Posts

Showing posts with the label Emas

Rancangan 2012....

Image
Salam semua Perancangan tahun 2012 adalah ingin berurusan dengan benda berwarna kuning yang berharga. Bagaimana nak diuruskan. Den akan belajar untuk menjadi peniaga offline dan online benda warna kuning ini. Ada seorang sahabat ingin mengajar bagaimana untuk menjadi peniaga benda ini. Nak meniaga benda dalam gambar ini. Tetapi tidak mempunyai stall atau kedai. Just internet dan offline. Bagaimana?..Dengan gambar diatas...beli dan jadikan gambar dibawah pulak... Jadikan barang seperti ini dan pelbagai dengan pelbagai size dan berat...Insyallah sebab apa? Harga benda kuning berharga ini sentiasa naik, InsyAllah... Maka doakan den berjaya dalam usaha kearah satu lagi pradigma yang berbeza. Amin amin. Untung sabut timbul untung batu tenggelam....wow. Usaha kena buat untuk berjaya dalam hidup ini. Jumpa lagi. Bye n salam

Dalam Hati ada Perak......pulak

Salam semua Sekarang nie dalam hati ada perak sahaja...Dulu ada emas....Sekarang nie sedang membuat pusing U yang agak cepat untuk membalancekan hati emas dgn hati perak aku nie....Target untuk kedua dua benda yang berwarna perak dan emas nie 5 ke 10 tahun....Klu lima tahun aku 41 klu 10 aku 46...pada masa tu wawasan 2020 pun dilaungkan....dan aku bolehlah buka benda yang berwarna perak dan emas nie....ehehehe....Wait n see... Lah nie kawan aku TF pun sudah kena badi ini barang..WOW excited beb...dulu aku pun gitu gak...bila dah kena badi benda nie...perhh....best ooo. Tapi kawan aku cakap...main benda nie okay sebab dia sesuatu yang merupakan aset mudah cair juga...hahaha...Bolehlah. Yang penting benda yang aku minat nie meningkat harganya kemudian hari...wow. Lepas beli ebook Ikram Adi...terus dalam hati mesti ada perak....lah nie dah cuit sikit sikit benda warna perak nie....kira mcm aku cuit benda warna emas dulu...ingat lagi kata Syukur Hashim...bila kau dah memilikinya...mesti ...

Emas...Silver...Hartanah

Salam semua. Hari ini den termenung sendiri sambil menghisap rokok dirumah besar Pulai Chondong, Kelantan...terpikir sejenak akan emas, silver dan hartanah. Mana satu yang hendak dijadikan aset masa hadapan. Kesemuanya baik. Mempunyai nilai masa hadapan yang akan naik secara kita tidak perasan. Contohnya emas kenaikan secara sedikit adalah 20% setahun, hartanah pulak sekitar 10 ke 25% setahun (lebih kuranglah) depand kepada prime lokasilah...manakala silver boleh melonjak lebih jauh...contoh tahun lepas lebih dari 60% setahun...perh perh... Kalau emas dan hartanah nie harga permulaannya adalah tinggi beb....harga emas mengikut karat...24K sekitar 160 ke 170 manakala 22K sekitar 145 ke 158 sekrang nie...Nie kira harga yang boleh kita cari dekat internet...klu dekat kedai..ayooo...banyak tinggi ooo...Manakala hartanah pulak harganya bergantung kepada lokasi dan saiz hartanah yang hendak kita beli...Klu nak murah masuk lelong..hahaha...Ini nasib maaa...Den dah cuba tapi belum ada rezeki....

Lelong Emas - Online

Image
Salam semua Entry kali ini adalah mengenai lelongan emas yang dijalankan secara Online oleh sebuah syarikat yang bertapak di Selangor. Hahaa. Ini adalah kali pertama aku masuk. Barang banyak. Diberi masa selama seminggu lebih kurang. Akhirnya aku berjaya untuk membida seutas Rantai Tangan.  Menang Bid. Last Minute Bid. Harga pembukaan adalah RM134.50 dan aku berjaya membida sebanyak RM140.50. Ini adalah last minute bid sebelum tawaran ditutup. Dari banyak-banyak yang aku masuk bid, menang satu jer. Okaylah ye. Adalah untung sikit...orang kata boleh dapat lagi murah. Entahlah, aku cuba gak survey klu ada org terdesak nak jual.Hahaha. Belum berezeki lagi nak dapat durian runtuh. Ini pun kira okaylah. Bayaran untuk barang kemas ini telah dilunaskan. Insyallah, dalam minggu nie dapatlah. Amin amin amin Bukti Pembayaran : Atas Nama Admin Sekian terima kasih semua...Sehingga berjumpa lagi. p/s: Mcm dah gila kumpul emas jer. Brader nie?.

Lelongan Ar Rahnu - Emas

Image
Alhamdullilah..Menang lagi untuk kali ke-3 Sebenarnya ini adalah barang kemas yang aku bid bersama dengan barang kemas yang aku menang tempoh hari (ke-2, menang). Mengikut kata pegawai bank, org yang menang bid nie dia tak datang ambik so dia beri kepada org yang kedua tertinggi bid iaitu aku. So alhamdullilah 2 rantai tangan seberat total 27.7gram menjadi milik aku. Barang kemas nie aku menang dalam RM 140.00. Walaupun tinggi tetapi masih lagi okay sebab harga arrahnu di Agro bank adalah RM 161.80 dan di Bank Rakyat adalah RM163.72 . Wow...beza untung tu banyak oooo...RM 20.00...Adalah untung RM 400. Matlamat aku sebenarnya adalah untuk mengumpulkan 8 set sebanyak 100 - 120gram setiap set. Aku nak play my role dekat arrahnu Bank Agro. BUKAN untuk jual balik tau.  So okaylah dengan harga segini. Bye n salam. Jumpa lagi p/s:...27hb June 2011 - Bank Rakyat Jalan Hang Tuah ada buat lelongan lagi...so jom kita terjah...hahaha...mencuba nasib lagi sekali. Mana tahu ada luck atau tu...

Lelongan Ar Rahnu - Emas

Image
Salam semua. Menang lagi menang lagi.... Alhamdullilah rezeki..ini adalah kali ke-2 aku menang bid emas lelong di Bank Rakyat. Kali ini Bank Rakyat Melaka Main. Emas 916 harga ditawarkan adalah RM 135.19 dan aku telah bid dengan harga RM 139.55. Manakala harga pasaran adalah RM 161.80 di Agro bank dan di Bank Rakyat adalah RM 161.78. Alhamdullilah dekat 20 inggit bezanya. Kali ini rantai leher juga. Wow bestnyer...syukur syukur. P/S : Ingat bulan tujuh nie nak masuk auction rumah pulak. Dah survey survey dekat taman muzaffar shah..okay gak. eheheh. Klu owner tak bid balik aku layan ini pulak...kasi cabang lain investment nie..hehehe

Lelongan Ar Rahnu - Emas (12947)

Image
Alhamdullilah, berjaya dalam lelongan pertama Ar Rahnu. Baru tadi pergi Bank Rakyat Masjid Tanah, Melaka. Harga yang berjaya dibida adalah RM 127.88/Gram manakala harga pasaran untuk Emas 916 adalah RM 149.27/Gram. Wow bestnyer beli emas lelong nie. Leh buat duit oooo...eheheh. Okaylah jumpa lagi.

Emas Lagi....

Salam semua...Kebelakangan ini aku minat betul dengan emas sebagai satu portfolio pelaburan yang baru selain dari menyimpan di ASB atau Mutual Fund. Apa sebabnya yer...inilah sebabnya. Sekadar ini berkongsi sahaja.. Perbezaan Emas dan Wang Kertas sekarang. Emas Wang Kertas Tiada susutnilai dan inflasi. Pada zaman Nabi S.A.W., harga seekor kambing adalah sedinar. Pada zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang adalah lebih kurang RM460.00. (1 Dinar = 4.25gm). Setiap hari susutnilai. Satu ketika dahulu contohnya, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100,000 rupiah = RM35.00. Dulu nilainya lebih tinggi. BERNILAI kerana ia logam DIPERNILAI kerana ia kertas yang dicop sahaja Laku satu dunia setiap masa. Orang Kemboja yang berhijrah ke Malaysia kini kaya raya di Kelantan kerana menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka ba...

Emas Portfolio Hebat...

Salam semua. Kali ini entry aku just nak sharing bagaimana emas itu disebut-sebut sebagai satu portfolio pelaburan yang hebat. Walaupun aku pemahaman aku tidak mengerti sehebat pengkaji-pengkaji portfolio emas yang ada di Malaysia tetapi sekiranya kita tengok dari semua ayat-ayat Al-quran dan hadis-hadis Nabi semuanya menyebut perkataan EMAS. Cuba kita tengok sekarang nie. Sudah ader beberapa bank yang melancarkan pelaburan emas seperti Maybank (Gold Saving Passbook), Public Bank (Gold Investment Account) dan yang terbaru diwar-warkan CIMB akan mengikut jejak langkah kedua-dua bank tadi. Ini pelaburan. Kalau kita tengok, tidak disebutkan tentang duit Ringgit (Malaysia), Dollar (America), Rupee (India), Rupiah (Indonesia), Pesos (Filipina) atau New Shekels (ILS) di Israel. Ini kerana, kertas ini adalah ciptaan manusia yang tiada nilainya di dunia ini pada hakikatnya. Tapi, emas adalah sejenis logam ciptaan Allah s.w.t yang bersifat kekal sehingga ke akhirat kelak! Tetapi i...

Emas dan Planning Kewangan.

Salam semua. Sekadar info untuk diri sendiri. Almaklumlah dah tua, so cepat lupa. Aku merasakan kita perlu mengambil ikhtibar dari cerita2 agama. Aku bukan nak tunjuk aku terror dalam bab nie tapi sekadar ingin berkongsi maklumat yang aku rasa ianya benar dan sesuai untuk kita semua. 1. Emas. Banyak info yang aku boleh dapat dari blog dan web2 yang menceritakan mengenai pelaburan emas dan kebaikkan memiliki emas. Tp ingat jangan lupa pulak nak g bayar zakat emas bila dacukup haulnya. Sekadar memberi ingatan untuk diri sendiri. Maka bermulalah proses aku untuk memilikinya. Alhamdullilah tercapai maksud tersebut. Dekat sini aku bukan nak cerita pelaburan emas tetapi kebaikan yang telah diceritakan oleh kisah2 agama. Kisah agama yang melibatkan emas adalah Kisah Ashabul Kahfi (boleh search dekat google). Tapi aku pastekan beberapa kisah nya disini. Untuk tatapan kita semua mengenai betapa emas itu laku walaupun sudah 309 tahun dimiliki oleh seseorang itu. Tafsir ayat 10 Surah Al-Kahfi, y...