Pendapatan Vs Perbelanjaan

Assalam semua..
Alhamdullilah den sihat dan den harapkan kengkawan juga sihat..Kali den nak buat post pasal pendapatan den vs perbelanjaan den. Den nie ada pendapatan ker?..mana datang pendapatan den nie?..Hangkan dah tak kerja..Cuba hang citer sikit..intro pun jadilah...

Begini..sebelum  den membuat keputusan berhenti kerja dari syarikat PMSB dulu..den telah membuat perancangan kewangan den dengan teliti..den kira satu satu...sehingga den berpuashati..sebab den dah taknak berkerja selepas den berhenti dari syarikat dulu..Kiranya den nak berpencenlah...

Den kecikkan hutang rumah dengan kwsp..sebab ini tempat berteduh beb...kereta den tukar pakai yang larat bayar jer...so perancangan kewangan yang den buat adalah dengan membuat investment di Unit unit TRUST PNB..alah..ASB ASN ASW ASD...dan KPF, Bank Pesatuan, Bank Rakyat...perh banyaknya... mana datang duit?..Duit den kumpul dari bekerja di Indonesia...ALLAH jer tahu macam mana den terseksa hidup disana...bukanlah kena seksa tetapi hidup sendirian diIndonesia...Inilah hasilnya...Lain lain investment meniaga kecik kecik...yang nie jangan kira dalam pendapatan den sebab dulu masa berenti tak terpikir nak meniaga...lately nie sahaja...ada org offer..so kita off topik meniaga okay..

Setelah den hitung kesemua investment den didalam unit trust PNB, koperasi Felda, Koperasi Bank Persatuan, Bank Rakyat, Tabung Haji...(tak termasuk gold investment and silver investment)...den mendapat satu jumlah yang besar..WOW..tetapi

Jumlah perbelanjaan den termasuk semua..elaun emak ayah, elaun bini, anak sekolah, makan minum, talipon,astro bil air api, rokok, bil talipon, internet, minyak, dapur, insurance, hutang peribadi, duit rumah, duit kereta, pinjaman ASB laki bini....etc...perhhh...sedih beb...sedih beb..sedih beb

PERBELANJAAN DEN MELEBIHI DARI HASIL PENDAPATAN DEN...PERHHH...PUNAH HIDUP BEB..ceh wah..pandai belakon yer...yup perbelanjaan den besar...Tetapi syukur alhamdullilah ianya telah dicover dengan meniaga kecik kecik...so Den tetap bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan olehNya...den masih lagi merancang untuk mengecilkan perbelanjaan seisi rumah...mana yang den rasa tak perlu den akan buang..macam kedekut jer..hahahaa...

Kali ini masuk topik meniaga sikit..Harap harap tahun 2013 ini akan dapat menyumbangkan serba sedikit rezeki meniaga seperti tahun 2012..harap harap..Kalau tak berhasil den tetap bersyukur sebab den dah berusaha tetapi hanya itu yang diberikan olehNya..den tetap terima..hehehe...Targer meniaga 2013 adalah mencari kekurangan pendapatan 2012...semoga berhasil...BERAPA banyak kurang?..yang nie den bagi figurenya..iaitu RM20,000.00 kurang...so den kena cari dalam RM1700.00 sebulan...banyak tu boleh ker..entahlah..hahaha...In Shaa Allah...

Bye n salam


p/s: Den dah nampak HASIL menabung..so best tau..

Comments

Popular posts from this blog

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)...

Tamsilan : Ayas Dan Raja

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)