Posts

Showing posts with the label Copy Paste

Bankrap...Bankruptcy

Image
Salam semua. Bukan nak cerita mengenai sesiapa cuma dah terbaca berita online nie.  so sekadar berkongsi maklumat. Jadikan iktibar dan sempadan dalam pengurusan kewangan (duit) kita sendiri. Boros atau kurang ilmu pengurusan duit sendiri maka berita kat bawah nielah akibatnyer... ****************************************************** 235,908 diisytiharkan bankrap setakat Oktober 2011 KOTA KINABALU 6 Dis. – Setakat Oktober tahun ini, seramai 235,908 individu diisytiharkan bankrap di negara ini, kata Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil. Beliau berkata, berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), punca utama yang melibatkan kebankrapan ialah pinjaman sewa beli iaitu 26 peratus, diikuti pinjaman peribadi (21 peratus), pinjaman perumahan (14 peratus) dan pinjaman lain termasuk pinjaman perniagaan dan penjamin korporat. "Ini meletakkan Malaysia antara negara yang mempunyai jumlah kebankrapan yang tinggi berbanding dengan negara lain iaitu puratan...

KOPERASI PERMODALAN FELDA 2 (KPF 2) UNTUK GENERASI BARU FELDA

Image
Salam semua. Baru-baru ini pada 30 Julai 2010...PM telah mengumumkan akan ditubuhkan satu lagi KPF 2 untuk generasi felda yang baru pulak...Alhamdullilah dengan berita ini. Semoga dia memberi impak yang baik dan menyumbangkan sedikit keuntungan kepada generasi kedua ketiga felda....Termasuklah aku..eheheh. Ini link yang aku sedut dr web PM...Boleh klik sini :   KERAJAAN TUBUH KOPERASI PERMODALAN FELDA 2 (KPF 2) UNTUK GENERASI BARU FELDA By  :  DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA Venue  :  PUTRAJAYA Date  :  30/07/2010 Title  :  KERAJAAN TUBUH KOPERASI PERMODALAN FELDA 2 (KPF 2) UNTUK GENERASI BARU FELDA Pejabat Perdana Menteri 1.          Kerajaan sedar akan hasrat dan kehendak generasi baru untuk merebut peluang dalam aktiviti pembangunan dan perniagaan syarikat FELDA. ...

Ke Mana Pergi Subsidi Kami - Nukilan Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Salam semua. Aku amat tertarik dengan nurkilan Sajak Dr MAZA ini. Anda boleh ke sini http://www.drmaza.com . Aku pastekan diblog aku untuk bacaan aku sendiri. Selamat membaca semua. KEMANA PERGI SUBSIDI KAMI Kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari, Kalian beritahu, wang mesti dicatu,kita menuju maju.. Kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara.. Kalian berbahasa: bukan barang naik harga, Cuma subsidi turun sahaja.. Kami orang desa, mungkin tak pandai kira berjuta-juta.. Kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta.. Jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu.. Tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari? Apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah..? Papa makin parah..? Wang semakin lelah..? Jika semalam berlauk, hari Cuma berkuah.. Kerana kerajaan kita sedang susah..? Maka subsidi kita terpaksa diserah.. Jika semalam kau makan sepinggan, hari ini separuh Kerana barang makin angkuh, wang papa makin ra...

Simptom Masalah Kewangan Kita Ditahap Merbahaya.....

     Salam semua...Kali ini aku ingin berkongsi dengan semua mengenai petanda-petanda atau simpton-simpton dunia sudah kiamat ..masalah kewangan sedang melanda kita iaini diri sendiri. Ini bukan aku yang tulis tetapi aku ambil dari Laman Blog Pakdi, Penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang. Setiap penyakit ada simptom tertentu. Penyakit berkaitan wang pun ada simptom sendiri. Berikut adalah 7 petanda yang menunjukkan kita ada penyakit dalam urusan kewangan. 1. Menambah bilangan kad kredit Kad kredit Bank Siti semakin menghampiri had limit yang ditetapkan. Malangya, kalau tidak pakai kad kredit untuk berbelanja setiap bulan, macam mana mahu hidup. Duit gaji memang habis bila menjelang tengah bulan. Maka, cari lah kad kredit baru dari Cina India Melayu Bank. 2. Hutang kad kredit bayar yang minima sahaja Bulan-bulan guna kad kredit, tapi bayar hanya cukup-cukup yang bank minta. Maka setiap hari hutang semakin bertambah akibat adanya elemen riba hutang dalam...