Posts

Showing posts with the label Bank Persatuan

Dividen ASD, KPF dan KOWAMAS tahun kewangan 2013/2014

Image
Assalamualaikum Semua Lama dah tak menulis didalam blog nie. Dah naik bersawang dah, takut pulak nak buka. Hahaa..Kali ini den rangkumkan jerlah apa yang den nak tuliskan. Macam biasalah bulan 6 nie best ditunggu sebab ada pengumuman dividen ASD, KPF, KOWAMAS dan Koperasi koperasi lain. 1. ASD     PNB umumkan 6.6 sen bagi Amanah Saham Didik, syukur alhamdullilah. 2. KPF umumkan 15% (10% dividen dan 5% bonus)     Alhamdullillah dan syukur sebab untuk den ini adalah sumber besar dalam pelaburan yang pasif. Kira gaji gak nie.  3. Kowamas     Umumkan 15%, tetapi membuat pembayaran secara 8% bentuk saham dan 7% bentuk tunai. Syukur alhamdullilah. 4. Koperasi koperasi lain belum lagi diupdate dan diketahui. Bank Persatuan juga turut ditunggu pengumuman tahap dividen yang telah diragui akan tahap keberangsangan jumlah dividen semenjak dua tahun kebelakangan ini. Semoga perancangan yang telah den buat membuahkan hasil seperti yang ...

Dividen Bank Persatuan ...Tahun Kewangan 2012 - 6%

Assalamualaikum semua Berita yang sudah pun basi..hehehe...Duit dividen telah pun bini den pulun pergi JJ..apa2 pun syukur dengan pemberianNya. Telah diumumkan secara "rahsia"..kena ambik dividen baru tahu berapa nilai dividen tahun kewangan 2012...iaitu 6% aje..tetapi dah tolak zakat okay (2.5%)...Kira cun gaklah...hehehe

Pendapatan Vs Perbelanjaan

Image
Assalam semua.. Alhamdullilah den sihat dan den harapkan kengkawan juga sihat..Kali den nak buat post pasal pendapatan den vs perbelanjaan den. Den nie ada pendapatan ker?..mana datang pendapatan den nie?..Hangkan dah tak kerja..Cuba hang citer sikit..intro pun jadilah... Begini..sebelum  den membuat keputusan berhenti kerja dari syarikat PMSB dulu..den telah membuat perancangan kewangan den dengan teliti..den kira satu satu...sehingga den berpuashati..sebab den dah taknak berkerja selepas den berhenti dari syarikat dulu..Kiranya den nak berpencenlah... Den kecikkan hutang rumah dengan kwsp..sebab ini tempat berteduh beb...kereta den tukar pakai yang larat bayar jer...so perancangan kewangan yang den buat adalah dengan membuat investment di Unit unit TRUST PNB..alah..ASB ASN ASW ASD...dan KPF, Bank Pesatuan, Bank Rakyat...perh banyaknya... mana datang duit?..Duit den kumpul dari bekerja di Indonesia...ALLAH jer tahu macam mana den terseksa hidup disana...bukanlah kena ...

Bank Persatuan ...Dividen 2010...7.5%

Salam semua Ini adalah kali pertama aku akan merasa dividen dari Bank Persatuan (Koperasi)...sebelum nie aku target minima dividen yang akan diberikan adalah 10% tetapi kali ini tersasar rendah. Hahaha..Takper yang penting dia tetap berprestasi tinggi untuk memberikan dividen. Walaupun share aku dekat sini tak banyak tetapi cukuplah untuk duit duit bayar bil. Okaylah jumpa lagi dan salam ceria untuk semua. Bye n salam. ...Petikan dari perutusan Pengerusi Bank Persatuan : Kat sini : KLIK " ... Untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010 juga, lembaga telah memperuntukkan dividen sebanyak RM24.40 juta bersamaan 7.5% daripada keuntungan bersih tahunan Bank Persatuan .  Cadangan pembayaran dividen 7.5% ini adalah berasaskan kepada pencapaian keuntungan bersih tahun semasa (2010) berbanding dengan kedudukan pertambahan modal syer anggota yang telah meningkat kepada RM367.4 juta bagi tahun 2010 berbanding hanya sebanyak RM291.6 juta pada tahun 2009.  Kadar dividen y...

Koperasi Bank Pesatuan Malaysia Berhad..

Image
Salam semua..Ini adalah lagi satu cabang investment yang perlu kita ambil tahu...Insyallah kot...koperasi ini telah beroperasi lebih lama dari malaysia merdeka...dia mempunyai beberapa cawangan Bank Persatuan...beroperasi di Pulau Pinang dan telah dikembangkan disekitar Malaysia..Tapi belum menyeluruh...Insyallah satu masa nanti kot... Dividen yang ditawarkan juga cukup memberangsangkan...Cuba tengok dividen dibawah ini...secara am dan puratanya ia menawarkan 10% pertahun bisness. Sekiranya kawan-kawan berminat dan ingin bertanya lanjut..bolehlah melayari web mereka...dibawah ini... http://www.bankpstn.com.my/old/mainpage.html Manakala had pelaburan telah diperbaharui kepada sesuatu yang bagus. Had untuk individu melabur dalam Koperasi Bank Persatuan ini adalah sebanyak RM 10000.00 maksimum...ini adalah bagus. So tepuk dada tanya selera anda. Dalam mana2 koperasi mereka tetap menawarkan skim-skim untuk ahli seperti akhirat kematian, pinjaman..dan sebagainya. Termasuk insuran...