullilah ilmu yang aku curahkan tak sia-sia walaupun belum begitu sempurna. Dekat sini juga telah didatangi beberapa "Panel Juri" untuk memberikan dua kata hikmah..iaitu teruskan atau sebaliknya. Atau mereka ini mempunyai agenda tersendiri. Wallahualam...aku pun kurang pasti dengan tindakan mereka...Apa2 pun walaupun hitam atau putih kata mereka, aku tetap mengikut juga. Ibarat timun dengan durian...menyerang atau diserang tetap kalah...hah...

Tinggal Beberapa Jam jer lagi

Salam semua..tinggal bebrapa jam jer lagi aku nak bergerak ke LCCT untuk kembali bertugas di Indonesia. Perhhh punyalah seksa kali ini. Tak tahu mahu cakap. My wife masih lagi belum habis pantang..Sehingga berjumpa lagi bye semua.

28hb hingga 2hb December....

Salam semua.. Selamat menyambut hari raya aidiladha (raya haji)..sekarang ini adalah musim mengerjakan haji..Kali ini aku akan pulang semula ke Bandung pada 28hb November (sabtu) sehingga 2hb December... Sehingga berjumpa lagi..

Gajah Hijau Kembali Berehat....

Salam semua..Semalam tepat jam 12tengahari waktu di Indonesia..Gajah Hijau telah memakan makanan yang terakhir buat masa sekarang. Dan tepat jam 4 petang, aku telah mengarahkan agar Gajah Hijau ini dibenarkan berehat untuk masa yang akan ditentukan semula untuk ia beraksi. Pesembahan Gajah Hijau kali ini, amat-amat membanggakan, tanpa banyak kendala (maslah). Gajah Hijau nie makan mengikut kapasiti yang dibenarkan dan ditetapkan untuknya. Sebenarnya makanan yang disediakan untuk Gajah Hijau ini masih lagi tidak mencukupi seperti yang diperlukan setiap hari. Sebaik-baiknya dan seharus-harusnya, Gajah Hijau ini beraksi sebulan atau 30hari dan kemudian berhenti untuk berehat... Maka dengan ini, aku selalu pengajar dan penjinak Gajah Hijau ini...akan bersenang lenang dan mengoyang kaki sambil makan kacang..opoppp...makan gaji buta....Hahahaha sebab circus tempat aku berkerja ini terpaksalah berusaha lebih mencari makanan untuk Gajah Hijau ni...Itu bukan urusan aku...Dengan ayat yang lebih ...

Sudah Mahu Pulang...

Salam semua.. Sudah mahu pulang semula ke Indonesia untuk memulakan semula kerja yang ditinggalkan selepas dipanggil pulang ke Malaysia untuk melakukan kerja di Malaysia. Insyallah aku akan berlepas ke Indonesia pada 28hb September 2009. Kalau ikut tiket, aku akan berlepas jam 1355 dan akan sampai jam 1455 WIB.. Maka bermulalah proses routine harian aku disana dan akan akan sekali lagi berpisah dengan keluarga aku. Selama mana aku boleh bertahan dengan keadaan sebergini...?..Aku mula merasakan sesuatu yang kurang enak seperti masa mula-mula aku dihantar kesana...inilah perasaan yang sama... Walaubagaimanapun..kehidupan ini harus diteruskan..semoga semua yang dirancang dan diusahakan oleh aku menbuahkan hasil dan berjaya..Amin. Kepada sahabat dan rakan sekerja di Bukit Rambai..yang mana aku tak sempat bermaafan maka dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin sekiranya ada tersilap kata tersalah perbuatan yang menguris perasaaan. Sehingga berjumpa lagi...

Plant Cikampek...

Salam semua. Berjumpa lagi. Status plant Cikampek, tempoh hari aku telah mencuba untuk membakar sebanyak 500kg per jam tetapi setalh dicuba sehari setengah terdapat beberapa masalah yang baru. Masalah ini adalah sistem burner no 2 selalu gagal untuk menyala, high temperature dekat secondary zone, high temperature dekat primary zone satu dan yang lebih menakutkan adalah sistem pusher no 2 sangkut pulak... Kemudian aku menukar kepada kondisi lama iaitu 400kg per jam memandangkan jumlah limbah (waste) yang tinggal cuma sedikit. Sekarang nie aku telah buat satu lagi prosedur untuk menanggani masalah yang timbul nie..Setiap setengah jam beroperasi, pusher no 2 hendaklah ditolak..Nampaknya seperti berkesan teknik ini...Alhamdullilah. Sekarang nie pulak, masalah baru timbul...iaitu masalah pengangkutan limbah ke Cikampek Plant..Dari pihak PT Arah berjalan lancar. Dah habis limbah mereka. Tetapi dari pihak PT Mesra Abadi...mereka seperti enggan menambahkan jumlah truk ke Cikampek Plant. sebel...

Zakat.......Zakat........Zakat

Salam semua...sekadar ingin berkongsi sahaja. Dan sekadar ingin ingat mengingati sahaja. Berpesan pesan pekara yang baik itu adalah dituntut. Zakat?.. Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga. Ia telah difardukan mulai tahun kedua hijrah Rasullullah S.A.W. Dari segi bahasa, zakat diertikan sebagai “tumbuh” dan “bertambah”. Ianya juga bererti berkat,bersih,baik,suci dan subur. Menurut istilah syarak pula diertikan sebagai mengeluarkan kadar harta yang tertentu dan diberikan kepada golongan yang tertentu mengikut syarat - syarat yan tertentu yang telah ditetapkan oleh syarak. Zakat ada beberapa jenis iaitu zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat kwsp, zakat perniagaan, zakat emas & perak, zakat saham, zakat ternakan dan zakat pertanian. So terpulang kepada anda. Sekiranya mempunyai semua diatas atau sebahagian sahaja diatas dan telah cukup syarat maka hendaklah keluarkan zakat. Aku akan menyentuh beberapa jenis zakat jer... Pe...

Kisah Plant Cikampek...

Salam semua..selamat membaca dengan penuh rasa gembira dan ceria. Aku sihat dengan kerja-kerja yang semakin menyibukkan aku. Biasalah bila plant sudah beroperasi maka kesibukan yang menjelma pula. Tapi bagi aku ini suatu yang mengembirakan sebab apa?....sebab aku tidaklah dilanda kebosanan...eheheeh.. Plant baru jer dipanaskan badan pada hari senin lalu...proses ini seperti biasalah iaitu embakar kayu dahulu..aku suruh semua pekerja sini membuat rutin checking seperti memastikan kipas bepusing dan yang paling penting 4 damper "ajaib" yang selalu memberikan sedikit masalah... Kemudian pada hari rabu lalu aku telah menghidupkan incinerator pada waktu pagi sekitar jam sepuluh...ada sedikit masalah yang perlu aku hadapi...iaitu burner tak mahu nak hidup secara auto..perhhhhhh...payah sikit. Buat sementara waktu aku gunakan manual box "kotak hitam ajaib" yang selalu digunakan di Melaka...Bayangkan kalau kotak hitam nie tak der...susah oooooo... Masalah lagi..bila jalan s...

Emas Portfolio Hebat...

Salam semua. Kali ini entry aku just nak sharing bagaimana emas itu disebut-sebut sebagai satu portfolio pelaburan yang hebat. Walaupun aku pemahaman aku tidak mengerti sehebat pengkaji-pengkaji portfolio emas yang ada di Malaysia tetapi sekiranya kita tengok dari semua ayat-ayat Al-quran dan hadis-hadis Nabi semuanya menyebut perkataan EMAS. Cuba kita tengok sekarang nie. Sudah ader beberapa bank yang melancarkan pelaburan emas seperti Maybank (Gold Saving Passbook), Public Bank (Gold Investment Account) dan yang terbaru diwar-warkan CIMB akan mengikut jejak langkah kedua-dua bank tadi. Ini pelaburan. Kalau kita tengok, tidak disebutkan tentang duit Ringgit (Malaysia), Dollar (America), Rupee (India), Rupiah (Indonesia), Pesos (Filipina) atau New Shekels (ILS) di Israel. Ini kerana, kertas ini adalah ciptaan manusia yang tiada nilainya di dunia ini pada hakikatnya. Tapi, emas adalah sejenis logam ciptaan Allah s.w.t yang bersifat kekal sehingga ke akhirat kelak! Tetapi i...