Menghilangkan Boring...
Salam semua... Semenjak dua menjak nie...untuk menghilangkan rasa boring dekat sini. Aku menghadap komputer (laptop) nie setiap masa. Syukur alhamdullilah talian internet dekat plant telah dibayar. Kemarin telah diputuskan sebab tak bayar. Almaklumlah penjimatan dan misunderstanding sedikit antara pihak plant dengan pihak akauntan di Bandung. Sekarang nie selain menghadap Gajah Hijau aku nie..Aku juga dah kemaruk dengan Facebook. Secara kebetulan juga terjoin Facebook ini. Mula-mula terjoin sebab terbaca tentang pemilik facebook yang ditawarkan oleh microsoft untuk dibeli dengan harga beberapa bilion USD. Perhhh..Bermula dari situ aku melayari apa itu facebook....OOOhhh..boleh bercit cat dengan kawan-kawan lama. Dari beberapa org yang aku add hinggalah ke sekarang nie. Di facebook nielah aku berjumpa dengan kawan-kawan lama dari sekolah menengah aku dulu, kawan-kawan kampung (Felda), Politeknik Port Dickson (walaupun tak ramai), Universiti Putra Malaysia dan kawan tempat kerja Malaysia...