Posts

Showing posts with the label KPF

Gaji KPF dah masuk..

Assalamualaikum semua Sepatutnya berina nie diupdatekan awal tetapi disebabkan kekangan masa yang semakin singkat dirasai skarang ni. Maka hari ini baru sempat update. Gaji kedua dari KPF telah masuk pada 27hb Jun ari tu. Awal pulak kali ini. Mungkin disebabkan bulan puasa kot, biasanya bulan July paling awal. Apa2 pun alhamdullilah syukur. Dividen 10% telah selamat darat. Manakala 5% mungkin akan mendarat bulan 9 kot. Apa2 pun ini sudah terlajak laris ..alamak lain pulak motto yg digunakan. Apa2 den bersyukur dengan kurniaan dan rahmatNya. Alhamdullilah, berkat kesabaran dan keazaman yang tinggi akhirnya hasil menabung membuahkan hasil yang agak manis. Kiranya tahun ini KPF telah membayar sebanyak 25%. WOW. Bye n salam Jumpa lagi

Dividen ASD, KPF dan KOWAMAS tahun kewangan 2013/2014

Image
Assalamualaikum Semua Lama dah tak menulis didalam blog nie. Dah naik bersawang dah, takut pulak nak buka. Hahaa..Kali ini den rangkumkan jerlah apa yang den nak tuliskan. Macam biasalah bulan 6 nie best ditunggu sebab ada pengumuman dividen ASD, KPF, KOWAMAS dan Koperasi koperasi lain. 1. ASD     PNB umumkan 6.6 sen bagi Amanah Saham Didik, syukur alhamdullilah. 2. KPF umumkan 15% (10% dividen dan 5% bonus)     Alhamdullillah dan syukur sebab untuk den ini adalah sumber besar dalam pelaburan yang pasif. Kira gaji gak nie.  3. Kowamas     Umumkan 15%, tetapi membuat pembayaran secara 8% bentuk saham dan 7% bentuk tunai. Syukur alhamdullilah. 4. Koperasi koperasi lain belum lagi diupdate dan diketahui. Bank Persatuan juga turut ditunggu pengumuman tahap dividen yang telah diragui akan tahap keberangsangan jumlah dividen semenjak dua tahun kebelakangan ini. Semoga perancangan yang telah den buat membuahkan hasil seperti yang ...

Rezeki Yang Tak Disangka-sangka....

Image
Assalamualaikum semua Syukur alhamdullilah kepada yang Maha Esa, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....Rezeki tahun 2014 datang dengan tidak disangka sangka. Apa dianya?..Jap lagi den cerita.  Begini cerita...Pada tahun lalu dalam bulan Oktober, ada berita mengatakan yang Felda Global Ventures Holding Berhad telah membeli pegangan saham KPF Berhad didalam Felda Holding Berhad sebanyak 51% dgn nilai urusan sebanyak 2.2billion. Kesinambungan dari cerita nie, meraka ada mengatakan akan mengagihkan kepada para pemegang saham tetapi nilai dividennya dirahsiakan. Maka hari semalam 10 jan 2014, bila mana semua forumer yang mempunyai pegangan saham didalam KPF mengatakan dividen khas telah masuk..den pun checklah dalam akaun. Allhamdullilah...10% dibayar kepada pemegang saham. Mana yang masuk selepas tahun 2012 tidak dapat dividen ini. Cuma apa yang dikhuatari oleh para pemegang saham KPF adalah bagaimana kedudukan KPF selepas ini. Apa yang akan menjadi titik tolak adalah ...

Dividen KPF ...Tahun Kewangan 2012..16.5%

Assalamualaikum Apa khabar semua, hari ini (10/7) kita akn mula berpuasa untuk tahun 2013...alhamdullilah sekali lagi kita diberi peluang untuk merasa kenikmatan berpuasa dan melakukan kerja kerja yang boleh menambah bilangan pahala..alhamdullilah syukur. Berbalik kepada cerita tajuk diatas...Alhamdullilah syukur..Pada 7/7 pada hari ahad aritu..KPF telah membuat AGM kali ke-32..dan telah declare 16.5% iaitu 10% dividen dan 6.5% bonus. Bonus nie kena tunggu kelulusan SKM... Alhamdullilah dividen 10% telah dibankin kedalam mana2 ahli yang membuat pembayaran (dividen bonus) secara transfer ke akaun..manakala yang menggunakan cheque..kenalah bersabar tunggu. Apa2 pun duit pencen den sudah masuk..wow wow.. Sekadar renungan : Bayangkan 16.5% adalah 2kali ganda ASB...walaupun sedikit menurun dari tahun 2011 tetapi syukur..den target lebih dari 10% jer..Ini adalah nilai yang teramat best. Okaylah lepas nie tunggu ASW2020 pulak. Apa2 pun menyimpanlah untuk kesenangan sendiri ...

Pendapatan Vs Perbelanjaan

Image
Assalam semua.. Alhamdullilah den sihat dan den harapkan kengkawan juga sihat..Kali den nak buat post pasal pendapatan den vs perbelanjaan den. Den nie ada pendapatan ker?..mana datang pendapatan den nie?..Hangkan dah tak kerja..Cuba hang citer sikit..intro pun jadilah... Begini..sebelum  den membuat keputusan berhenti kerja dari syarikat PMSB dulu..den telah membuat perancangan kewangan den dengan teliti..den kira satu satu...sehingga den berpuashati..sebab den dah taknak berkerja selepas den berhenti dari syarikat dulu..Kiranya den nak berpencenlah... Den kecikkan hutang rumah dengan kwsp..sebab ini tempat berteduh beb...kereta den tukar pakai yang larat bayar jer...so perancangan kewangan yang den buat adalah dengan membuat investment di Unit unit TRUST PNB..alah..ASB ASN ASW ASD...dan KPF, Bank Pesatuan, Bank Rakyat...perh banyaknya... mana datang duit?..Duit den kumpul dari bekerja di Indonesia...ALLAH jer tahu macam mana den terseksa hidup disana...bukanlah kena ...

September...

Assalam semua.. Apa ada pada bulan semptember nie?..Bagi den, bulan september nie best sangat sebab...Hasil pelaburan den membuahkan hasil..Inilah orang tua tua berkata...bersakit sakit dahulu bersenang senang kemudian...Den rasanya erti itu skrg nie...Bukan membangga diri tetapi inilah realitinya skrg..wow Ada dua hasil sebenarnya bulan september nie..satu hasil bonus saham KPF..ini sebahagian sahaja..yang utamanya iaitu dividen dah merasa awal...hohoho..bulan julai aritu...kira yang nie disebut bonus..hahahah...8% bonus jer...pun okaylah..Baru jer dibayar semalam...hohoho...bergaya lagi untuk poket yang sedang dok senak nie... Kemudian satu lagi hasil pelabuaran di ASW2020...Dividen ASW2020 6.6%....den dah update buku..wow best best..inilah manisnya hasil menabung atau menyimpan...Hasil dari kedua dua ini untuk bulan september..bolehlah den hidup dengan tenang sehingga bulan duabelas...hohoo...hidup secara skrg..ala ala bukan boros atau belanja senang jer...hohoho..makluml...

Dividen KPF ...Tahun Kewangan 2011..18%

Assalam semua.. Ini adalah berita untuk mereka yang mempunyai pegangan saham dalam KPF..wow telah diumumkan dan dieprsetujui oleh semua ahli perwakilan yang hadir didalam AGM ke-31...yang diadakan pada 20/06/2012...Dividen bagi tahun kewangan 2011 adalah 18%...perhhh..raya sakanlah...Dibayar pada awal Julai sebanyak 10% dan balance selewat2nya September...wow... Berita lanjut ada didalam laman sesawang KPF.net...Apa2 pun syukur alhamdullilah...bolehlah beraya sakan sikit tahun nie... ****************************************** AS-SALAM DAN SALAM 1MALAYSIA. Semua Anggota KPF yang dihormati, Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Kali Ke-31 yang bermesyuarat pada 20 Jun 2012 (Rabu) yang lalu telah memutuskan bahawa kadar agihan dividen Koperasi Permodalan FELDA Malaysia ("KPF") bagi tahun berakhir 2011 adalah sebanyak 18% tertakluk kepada kelulusan dan pengesahan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia ("SKM"). Proses Pembayaran Dividen 10% dijangka akan mula ...

Dividen KPF 2010 - 15%

Salam semua. Ceria selalu Wow berita gempar untuk aku...Semalam (23/06/2011). Pihak KPF - Koperasi Permodalan Felda Berhad telah membuat pengumuman dividen untuk tahun 2010 sebanyak 15%. Ini berita dia ( Dividen 15% )..Apa yang bestnyer klu KPF umum dividen?..Aku ada share ker?.. Sudah tentulah jawapan untuk pertanyaan diatas. YA. Banyak ker aku punya share?..Itu adalah rahsia...tetapi bolehlah bernafas. Gembira hati nie tak terkira sebab inilah first time aku merasa dividen KPF. Kalau aku tahu dah lama aku join ini koperasi. Tetapi sudah rezeki aku lewat tetapi tetap bersyukur. Okaylah jumpa lagi semua. bye n salam.

KOPERASI PERMODALAN FELDA 2 (KPF 2) UNTUK GENERASI BARU FELDA

Image
Salam semua. Baru-baru ini pada 30 Julai 2010...PM telah mengumumkan akan ditubuhkan satu lagi KPF 2 untuk generasi felda yang baru pulak...Alhamdullilah dengan berita ini. Semoga dia memberi impak yang baik dan menyumbangkan sedikit keuntungan kepada generasi kedua ketiga felda....Termasuklah aku..eheheh. Ini link yang aku sedut dr web PM...Boleh klik sini :   KERAJAAN TUBUH KOPERASI PERMODALAN FELDA 2 (KPF 2) UNTUK GENERASI BARU FELDA By  :  DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA Venue  :  PUTRAJAYA Date  :  30/07/2010 Title  :  KERAJAAN TUBUH KOPERASI PERMODALAN FELDA 2 (KPF 2) UNTUK GENERASI BARU FELDA Pejabat Perdana Menteri 1.          Kerajaan sedar akan hasrat dan kehendak generasi baru untuk merebut peluang dalam aktiviti pembangunan dan perniagaan syarikat FELDA. ...

No: 10051661 - Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF)

Image
Salam semua, Secara amnya KOPERASI PERMODALAN FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di bawah Ordinan Koperasi 1948.Bertujuan untuk menjadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota Felda. Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni FELDA untuk memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat FELDA melalui KPF juga merupakan suatu wawasan dan prihatin FELDA untuk kemajuan warga FELDA. Ianya dibuka kepada semua ahli keluarga Felda (Peneroka, Isteri Peneroka, Anak Peneroka dan Kakitangan Felda)..Oleh kerana aku nie sebahagian dari ahli Felda iaitu anak peneroka sebab Ayah aku seorang Peneroka Felda Bukit Senggeh, maka aku mengambil peluang yang ada dan telah disediakan. Aku memohon untuk menjadi ahli KPF ini pada bulan sebelas (11) tahun 2009 dan telah mendapat kelulusan pada bulan tiga (3) 2010...lama ooo. Dengan no. ahli : 10051661 ..secara kasar ramai dah ahli KPF nie...perhhh perhhh... Limit setiap ke...