Posts

Aiman Zahran ...Hero Ke-3

Salam semua..13 December 2009..aku telah mendapat seorang lagi anak lelaki. Comel dan semangat. Almaklumlah 4.2kg bila dilahirkan. Isteri dan saya telah bersetuju untuk menamakan anak kami dengan AIMAN ZAHRAN BIN ZOLPAKA. Kedua-dua (isteri dan anak) sihat. Semoga Allah mempermudahkan urusan keluarga kami. Amin Nanti saya uploadkan gambarnya.  Sehingga berjumpa lagi

Dividen ASB 2009

Image
Salam semua. Alhamdullilah, setelah diumumkan oleh PNB baru-baru ini..dividen ASB 2009 adalah sebanyak 7.3% dan 1.25% untuk bonus. Secara purata adalah 8.55%. Okaylah..not bad dengan perkembangan ekonomi sekarang ini. 04 Jan 2010..boleh pergi update buku. Nak tahu gak berapa banyak sebenarnya den dapat..Boleh gak topup balik OD yang telah digunakan. Semoga semua pelabur-pelabur ASB bergembira dan senang hati dengan dividen yang diumumkan ini. Sekian terima kasih. Sehingga berjumpa lagi.

Menunggu Masa

Salam semua.. Semakin sibuk dan tak menang tangan nak buat kerja. Ingat balik Malaysia bolehlah relik tapi sebaliknya..Tapi aku gembira disini dekat dengan family aku walaupun aku tetap busy. Sekarang nie office lantai bawah tempat surau, staff room dan bilik file telah dilakukan sedikit renovation..maka akulah incharge person untuk mengawal dan menyelia kerja-kerja contractor yang telah dilantik iaitu Merantau Sdn Bhd dari Taman Melawati (En Zailani dan supervisor En Zainal)..Arcitech untuk projek ini adalah Adzlee Arcitech. So far semua kerja berjalan dengan teratur. Lepas nie kita akan masuk phase two iaitu bahagian first floor pulak dan cold room. Wow..makin nak habis contrak makin lawa plant nie..Ini adalah sebahagian dari usaha untuk menampakan plant cantik dan usaha kearah penyambungan kontrak dengan MOH. Amin semoga berjaya. Semalam (12hb Dec 2009)..aku telah menghantar isteri aku ke hospital Melaka (GH)..kali ini isteri aku terpaksa diindius untuk melahirkan anak kami. Semoga ...

KEBERKATAN SURAH YAASIIN

Salam semua..sekadar ingin berkongsi ilmu pegetahuan yang baik. Saya pastekan email dari sahabat saya untuk rujukan dan bacaan disini. Saya amat berharap agar kebaikan yang diperolehi bukan sahaja dibaca kelebihannya sahaja tetapi diamalakan selalu. Pesanan untuk diri sendiri dan kepada anda semua yang sudi membaca. - Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri - Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. - Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat. - Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid. Ø Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak. - Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut. - Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt. - Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - be...

28hb hingga 2hb December....

Salam semua.. Selamat menyambut hari raya aidiladha (raya haji)..sekarang ini adalah musim mengerjakan haji..Kali ini aku akan pulang semula ke Bandung pada 28hb November (sabtu) sehingga 2hb December... Sehingga berjumpa lagi..

Berita Baik....Terima kasih Boss

Image
Salam semua..Inilah berita yang aku tunggu. Terima kasih bos. Tak tahu macam mana nak balas budi baik boss. Memandangkan tarikh 15hb adalah hari minggu maka aku telah menempah tiket AirAsia pada hari sabtu nie. Insyallah minggu hadapan aku akan mula berkerja semula di Melaka. Alhamdullilah dan salam semua.

Sudah Sampai...Selamat Bercuti

Salam semua.. Hari ini aku berangkat pulang ke Malaysia..Sepatutnya aku balik dr Bandung jam 5ptg Indonesia...dan akan tiba sekitar jam 8mlm Malaysia..akan tetapi AirAsia membuat perubahan waktu pernerbangan dengan mempercepatkan waktu dari jam 5ptg ke jam 12ptg...Mana aku selamat tiba di LCCT jam 300 ptg Malaysia.. Kali ini aku menghabiskan cuti tahun 2008, masih berbaki 13hari. Kali ini cuma mengambil 5 hari ajer, maka aku akan pulang semula ke Indonesia pada 8hb November...Okaylah Sehingga berjumpa lagi.. Bye n salam