Posts

Showing posts with the label SupirKu

Semalam Cuti...Tanggal Merah

Image
Salam..semalam Isra Mi'raj so dekat sini cuti. Apa lagi aku layan untuk ke Garut atau Cirebon. Apa yang menarik dekat sini. Kalau aku ke Garut, dekat sini aku boleh layan kolam air panas di Cipanas, Kawah di Kamojang dan industri kulit..Kalau aku ke Cirebon aku hanya boleh ke wisata Makam Wali Songo..sunan aper aku lupa. Ada dua makam disini. Dari Cherry aku menggunakan Tol Pasteur menuju ke Cileunyi. Kenalah sekitar RP6000 shj. Disinilah bermula persimpangan kearah Cirebon atau Garut. Akhirnya aku memilih untuk ke Garut. Dalam perjalanan itu kita org singgah di Geothermal Wisata. tempat ini sebenarnya dimiliki oleh PT Pertamina dalam usaha untuk perusahaan Elektrik dari Geothermal yang ada disekitar pergunungan ini. Maksudnya mereka menggunakan paip menyedut tenaga atau wap panas untuk dijana elektrik. Masuk kena bayar RP15000 (setiap seorg 5000 + kenderaan 5000) Ini kawah kereta (dekat sini kereta api dipanggil kereta) Sebelum tu..aku berjumpa dengan majlis perkahwinan org disini...

Kesibukan Minggu Lepas...13 hingga 17 Juli

Image
Salam semua. Minggu lepas sehari selepas pulang ke bumi Indonesia, aku terus mengahdiri rapat ISO untuk kerja-kerja penambah baikan dengan workinstruction, procedur dan manual serta form-form yang terlibat. Yang menghadiri rapat ini adalah semua document owner. Acara ini dipimpin oleh aku dari 13 sehingga 15 dan 17 Juli. Manakala pada 16 Juli, rapat dibuat bersama-sama dengan consultant adhere. Pak Anggoro, Pak Gun dan Pak Leo Rapat bersama consultant lebih tertumpu kepada legal procedure dan workinstruction. Manakala legal registry dan refererence, aku dan consultant bersama2 bergabung idea untuk menterjemahkan kedalam axceel point terlebih dahulu. Kerja2 ini aku sambung pada 17hb bersama tina. Pak Her, Pak Gem dan Pak Acem (opisboy) Perhhhh penat bukan main lagi. Walaupun bukan penat memikul atau menjolok ash tersangkut tetapi penat minda ini lebih penat dari mengeluarkan keringat. Sepatut rapat ini dihadiri oleh Madam CSF tetapi beliau mempunyai acara lain di Malaysia. Mungkin belia...

Aktiviti Hari Minggu...

Salam semua..selamat hari bapa..masih sempat walaupun sudah hampir tamat waktunya. Hahahaha..Hari ini aku bermain badminton dengan kengkawan Pa Dudi di kawasan perumahan dia. Sepatutnya start seawal jam 6pg tetapi Pa Dudi terlewat mengambil aku hari ini, maka aku sampai ke destinasi lapangan badminton terlewat sejam...sampai dah jam 7pagi. Masa aku sampai dah ader beberapa org sedang bermain badminton. Biasalah bila dah main "dewan terbuka" nie..biasalah ada yang pakai kaki ayam dan selipar jer. Tak berdisplin langsung. membahayakan diri masing2. Takper..biasalah nie. Kalau kat kampung aku pun sama gak. Hahahah. Dah nama main dalam kawasan kampung. Kawasan perumahaan mereka nie tak seperti kawasan perumahaan kita. Kita mcm tersusun jer tapi dia org nie. Mcm crowded jer. Kereta tak leh masuk. Rumah, ya Allah sempitnyer...cuba bayang rumah claster (town house) kat Malaysia tu dikecikkan lagi sikit. Begitulah disini. Apa boleh buat dah rakyatnya ramai. Okay berbalik kepada cerit...

Pak Dudi Supir Baru

Image
Salam semua. Lupalak aku nak uploadkan gambar supir baru aku yang mengantikan Nelson dulu. Nelson aku dah anggap macam kawan aku dekat sini. A lot of story we a sharing together but he get a good good offer and good also to his future. That is the past. I miss it. Almaklumlah..sahabat andai, isteri tersayang dan anak tersayang jauh so we need somebody to talk about and sharing our feel. Okaylah. Nie aku uploadkan gambar supir baru tu. Nama dia Dudi. Orangnya sudah berumur, dalam lingkungan 40an (42kot)..Orangnya serius dan kelakar. Cuma dia tak biasa lagi dengan aku. Kalau Nelson dulu dia dah tahu apa aku nak makan dan mana aku nak pergi. Takper take a time to be serasi. Okay inilah orangnya. Yang berkumis tu yang sebelah tu aku..Jangan silap pulak. Hahahahaa..Nasib baik aku dah buang misai aku, kalau tak mcm serupa lah pulak. Okay semoga didoakan aku selamat disini dan boleh pulang Malaysia. Amin..Amin...Amin