Posts

Showing posts with the label Kenangan Semalam

BMW 318i E46 M3 - Year 2000 Dalam Kenangan...

Image
Assalam semua Minggu nie dah ada yang berminat untuk memiliki kereta BMW 318i E46 M3-y2000 miliki kita orang..perhhh..sudah lama dia dimiliki kini kami terpaksa dengan rela hati melepaskan ianya pergi ketangan orang lain. Mana taknyer...kereta ini amat jarang sekali digunakan..hanya sekali dua aja..Aku dengan DMAX...bro Hamzah dengan kereta dia pun tak terlayan... Berapa kita orang ambik...25K cash manakala sipengambil kenalah sambung bayar kat Public Bank...nampak mahal ker?..Tak gak..sebab kita dah buat memacam beb...sportrim...bodykit..dan baru sahaja tukar compressor aircond....so agak berbaloi beb...sedap bawa kereta nie...tapi den tak sanggup nak bawa ari ari...Plan aritu den yang ambik tetapi Bini kata dia lebih selesa jemput dan hantar budak sekolah dengan kereta kecik iaitu kancil...apa boleh buat..hehehe  Kereta nia kita jual dgn orang yang kita kenal beb...gila ker nak kasi kat org yang tak kenal sambung bayar hutang bank..hahaha...okaylah..Lupa nak kasi tau.....

Sudah Mahu Pulang...

Salam semua.. Sudah mahu pulang semula ke Indonesia untuk memulakan semula kerja yang ditinggalkan selepas dipanggil pulang ke Malaysia untuk melakukan kerja di Malaysia. Insyallah aku akan berlepas ke Indonesia pada 28hb September 2009. Kalau ikut tiket, aku akan berlepas jam 1355 dan akan sampai jam 1455 WIB.. Maka bermulalah proses routine harian aku disana dan akan akan sekali lagi berpisah dengan keluarga aku. Selama mana aku boleh bertahan dengan keadaan sebergini...?..Aku mula merasakan sesuatu yang kurang enak seperti masa mula-mula aku dihantar kesana...inilah perasaan yang sama... Walaubagaimanapun..kehidupan ini harus diteruskan..semoga semua yang dirancang dan diusahakan oleh aku menbuahkan hasil dan berjaya..Amin. Kepada sahabat dan rakan sekerja di Bukit Rambai..yang mana aku tak sempat bermaafan maka dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin sekiranya ada tersilap kata tersalah perbuatan yang menguris perasaaan. Sehingga berjumpa lagi...

Pangandaran dan Batu Hiu...

Image
Salam semua. Ini adalah sebahagian dari aktiviti mengunjungi kawasan atau tempat wisata yang berada di Indonesia. Aktiviti ini dilakukan seminggu sebelum bermulanya bulan puasa. Kali ini aku berkunjung ke Pangandaran dan Wisata Batu Hiu.. Pangandaran dan batu hiu ini adalah kawasan wisata yang terkenal. Ia merupakan kawasan pantai. Pangandaran terbahagi kepada dua bahagian pantai. Pantai Barat dan timur. Kawasan timur adalah cantik untuk melihat matahari timbul (sunrise) manakala barat adalah untuk matahari tenggelam (sunset)... Untuk pengetahuan semua, bahagian pantai barat adalah sebahagian daripada kawasan yang dilanda tsunami pada tahun 2004. Kalau kita menyusuri sepanjang pantai barat ini, kita masih lagi boleh melihat beberapa kawasan dan perumahaan yang masih lagi kekal dari kesan tsunami dahulu..Mungkin untuk tujuan sejarah atau mereka semua ini telah meninggalkan kawasan ini sebab terdapat beberapa kawasan yang terdapat papan tanda untuk menyatakan mereka ingin menjual tanah ...

Bersendirian...

Salam semua..Bersendirian...bila seseorang itu bersendirian maka bermacam-macam pekara yang dipikirkan dan dikenangkan. Tapi bila kita berdua-duaan atau bertiga-tiga atau berempat-empat atau beramai-ramai mungkin pekara seperti mengalamun dan memikirkan pekara yang lepas jarang berlaku. Kalau aku berada diMalaysia, aku lebih banyak mengabiskan masa aku dengan kerja-kerja sampingan aku sebab kerja-kerja di Melaka tidak melibatkan diri aku lagi. Mereka semua sudah boleh berdikari. Alhamdullilah, so aku akan lebih banyak mengabiskan sisa masa aku dengan aku punya sifu atau cikgu untuk memperbaiki kehidupan ini. Alhamdullilah juga, ilmu dan segala pengalaman sifu atau cikgu aku tu sungguh berguna untuk diri aku. Dialah sifu, sahabat, kawan dan juga partner yang sukar dicari ganti. Terima kasih juga kepada Mama sebab paham dan mengerti apa yang Ayah buat. Kalau Mama marah atau memendam rasa..Ayah minta maaf banyak2. Sepanjang hari ini aku mengadap TV..layan HBO, Star Movies, AXN...banyak ga...

Zakat.......Zakat........Zakat

Salam semua...sekadar ingin berkongsi sahaja. Dan sekadar ingin ingat mengingati sahaja. Berpesan pesan pekara yang baik itu adalah dituntut. Zakat?.. Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga. Ia telah difardukan mulai tahun kedua hijrah Rasullullah S.A.W. Dari segi bahasa, zakat diertikan sebagai “tumbuh” dan “bertambah”. Ianya juga bererti berkat,bersih,baik,suci dan subur. Menurut istilah syarak pula diertikan sebagai mengeluarkan kadar harta yang tertentu dan diberikan kepada golongan yang tertentu mengikut syarat - syarat yan tertentu yang telah ditetapkan oleh syarak. Zakat ada beberapa jenis iaitu zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat kwsp, zakat perniagaan, zakat emas & perak, zakat saham, zakat ternakan dan zakat pertanian. So terpulang kepada anda. Sekiranya mempunyai semua diatas atau sebahagian sahaja diatas dan telah cukup syarat maka hendaklah keluarkan zakat. Aku akan menyentuh beberapa jenis zakat jer... Pe...

Kisah Plant Cikampek...

Salam semua..selamat membaca dengan penuh rasa gembira dan ceria. Aku sihat dengan kerja-kerja yang semakin menyibukkan aku. Biasalah bila plant sudah beroperasi maka kesibukan yang menjelma pula. Tapi bagi aku ini suatu yang mengembirakan sebab apa?....sebab aku tidaklah dilanda kebosanan...eheheeh.. Plant baru jer dipanaskan badan pada hari senin lalu...proses ini seperti biasalah iaitu embakar kayu dahulu..aku suruh semua pekerja sini membuat rutin checking seperti memastikan kipas bepusing dan yang paling penting 4 damper "ajaib" yang selalu memberikan sedikit masalah... Kemudian pada hari rabu lalu aku telah menghidupkan incinerator pada waktu pagi sekitar jam sepuluh...ada sedikit masalah yang perlu aku hadapi...iaitu burner tak mahu nak hidup secara auto..perhhhhhh...payah sikit. Buat sementara waktu aku gunakan manual box "kotak hitam ajaib" yang selalu digunakan di Melaka...Bayangkan kalau kotak hitam nie tak der...susah oooooo... Masalah lagi..bila jalan s...

Emas Portfolio Hebat...

Salam semua. Kali ini entry aku just nak sharing bagaimana emas itu disebut-sebut sebagai satu portfolio pelaburan yang hebat. Walaupun aku pemahaman aku tidak mengerti sehebat pengkaji-pengkaji portfolio emas yang ada di Malaysia tetapi sekiranya kita tengok dari semua ayat-ayat Al-quran dan hadis-hadis Nabi semuanya menyebut perkataan EMAS. Cuba kita tengok sekarang nie. Sudah ader beberapa bank yang melancarkan pelaburan emas seperti Maybank (Gold Saving Passbook), Public Bank (Gold Investment Account) dan yang terbaru diwar-warkan CIMB akan mengikut jejak langkah kedua-dua bank tadi. Ini pelaburan. Kalau kita tengok, tidak disebutkan tentang duit Ringgit (Malaysia), Dollar (America), Rupee (India), Rupiah (Indonesia), Pesos (Filipina) atau New Shekels (ILS) di Israel. Ini kerana, kertas ini adalah ciptaan manusia yang tiada nilainya di dunia ini pada hakikatnya. Tapi, emas adalah sejenis logam ciptaan Allah s.w.t yang bersifat kekal sehingga ke akhirat kelak! Tetapi i...

Semalam Cuti...Tanggal Merah

Image
Salam..semalam Isra Mi'raj so dekat sini cuti. Apa lagi aku layan untuk ke Garut atau Cirebon. Apa yang menarik dekat sini. Kalau aku ke Garut, dekat sini aku boleh layan kolam air panas di Cipanas, Kawah di Kamojang dan industri kulit..Kalau aku ke Cirebon aku hanya boleh ke wisata Makam Wali Songo..sunan aper aku lupa. Ada dua makam disini. Dari Cherry aku menggunakan Tol Pasteur menuju ke Cileunyi. Kenalah sekitar RP6000 shj. Disinilah bermula persimpangan kearah Cirebon atau Garut. Akhirnya aku memilih untuk ke Garut. Dalam perjalanan itu kita org singgah di Geothermal Wisata. tempat ini sebenarnya dimiliki oleh PT Pertamina dalam usaha untuk perusahaan Elektrik dari Geothermal yang ada disekitar pergunungan ini. Maksudnya mereka menggunakan paip menyedut tenaga atau wap panas untuk dijana elektrik. Masuk kena bayar RP15000 (setiap seorg 5000 + kenderaan 5000) Ini kawah kereta (dekat sini kereta api dipanggil kereta) Sebelum tu..aku berjumpa dengan majlis perkahwinan org disini...

Happy Birthday ...Aiman Zarfan Zolpaka

Image
HAPPY BIRTHDAY AIMAN ZARFAN Nie gambar lama..shj aku upload utk melihat perubahaan wajah dan size. eheheh Salam semua dengan penuh rasa ceria dan kegembiraan. Hari ini 14 July 2009..adalah hari lahir anak aku yang kedua untuk tahun ke 3. Selamat hari lahir Aiman Zarfan. Semoga ceria dan membahagiakan kami (aku dan isteri dan ahli keluarga yang lain) P/S: Mama jangan lupa beli kek. Nanti upload dekat blog mama. I Love U All. Sehingga berjumpa lagi. Salam ceria dari saya. Bye n salam.

Sudah Kembali Semula...12 Juli

Salam semua. Sudah lama tak menulis sebab haritu sudah berada ditempat"sendiri" maka kurang sedikit aktiviti penulisan blog aku ini. 12 Juli aku telah selamat kembali ke tempat aku berkerja..Dimana?..aku rasa semua orang dah tahu.. Sempat gak aku pergi ke sarang lama aku..berjumpa dengan rakan dan "bekas-bekas" staf yang pernah aku kerah dulu. Bunyi cam keras jer...hahhaaa. Aku hanya sempat berjumpa dengan beberapa org shj disana. Maaf geng, masa tak mengizinkan. Insyallah kalau balik lagi, aku akan tetap menjengah sebentar sarang lama aku..ehehehe Bila dah balik sana, aku seperti taknak balik sini. Ini pekara biasa. Sekarang nie aku berperang dengan emosi bukan dengan masalah kewangan. Kalau sebut pasal kewangan aku rasa, aku boleh manage tp klu sebut pasal jiwa dan emosi..yang ini sukar sikit. Kadang terpikir gak aku...boleh ker aku bertahan nie?..sampai bila?...Rasa mcm tak lama jer...Kadang2 terpikirlak...mungkin rezeki aku sampai disini jer...isisishhhh...Jauh ...

Kisah Aku dan Kapal Terbang....

Image
Salam semuanya.. Semakin hari semakin sibuk disini. Satu sibuk dengan kerja yang diberi oleh bos aku di Malaysia untuk mencari vendor contractor civil untuk kerja-kerja penambahan yang telah diberikan kepada aku. (haa..sebilangan ingat aku dekat sini goyang kaki..sorry ehh..kerja tau..sambil goyang kaki..)..pencarian ini masih belum selesai sebab banyak sangat kesalahan sebutharga yang dia org buat seperti tidak mengikut spek dan main sesah harga jer...ingat aku tak reti kira ker bab civil nie...aku guna common sense jer..Baru tau dia org (contractor Indonesia) dekat den..hahhaaa...Tapi aku gak yang susah sebab dateline dah nah abis...Meeting pemilihan belum lagi dibuat...perhhh...sibuk oooo..Shortage of time. Kedua, aku sibuk dengan ragam nak buat ISO (9000, 14001 dan OSHAS)..seperti biasa preparation kearah ini seperti kurang menyengat dari bahagian Opis manakala dari bahagian Plant hebat sebab aku couching mereka selalu...so selalulah aku akan ke Opis HQ Bandung...eheh untuk memasti...

Plant Visit after RUPS..

Image
Salam semua. berjumpa kita lagi. Amin dimakbulkan Allah. Ini masa aku di coffee house Hilton. sedang minum kopilah. Rindu kopi salleh gan bang dol. hahaha. sebelum aku bergerak ke Plant Cikampek. Sebelum tu aku kena hantar passanger Kantor bandung dulu. Dekat jer sebenarnya Hiton nie dengan Kantor. Dalam perjalanan aku ke Cikampek dihighway. Perjalanan aku terhenti (jammed)..di Kilometer 94 hingga kilometer 91..lebih kurang sejam. Slow jer geraknya. Rupa-rupanya ada kemalangan yang melibatkan mungkin lori jatuh ke gaung..perh dalam tu..entahkan hidup entahkan mati..wallahualam..Sebab ader kren nak mengangkat lori tersebut. Okay kita berbalik ke plant pulak Inilah tetamu tersebut..Hj AI, En FI dan HJ AKK...HJ AKK dengan aku jer. Sebab ader pekara yang ingin dibincangkan. Perhhh..banyak gak soalan yang ditanya. Berbiuh mulut nak menjawapnya. Yang penting aku bercakap apa yang benar dan aku tahu. Fact is always rigth. Biasalah nie..sedang mengukut aku sebab suka duduk sini dan dia cakap a...

Dua Hari Penuh Kesibukan..

Salam semua. Dua hari ini aku begitu sibuk dengan meeting bersama Madam CSF dan klick klick Cikampek dan Bandung. Meeting kali ini tertumpu kepada Proses ISO yang akan dijalankan di sini. Hari pertamanya (semalam), meeting bersama group consultant (Adhere) diwakili oleh Pa Tambun dan Pak Anggoro. Melihat semua aspek ISO yang akan dijalankan. Oleh kerana pesawat Madam sampai jam 1130 maka aku yang mewakili memulakan perbincangan dengan consuktant. Hasib semua form aku dirombak semula dan diberikan cadang untuk penambahbaikan. Okaylah aku terima utk kebaikan semua. Madam join meeting jam 1145pagi. Dan bermula proses perbincangan yang memakan masa yang agak lama. Dari policy, visi, mision. legal, production, safety, document tracking record, document label, record.....dan macam macam lagi. Pehhhh susahnya sebab hampir semua mcm nampak blur jer. Takper take time semua. Bestnya meeting dekat Bandung nie...sebabnya satu dekat dengan tempat tinggal aku dan yang kedua makan semua diprovide ole...

Kegiatan Baru Semalam..

Salam semua..Ceria sungguh hari ini. Alhamdullillah sebab semua dipermudahkan. Amin selalu. Untuk pengetahuan semua, aku sudah mempunyai kegiatan baru dekat sini. Apa ekkk?..Rahsia..Acah jer, sebenarnya aku dah menemui team untuk bermain badminton. Alhamdullillah, semalam adalah first time aku bermain badminton dibumi Indonesia. Bukan kat stadium badminton Senayan tu tapi dekat dewan yang tercorok gak. Sebenarnya, aku dah beli racket badminton, grip lutut, stokin sukan dan seluar pendek. Pada minggu lepas lagi. Beli dekat kedai terpakai jer (Barang Bekas Outlet). Okaylah janji boleh dipukul bulu tangkis tu sudah cukup baik. Dewan dia org terletak ditinggak dua. Kalau kat Malaysia, rata dewan badminton bawah tapi dekat sini dekat atas pulak. Ader tiga court. Bermula dari jam 7 lebih hingga 10 mlam. Player semua handal-handal. Lenih kurang mcm grade budak bukit rambai jer. Aku main dua set. Alhamdullilah tak menang tapi bertarung gaklah. Apa boleh buat partner baru dan player yang dihada...

Pak Dudi Supir Baru

Image
Salam semua. Lupalak aku nak uploadkan gambar supir baru aku yang mengantikan Nelson dulu. Nelson aku dah anggap macam kawan aku dekat sini. A lot of story we a sharing together but he get a good good offer and good also to his future. That is the past. I miss it. Almaklumlah..sahabat andai, isteri tersayang dan anak tersayang jauh so we need somebody to talk about and sharing our feel. Okaylah. Nie aku uploadkan gambar supir baru tu. Nama dia Dudi. Orangnya sudah berumur, dalam lingkungan 40an (42kot)..Orangnya serius dan kelakar. Cuma dia tak biasa lagi dengan aku. Kalau Nelson dulu dia dah tahu apa aku nak makan dan mana aku nak pergi. Takper take a time to be serasi. Okay inilah orangnya. Yang berkumis tu yang sebelah tu aku..Jangan silap pulak. Hahahahaa..Nasib baik aku dah buang misai aku, kalau tak mcm serupa lah pulak. Okay semoga didoakan aku selamat disini dan boleh pulang Malaysia. Amin..Amin...Amin

Hari Malas Kepada Hari Rajin

Salam semua.. Sejak berada disini, kerap kali aku membuat entry. Almaklumlah terlebih masa kot. Jangan mare yer..Budak2 BRI..Sana banyak waste sini banyak masa. Hahahaha..Kasi cili sikit dekat dia punya sr engineer. Baru tahu tak tidor malam. Rasakan penangan dia, nak sangat keja dekat BRI...tapi klasiknya disana...hanya yang berkerja disitu sahaja yang tau.. Aku bukan nak cerita mengenai plant BRI atau plant Cikampek..tetapi mengenai hari malas kepada hari rajin. Kalau mengikut semua org hari isnin adalah hari paling malas nak bangun pagi dan pergi kerja (mengikut cerita kawan akulah di entrynya ISNIN ) tapi aku berbeza ...Hari ini adalah hari yang segar dan ceria untuk aku. Kau org belum rasa bagaimana merasa hari cuti disini..Takper ejeklah aku...satu hari nanti aku jamin dan sure dan pasti..mesti giliran engkau orang pulak..Itu aku rasa pasti. Takan aku jer nak jelajah benua Asia Tenggara nie..Kasilah kawan-kawan..hahahahaaa.. Bermula dengan pagi yang ceria. Aku bangun seawal pagi....

Bersabar Mama...

Salam untuk mama.. Entry kali ini aku tuju khas untuk isteri aku yang tersayang, Mama. Ayah paham sangat perasaan mama sekarang nie dangan keadaan yang mama sedang lalui. Yang pertama terpaksa melayan karenah anak yang sedang meningkat dewasa dan dengan kenakalan mereka. Yang kedua terpaksa melayan karenah baba dengan terpaksa pergi ke klinik untuk menguruskan hal mencuci kaki beliau. Yang terakhir nie lagi susah, karenah emak yang mungkin sudah nyanyuk dan juga terpaksa lagi menjaga dan mengemas rumah serta memasak untuk semua yang dirumah. Ayah tulis ini berdasar coretan mama diblog mama ini : Blog Mama ................................ Dahulu lagi ayah pernah cakap, buat berbincang pekara sebegini. Bukan mama ajer anak mereka. Ramai lagi tapi mama berkeras mengatakan yang mama seorang sahaja tak berkerja. Maka dalam istilah berkerja maka tangungjawab sebagai anak kepada ibubapa atau ayahemak mereka terlepas ke?..Tak mama. Pekara ini kena bawa berbincang. Kalau ayah ader sana lainlah ...

Sepanjang Minggu ...

Salam semua. Kali ini sahaja nak coretkan kisah aku sepanjang minggu berkerja ini. Jangan dok dipikirkan masa sabtu dan minggu nanti. Pasti jawapannya sama iaitu bosan dan tak tahu nak buat aper?. Isnin, aku pergi ke kantor Imigarsi Cabang Bandung sebab aku kena menyambung dan membuat baru KITAS aku. So appoitment dengan agent yang ditugaskan oleh kantor aku Jam 10 pagi. Sampai kena sign bermacam-macam form dan kena cop jari dan ambil gambar berserta scan semua jari tangan. Kira sekarang nie sistem imigarasi sini dah canggihlah. Bolehlah. Siap semuanya aku pergi makan sate Kuda. Best. Selasa, aku pergi ke Plant Cikampek. Mcm biasa buat kerja ISO dan sedikit kerja yang telah diberikan oleh bos aku. Mencari vendor atau kontraktor banggunan sebab ader serba sedikit projek tambahan untuk disiapkan seperti membuat longkang, guard house, ash house dan serba sedikit kerja-kerja concrete. Rabu, aku ader appointment di RSU (Rumah Sakit Umum Karawang)..kena buat suntikan Hep B. Ini dibuat untuk ...

Mama dan Anak2...

Salam untuk Mama dan Anak2. Untuk pengetahuan Mama dan anak2. Ayah dekat sini sihat walafiat. segala urusan ayah dekat sini semuanya mudah dan lancar. Amin. Ayah harapkan Mama dan anak2 sihat di Malaysia. Semoga kita akan berjumpa lagi. Mama, Aiman Zikry dan Aiman Zarfan...I Love U all ( Ayah Sayang Kamu semua). Bye n salam p/s: Mama kena jaga kesihatan. Zikry dan Zarfan, jangan nakal2 okay.

Indonesia Lagi...

Salam semua..Sihat semua hendaknya. Buat pengetahuan semua, aku sekrang nie berada dibumi orang lain. Iaitu Indonesia. Maka dengan ini aku berkuatkuasa telah menetapkan diri bekerja disini dgn arahan bertulis syarikat yang telah aku persetujui lama dulu.. Tanggal 3hb Jun 2009, aku telah berlepas dari LCCT jam 11pagi dan telah selamat tiba di Bandara Bandung Jam 13ptg (WIB)..ader sedikit kelewatan. Kali ini aku pergi dengan hati yang sedih sedikit..tak seperti dulu..sebab aku sedih meninggalkan suasana plant bukit rambai (BRI) dan terutama keluarga aku sendiri (wife gan anak2)..Kali ini memang terasa sedih..ooo.. Sampai jer, aku terus ke Opis Bandung untuk minum secangkir kopi dan terus bergerak bersama ibu Tina untuk mencari bilik untuk disewa. Akhirnya berjumpa dengan Cherry Homes and Resident..kira okaylah tempat dia. Bilik bersaiz kecil dan dilengkapi dengan katil, bantal, bilik mandi, cuci kain baju 4hari sekali (limit 5kg), internet (tapi sampai hari ini belum boleh setting lagi),...