Posts

Showing posts with the label Birthday

Dah Masuk 39tahun dah...

Image
Assalamualaikum semua. Hari ini 4 Mei 2014, maka aku dah memasuki umur yang ke-39. Dah tua dah...so kenalah banyak berubah. Sehingga berjumpa lagi.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Mama...

Image
Assalam Den nak mengucapkan SELAMAT HARILAHIR MAMA (MY DARLING WIFE : NORZARINA BT BIDIN). Dengan ucapan I LOVE U dan sentiasa happy happy selalu, jangan stress melayan kerenah anak-anak. Semoga impian yang dirancang oleh Mama tercapai hendakNYA...amin amin Gambar Hiasan : Kek Yuli.. So, Mama bolehlah tempah Kek kat Yulie...Kasi special sikit tahun nie. Ayah belanja..hehehe. Yang atas nie adalah angka sahaja. Hahaha. Bye n salam.  *************************************** I  L O V E  U N O R  Z A R I N A  B I D I N D A R I P A D A :  ZOLPAKA, AIMAN ZIKRY, AIMAN ZARFAN, AIMAN ZAHRAN

36 Tahun..

Happy Birthday kepada aku...Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-36 tahun. Perhh..It just a number bro..Hahaha...Apa apa pun aku amat-amat bersyukur yang tak terhingga dengan limpah rahmat dan kurniaNya kepada diri ini...Amin amin amin...Semoga perjalanan hidup ini yang seterusnya dipermudahkan dan dipersenangkan hendakNya..amin amin. Pada usia 36 tahun aku sudah pencen awal...Apa apa pun aku akan cuba untuk memperbaiki taraf hidup aku dari semasa ke semasa. Kepada keluarga yang tak jemu jemu sokong. Terima kasih. Kepada kawan kawan yang sering memberikan kata2 positif dan sokong juga aku ucapkan ribuan terima kasih. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua. Amin amin amin. Sudah 3 tahun aku sambut majlis kelahiran ini di Indonesia. Kali ini aku sambut di Malaysia dengan keluarga..Alhamdullillah. Bye n salam

Happy Birthday Mama..

Salam. Entry yang lambat tetapi masih sempat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kelahiran Mama yang ke-32 pada 7/3/2011. Hahaha. Hadiah dah dapat awal so sedang bergaya sakanlah tu. Bye n salam

35 Tahun.

Salam semua. Itu adalah dalam bentuk nombor yang telah dan harus aku lalui. Semua akan bertambah angka kehidupan mereka. Alhamdullilah telah 35 tahun aku menghirup udara dibumi ALLAH ini. Syukur rasanya yang tak terhingga. Maka akan tersisalah 5 tahun lagi untuk aku mengejar impian 40. Berjayakah aku...insyallah kalau diizinkan Allah yang satu. Aku kena percaya dengan berkat usaha dan iktizam yang kuat, aku pasti akan berjaya. Disamping element support yang lain seperti sokongan isteri, anak-anak, keluarga dan kawan-kawan (yang memang erti kawan)...serta element kepercayaan diri...berusaha dan bertawakal. Insyallah pasti boleh dan berjaya. Amin Bye n salam semua.