Posts

Showing posts with the label Tabung Haji

Tabung Haji umum bonus tahunan 6 tambahan bonus haji 2 peratus, Kewangan 2013

Image
Assalamualaikum semua Tabung haji sudah pun declare dividen(bonus) sebanyak 6% plus dengan tambahan bonus 2%. Total adalah 8%. Wow...Ini telah siap siap tolak zakat. Alahamdullilah nikmat ALLAH. ********************** KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bonus tahunan sebanyak enam peratus dan tambahan bonus haji dua peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengumumkan bonus itu sebentar tadi berkata, kadar pembayaran bonus tahunan TH mencatatkan peningkatan 14.3 peratus kepada RM2.4 bilion berbanding RM2.1 bilion tahun sebelumnya. "Jumlah keseluruhan pembayaran bonus 2013 adalah RM 2.6 bilion, meningkat 6.5 peratus berbanding tahun sebelumnya. "Pembayaran keseluruhan bonus merangkumi bonus tahunan berjumlah RM2.4 bilion dan bonus haji RM223 juta," katanya. Jamil Khir berkata, pembayaran bonus tahunan akan dinikmati keseluruhan 8.3 juta pendeposi...

Sejarah Dividen Tabung Haji 1994 - 2012

Assalam semua. Sememangnya kita terlupa yang Tabung Haji juga terbaik dijadikan sebagai tempat meyimpan duit. Bukan sahaja untuk tujuan menunaikan ibadat Haji tetapi menjadi pemangkin menjana pendapatan pasif yang berterusan dengan kadar dividen yang amat baik. Cuba anda bayangkan...Tabung Haji pendapatan bersih telah dikeluarkan zakat..2.5%...kalau dividen diumumkan 5%..bermaksud ianya setara dengan pendapatan dividen ASB..wow..Kalau dulu kita tak terfikir sekarang mengoraklah langkah menabung diTabung Haji.. Kalau di ASB, kita mempunyai quota iaitu 200K sahaja tetapi di Tabung Haji...tidak mempunyai quota simpanan...simpanlah seberapa banyak...wow..Jom Jom Jom...rebutlah peluang ini disamping kita menuju misi untuk menunaikan ibadah Haji...Cunlah Dibawah ini adalah sejarah dividen dan bonus yang telah diberikan kepada pemegang akaun Tabung Haji dari tahun 1994 sehingga 2012... Sejarah Dividen Tabung Haji 1994-2012 1994 : 9.5% 1995 : 9.5% 1996 : 9.5% 1997 : 9.5...

Tabung Haji beri Dividen Dan Bonus 8%

Assalam semua... Insyallah 08 February 2013...kita akan merasa dividen Tabung Haji sebanyak 6.5% dan Bonus khas Jublis Emas sebanyak 1.5%  untuk tahun kewangan 2012...ada peningkatan sebanyak 0.5% dari tahun 2011 punya dividen...Wow dividen nie telah dibayarkan zakat..so klu ikutkan 9% tau..So fikir fikirkan mana yang lebih best... ********************************** Berita Harian Metro...Klik Sini SERAMAI 6.96 juta pendeposit Tabung Haji (TH) akan menikmati pembayaran bonus sebanyak enam peratus bagi 2011 iaitu peningkatan sebanyak 0.5 peratus berbanding tahun sebelumnya dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit pada 8 Februari depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata peningkatan pembayaran bonus berkenaan berikutan kejayaan TH mengekalkan prestasi kewangannya dengan mencatatkan pendapatan melebihi RM2 bilion untuk tahun kedua, manakala keuntungan selepas zakat melebihi RM1 bilion buat kali kelima berturut-tu...