Fenomena atau Perangkap Investment Emas?

Assalammualaikum Semua
Sedar tak sedar kita semua sudah berganjak untuk menghampiri ramadhan yang baru. Ya Allah kau ketemulah saya/kami dengan bulan ramadhan tahun ini. Okay berbalik dengan tajuk den nie adalah disebabkan kawan kawan sekeliling den berbicara agak serious mengenai fenomena pelaburan emas yang baru. APA tu?

Den bukan nak kondem atau nak up?. TAPI den sekadar ingin berkongsi rasa. Kalau dilihat akan pelaburan ini telah mula diperkatakan pada pertengahan tahun lepas. Iaitu beli barang kemas secara delay?..Iaitu sipembeli akan membeli BK pada harga yang rendah tetapi membuat pembayaran sekarang dan dalam masa sebulan atau mengikut perjanjian dgn pembeli tempoh masa tersebut. Dan pada masa tempoh tersebut kita akan dapat BK kita.

Yang nie den ada juga terjerumus. Den beli lebih kurang 30g dengan harga pada masa itu adalah 124/g tetapi disebabkan belian barang delay maka harga ditawarkan adalah sekitar 116/g..Proses berjaya cuma perasaan dab dub dab dub jantung anda terus bergerak sehingga anda mendapat BK anda. wow

Kemudian timbul istilah tempahan berimbuhan iaitu membeli BK pada harga 180 dan dibeli semula dengan harga 196...lebih kurang berginilah. Tempahan berbuy back...Terdapat beberapa nama nama besar didalam dunia emas facebook yang menjadi kepala. Boleh ker den sebut kepala...kira founderlah..Takperlulah direvealkan nama mereka.

Dan yang terkini pulak pinjaman tujuh hari, empatbelas hari, ETA (estimate time arrived), dan macam macam lagi. Opppss lupa pulak dan yang terkini pulak pakej singapura dipairingkan dengan tempahan berimbuhan atau berbuyback atau eta atau mcm2 nama yang telah dicipta untuk mewujudkan saingan...tujuannya adalah untuk menjadikan ianya beranak dan beranak atau meningkatkan nilai % bulanan. Persoalannya?...adakah fenomena ini akan berjalan lancar maksudnya panjang nyawanya atau sekadar perangkap?

Pengalaman saya?...Saya mempunyai beberapa BK dan emas bar yang telah dibeli pada harga yang agak tinggi dahulu. Kemudian saya membuat keputusan agak melampau iaitu dengan menukarkan kedalam bentuk program tetapi dijalankan oleh wakil (wakil nie kawan saya)..Setelah mengambil kira breakeven harga beli dan untung sedikit..hendaklah memasuki program ini selama 3 bulan atau lebih. Alhamdullilah saya dah melepasi masa 3 bulan dan telah mengeluarkan semua modal dan pembelian emas dahulu untung disebabkan dgn sistem ini. Ini pengalaman saya.

Den tak mengatakan apa yang buruk cuma pandangan den secara kasar. Jika benar sistem ini boleh membuatkan untung mengapa dahulu tiada yang terpikir untuk menjalankannya?.. Adakah ini money game?..Sebab keuntungan yang ditawarkan adalah 7 ke 10% sebulan?..Cuma satu sahaja pandangan den...Sistem ini bersangkutpaut antara satu sama lain...JIKA salah satu diantara mereka terduduk maka rangkaian yang lain juga akan terduduk....Adakah sistem ini hanya atas dasar PERCAYA?

Apa pulak pandangan kasar pihak BNM?..Adakah mereka prihatin atau juga menunggu peluang untuk NGAP besar. Entahlah semoga kawan kawan saya suksess dgn apa yang dia org jalankan. Sebagai kawan, saya support mana yang mampu.

Sekian cerita hangat pasal pelaburan emas baru.



Comments

Anonymous said…
ayat 'mengapa dahulu tiada yang terpikir untuk menjalankannya?' tak sesuai la..
knp tak tanya kenapa dulu orang tak buat siap2 smartfone atau komputer?
Anonymous said…
Good info..
kaizen said…
Syabas.... Tranformasi perniagaan emas
Unknown said…
respon to AnonymousSeptember 15, 2014 at 3:39 PM
xsesuai???xmsuk akal...bkn nk guna teknologi apa2 pn utk sistem beli emas ber ETA ni..setakat nk pusing2 beli emas lps tu jual, leps tu beli, lps tu jual blik...mgkn ada agenda money game spt yg mode ckp kn...lain nk smartphone/komputer, nk kna berkembang teknologi elektronik bru manusia mmpu bertelepon tnpa wyr ni...

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Dividen ASB 2009

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)