Posts

Showing posts with the label Zakat

JJ @ AEON Voucher

Image
Assalam semua JJ @ AEON Voucher...Apa nak tulis ekk..Begini den ada memberi sedikit saguhati kepada orang orang tertentu untuk menerima voucher nie. Jumlah untuk setiap orang biarlah rahsia..ceh wah macam Siti pulak..hahaha Tak ini adalah hasil kerja bersama dengan orang belakang tabir..yang nie pun biarlah rahsia..hanya kami yang berbicara dan biarlah yang menerimanya bergembira..almaklumlah dah nak hujung tahun..so hujung tahun nie sinoname dengan perbelanjaan sekolah yang besar untuk yang ramai anak..yang baru kecik..Insyallah merasa kemudian hari... Satu jer permintaan den...jangan ditanya dari mana, untuk apa diberi, boleh ker buat zakat macam nie, buat sedekah camnie..dan bla bla bla....Den harap sipenerima tu..terima aja...dan rahsiakan pemberian ini..Maksud rahsiakan adalah ..jangan kepoh kepoh den kasi barang nie kat org yang tak terlibat..cukuplah dengan berterima kasih dan berkawan dengan den...Bukan apa takut orang salah erti...ini pun den rasa orang dah banya...

Kadar Zakat Fitrah 2010 - Negeri Melaka

Image
Salam semua, terutama warga Melaka. Untuk tahun ini zakat fitrah yang telah diwajibkan untuk Negeri Melaka adalah RM 6.50 untuk setiap orang yang layak bagi tahun 2010. Dalam hadis riwayat Ibnu Umar: “Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.” WAKTU-WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan.  Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.  Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri.  Waktu Makruh iaitu selepas sembahang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari).  Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.  Sehingga bertemu lagi...

Zakat.......Zakat........Zakat

Salam semua...sekadar ingin berkongsi sahaja. Dan sekadar ingin ingat mengingati sahaja. Berpesan pesan pekara yang baik itu adalah dituntut. Zakat?.. Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga. Ia telah difardukan mulai tahun kedua hijrah Rasullullah S.A.W. Dari segi bahasa, zakat diertikan sebagai “tumbuh” dan “bertambah”. Ianya juga bererti berkat,bersih,baik,suci dan subur. Menurut istilah syarak pula diertikan sebagai mengeluarkan kadar harta yang tertentu dan diberikan kepada golongan yang tertentu mengikut syarat - syarat yan tertentu yang telah ditetapkan oleh syarak. Zakat ada beberapa jenis iaitu zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat kwsp, zakat perniagaan, zakat emas & perak, zakat saham, zakat ternakan dan zakat pertanian. So terpulang kepada anda. Sekiranya mempunyai semua diatas atau sebahagian sahaja diatas dan telah cukup syarat maka hendaklah keluarkan zakat. Aku akan menyentuh beberapa jenis zakat jer... Pe...