Dividen ASD, KPF dan KOWAMAS tahun kewangan 2013/2014
Assalamualaikum Semua
Lama dah tak menulis didalam blog nie. Dah naik bersawang dah, takut pulak nak buka. Hahaa..Kali ini den rangkumkan jerlah apa yang den nak tuliskan. Macam biasalah bulan 6 nie best ditunggu sebab ada pengumuman dividen ASD, KPF, KOWAMAS dan Koperasi koperasi lain.
1. ASD
PNB umumkan 6.6 sen bagi Amanah Saham Didik, syukur alhamdullilah.
2. KPF umumkan 15% (10% dividen dan 5% bonus)
Alhamdullillah dan syukur sebab untuk den ini adalah sumber besar dalam pelaburan yang pasif. Kira gaji gak nie.
3. Kowamas
Umumkan 15%, tetapi membuat pembayaran secara 8% bentuk saham dan 7% bentuk tunai. Syukur alhamdullilah.
4. Koperasi koperasi lain belum lagi diupdate dan diketahui. Bank Persatuan juga turut ditunggu pengumuman tahap dividen yang telah diragui akan tahap keberangsangan jumlah dividen semenjak dua tahun kebelakangan ini. Semoga perancangan yang telah den buat membuahkan hasil seperti yang telah dikertaskan dahulu. Amin amin
Comments
:-aLCapone-
Mudah2an KPF terus berkmbang maju dan dapat memberikan pulangan kepada ahlinya dengan lebih banyak lagi.
Cuma nak pesan kepada pengendali laman web rasmi KPF : TOLONGLAH SENTIASA UPDATEKAN MAKLUMAT SEPERTI INI. PALING RINGKAS : SAHAM KPF 2013 15 %. ( SUSAH SGT KE WAHAI PENGENDALI...)
** Khas tuk anon 9:58 - harap dpt mejawab persoalan anda.
** maaf kalau silap dengar.