Rezeki Yang Tak Disangka-sangka....
Assalamualaikum semua Syukur alhamdullilah kepada yang Maha Esa, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....Rezeki tahun 2014 datang dengan tidak disangka sangka. Apa dianya?..Jap lagi den cerita. Begini cerita...Pada tahun lalu dalam bulan Oktober, ada berita mengatakan yang Felda Global Ventures Holding Berhad telah membeli pegangan saham KPF Berhad didalam Felda Holding Berhad sebanyak 51% dgn nilai urusan sebanyak 2.2billion. Kesinambungan dari cerita nie, meraka ada mengatakan akan mengagihkan kepada para pemegang saham tetapi nilai dividennya dirahsiakan. Maka hari semalam 10 jan 2014, bila mana semua forumer yang mempunyai pegangan saham didalam KPF mengatakan dividen khas telah masuk..den pun checklah dalam akaun. Allhamdullilah...10% dibayar kepada pemegang saham. Mana yang masuk selepas tahun 2012 tidak dapat dividen ini. Cuma apa yang dikhuatari oleh para pemegang saham KPF adalah bagaimana kedudukan KPF selepas ini. Apa yang akan menjadi titik tolak adalah ...